Thursday, February 26, 2015

Beruntunglah Mereka Yang Mempunyai Suami Yang Boroi

Assalamualaikum,

Saya doakan para pembaca blog Now Everyone Can Kurus ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Insya Allah.

Tajuk entri blog hari ini sensitif sikit. Sesiapa yang terasa tu, sama sama kita ambil iktibar ok.

Berita Di Paper Hari Ini

Hari ini, seorang sahabat saya hantar gambar ini di Telegram group. Dan saya baca keratan akhbar ini. Ia bukan sesuatu angka yang bagus untuk dilihat.


Lebih 300,000 pekerja di Malaysia diberikan Socso Free Health Screening Programme.

Para pekerja ini diberikan ujian kesihatan secara percuma.

Keputusan yang diperoleh sangat mengejutkan.

Sebanyak 36.94% mengalami masalah Overweight.
Sebanyak 17.63% mengalami masalah Obesity.
Sebanyak 61.76% mengalami masalah High Colestrol.

Bagi mereka yang berkesedaran, rasanya this is the time untuk kita sama sama melakukan perubahan pada diri kita.

Saya kongsikan gambar di atas dekat salah satu group Telegram. Saya beritahu kepada ahli dalam group tu, "Let's Take Care Of Our Health".

Itu saja pun yang ingin saya kongsikan.

Tapi, mereka reply gambar gambar ini.





4 gambar ini diberikan kembali kepada saya.

Mungkin pada mereka, mereka nak buat lawak. 

Saya tak lah kisah sangat. Sebab kita bertanggung jawab atas kesihatan diri kita sendiri. Bukan orang lain.

Saya rasa, it's time untuk para pembaca semua mula mengambil berat akan kesihatan kita semua.

Kalau bukan sekarang, bila?
Kalau bukan kita, siapa?

Saya bersyukur kepada Allah, Program Now Everyone Can Kurus yang saya anjurkan banyak membantu mereka yang mengalami masalah obesiti dikalangan sahabat sahabat saya.


Ini sahabat saya, Din. Atas ni gambar sebelum beliau start program NECK ini iaitu pada hujung Januari 2015.


Ini gambar beliau ambil pada 26 Februari 2015 iaitu selepas 26 hari menyertai program ini. Beliau mengambil gambar mengunakan baju yang sama.

Beliau turunkan berat badan ini dengan makan 5 kali sehari, wajib makan nasi setiap hari dan tidak perlu pergi ke gym.

It's simple. Lebih mudah untuk turunkan berat badan jika kita ada ilmu, mentor dan sistem yang betul.

Syukur Alhamdulillah, bagi saya ia satu kejayaan buat saya. 

Jika anda berminat untuk mendapatkan Ebook Now Everyone Can Kurus, kisah motivasi macam mana saya turunkan berat badan dahulu. 

Anda boleh PM mereka yang berikan link blog ini kepada anda. Ia PERCUMA.


Saya doakan. Anda kurus dan sihat.

Wassalam. 

Team NECK
Founder Now Everyone Can Kurus.
"Jom Kurus Dari Rumah"

"Ungkapan Takpe, Next Time, Nantilah Adalah Penyebab Kita Gemuk.... Jom Turunkan Berat Badan SEKARANG !!!!!"

Wednesday, February 25, 2015

Rahsia Turunkan Berat Badan Dengan Pantas

Assalamualaikum,

Saya doakan 'Anda Kurus Dan Sihat'.

Terima kasih kerana setia mengikuti blog Now Everyone Can Kurus. 

Semoga apa yang disampaikan kepada anda dapat memberi  panduan dan tips untuk anda turunkan berat badan dengan cara yang mudah.

Matlamat kita berkongsi diblog ini adalah untuk membantu rakyat Malaysia untuk menerangi obesiti melalui cara yang mudah dan terbukti berkesan.

Saya nak berkongsi dengan anda hari ini mengenai Metabolisme.

Pernah Tengok Orang Makan Banyak Tak Gemuk?

Penah tak kita tengok ada kawan kita yang makan nasi dua tiga pinggan, lepas tu makan itu dan ini tapi dia tak gemuk.

Pernah tengok ada kawan kita yang makan control habis, itu tak makan ini tak makan tapi dia gemuk.

Anda pernah nampak senario macam ni?

Haa.. Inilah topik yang saya nak kongsikan dengan anda hari ini.

Semua ini berlaku kerapa Metabolisme setiap individu berbeza antara satu sama lain.

Mereka yang mempunyai metabolisme yang tinggi akan senang untuk kurus dan mereka yang mempunyai metabolisme yang rendah akan senang untuk gemuk.

Kalau anda nak turunkan berat badan, anda perlu belajar dan faham cara untuk meningkatkan Metabolisme badan anda.

Bagus ke bagus ilmu ni?

Sangat bagus kan..

So, jom belajar

Apa Itu Metabolisme?

Sebenarnya, setiap manusia akan membakar kalori secara automatik setiap hari untuk memastikan sistem tubuh badan kita berfungsi dengan baik.

Ya.. Setiap hari kita akan membakar kalori secara automatik untuk memastikan sistem organ kita berfungsi.

Maksudnya, bila jantung kita berfungsi, paru paru kita berfungsi, darah bergerak dalam badan, sistem perkumuhan berfungsi, semuanya akan bakar kalori.

Mereka yang mempunyai METABOLISME yang tinggi, ini bermaksud sistem badan mereka berfungsi dengan efisyen. Banyak kalori yang terbakar secara automatk.

Sesiapa yang METABOLISME mereka rendah. Ini bermaksud sistem badan mereka berfungsi dengan kurang efektif.

Kurang kalori yang terbakar.

So... Kalau kita komited nak kurus dengan mudah, kita kene belajar cara nak tingkatkan Metabolisme badan kita.

Perkongsian Dalam Program Now Everyone Can Kurus

Ramai orang macam teruja, macam mana para peserta NECK berjaya menurunkan berat badan dengan cara yang sangat pantas.

Yes.... Mereka turun berat dengan sangat PANTAS.


Ini Din. Sebelum memulakan program NECK. Untuk pengetahuan anda, berat asal Din adalah 138kg dahulu. Dia dah turunkan kepada 123kg sebelum start program. So, gambar atas ni adalah semasa beliau 123kg.




Ini gambar beliau selepas 26 hari bersama NECK. Orang yang sama, baju yang sama. Beza tak? Beza sangat berbeza. Cakap kat orang sebelah, amcam?

Dalam program ini, setiap peserta diajar untuk meningkatkan metabolisme badan. Ada 10 cara semuanya.

Tapi saya nak kongsikan dengan anda satu saja tips yang kalau anda amalkan, ia dapat bantu anda turunkan berat badan dengan cepat.

Lakukan HIIT Training

Saya cuba sampaikan konsep ini secara santai kepada anda. Saya nak anda faham. So, saya guna analogy yang sangat mudah difahami.

Saya nak anda faham, kalau kita nak bakar lebih banyak kalori dalam badan kita secara automatik. Kita kena belajar untuk 'tipu jantung' kita suruh dia berfungsi dengan lebih efektif.

So, macam mana cara nak tipu jantung kita ni?

Caranya adalah dengan membuat senaman HIIT (High Intensity Interval Traning).

Saya nak bagi anda faham, saya buat satu contoh.

Kalau anda nak minyak kereta anda cepat habis, anda nak bawa kereta dengan kelajuan konstan atau anda perlu tekan minyak untuk pecut dan kemudian tekan brek, then pecut, then brek.

Mana satu yang akan habis minyak dulu?

Tentulah anda akan cakap yang tekan minyak then brek akan habis dulu.

Konsep inilah juga yang berlaku dalam tubuh badan kita.

Kalau kita nak lebih banyak kalori yang terbakar, kita perlu buat senaman yang berbentuk macam ni.

Salah satu contoh, semasa kita berlari jogging. Kita perlu pecut selaju lajunya selama 30 saat. Kemudian kita berjogging pada kelajuan biasa 30 saat. Then kita pecut balik 30 saat. 

Buat latihan ini secara konsisten.

Kesannya sangat amazing.

Semasa kita pecut laju, otak kita akan hantar arahan kepada jantung untuk bergerak dengan lebih laju agar lebih banyak oksigen dapat masuk ke dalam badan.

Bila jantung dan sistem badan kita berfungsi dengan lebih laju, maksudnya lebih banyak kalori akan terbakar.

Semasa kita jogging perlahan lahan tu, sebenarnya jantung kita masih lagi bergerak pada kelajuan yang sama seperti tadi.

Sebab otak bagi arahan untuk cari oksigen secukupnya untuk cover badan bagi berfungsi.

Selepas 30 saat, kita pecut balik... Kesannya, otak akan sentiasa hantar arahan kepada badan untuk bergerak dengan lebih efektif.

Bagus ke bagus?

Lama kelamaan, jantung kita akan terbiasa bergerak pada kelajuan lebih berbanding biasa. 

Apa yang berlaku? Sistem tubuh badan kita akan berfungsi dengan sangat baik selepas itu. Maka banyak kalori yang akan terbakar secara automatik.

Bila kalori terbakar secara automatik dengan sendiri, ia dapat bantu kita turunkan berat badan dengan cara yang mudah.

Itu baru satu contoh senaman yang kita ajarkan kepada para peserta NECK. 

Kita ajar banyak lagi senaman lain yang dapat bagi kesan sangat menakjubkan kepada para peserta yang mana fokus utama kita adalah untuk tingkatkan metabolisme badan.

Sebab apa? Kita faham... Ramai orang tak ada banyak masa untuk bersenam.

So, apa yang kita buat.. Kita ajar para peserta untuk menggunakan masa mereka sebaiknya. Kita mahu, kalau dah bersenam tu.. Buat senaman yang luar biasa.

Bukan senaman yang biasa biasa.

Bagus ke bagus?

Panduan Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus

Buat anda yang baru kali pertama menjengah ke blog ini, saya nasihatkan anda dapatkan Ebook Now Everyone Can Kurus.


Anda bacalah. Ebook ini akan bagi motivasi kepad anda untuk turunkan berat anda dengan mudah.

Anda nak buku ini PERCUMA?

Sila hubungi mereka yang berikan LINK blog ini kepada anda. Kita akan hantar Ebook ini PERCUMA kepada anda.

Saya doakan, anda kurus dan sihat.

Wassalam.

Team Now Everyone Can Kurus
"Jom Kurus Dari Rumah"

“Nak KURUS Tak Perlu Tunggu GEMUK. Mulakan SEKARANG, Walaupun SEDIKIT Tapi KONSISTEN”

Tuesday, February 24, 2015

Apa Kata Peserta Now Everyone Can Kurus?

Assalamualaikum,

Baru baru ini, kita ada bertanya feedback daripada beberapa peserta Program Now Everyone Can Kurus Batch 1.

Mereka semua menjalani proses menurunkan berat badan secara terancang dalam tempoh 100 hari.

Berat sasaran penurunan adalah 10kg - 15kg.

Mereka ini wajib :

i. Makan 5 kali sehari.
ii. Wajib makan nasi.
iii. Amalkan gaya hidup yang sihat.

Jom Baca Sedikit Perkongsian Daripada Mereka :



Sedikit sharing daripada mereka

Anda Nak Baca Ebook Now Everyone Can Kurus?


Ini bukunya. Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus

Anda nak secara PERCUMA? Sila hubungi mereka yang kongsikan link blog ini dengan anda. Mereka akan berikan ebook ini percuma kepada anda.

Wassalam

Team NECK
Now Everyone Can Kurus
"Jom Kurus Dari Rumah"

Now Everyone Can Kurus : Luahan Hati Haslina

Assalamualaikum,

Saya doakan, anda yang membaca blog ini akan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Untuk pengetahuan anda, salah satu sebab mengapa kita menganjurkan Program Now Everyone Can Kurus adalah untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia menikmati hidup yang lebih sihat.

Kita nak bantu semua rakyat Malaysia melawan obesiti. Kita semua berhak untuk hidup dengan lebih sihat dan cergas.

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda pengalaman salah seorang peserta yang menyertai program ini.

Jom baca perkongsian daripada beliau.

Perkongsian Daripada Puan Haslina 

Nama saya Haslina. Saya berasal dari Kuala Lumpur dan sekarang bekerja di KLCC.



Saya berbaju biru.

Tahun ini, genaplah usia saya 41 tahun. Berat asal saya 82kg dan ketinggian saya adalah 166cm.

Pada usia 41 tahun, saya diberi peluang oleh pihak syarikat untuk buat full medical chek up di klinik.

Pihak syarikat sangat prihatin dengan kesihatan pekerja dan mereka mahu kami semua berada dalam keadaan kesihatan terbaik untuk membolehkan kami berkhidmat untuk syarikat.

19 Januari 2015, saya berjumpa dengan doktor untuk mendapat laporan kesihatan saya.

Saya sangat terkejut dengan tahap kesihatan saya pada waktu itu.

Berat                 : 82kg
Tinggi               : 166cm
BMI                  :  29.8
Blood Pressure : High 190/110

Doktor cakap.

"Puan Haslina, I suggest you better take care of your health. You are 41 years old this year. You are obes and your blood pressure is high. I suggest you should loss your weight. Or else macam macam penyakit boleh datang. Please reduced your weight to 65kg"

Pada waktu itu, saya terfikir macam mana saya nak turunkan berat badan.


"Aku dah cuba turunkan berat badan sebelum ni, tapi gagal."

Saya pernah tak makan nasi sebelum ini semata mata nak turunkan berat badan. Kurangkan makan itu dan ini konon kononnya tak banyak kalori yang masuk dalam badan.


Bila makanan yang diambil tidak seimbang, badan saya rasa sangat letih. Saya tak bertenaga untuk bersenam.

Jaga makan separuh nyawa, turun ratus ratus gram sahaja. Then naik balik.

Saya rasa sangat kecewa.

Kehidupan Sebelum Ini

Semasa saya berkahwin, berat badan saya sekitar 65kg.


Tapi, selepas melahirkan anak yang pertama, berat saya tidak pernah turun bawah 70kg. Sekarang, anak sulung saya dah pun berusia 16 tahun.

Maksudnya, dah berbelas tahunlah saya menanggung lemak ini bersama saya.

Sejak beranak pinak, rasanya saya dah kurang bersenam. Senang cakap, malaslah nak bersenam. This is the thing that i really nak avoid. Kalau waktu weekend, benda terbaik yang boleh dibuat selepas makan adalah tidur.

Hehe.. Rasanya inilah puncanya berat badan saya naik dan tak turun turun.



Saya bersama suami. Badan saya lagi lebar daripada suami.

Suami saya seorang yang sangat mementingkan kesihatan. Huhu. Tak macam saya. Every week kot dia ajak saya gi jogging kat taman pagi pagi lepas Subuh. 

Tapi saya malas...

Dia tak lah nak tegur saya direct, tapi... dia picit picit lelemak di perut ni dan dia kata.

"Biler la lelemak ni nak hilang yea...."

Tahu Mengenai Program Now Everyone Can Kurus

Saya bersyukur, ketika mana saya tercari cari cara untuk turunkan berat badan. Sahabat saya kongsikan ebook ini dengan saya.





Now Everyone Can Kurus. Ia ada dalam bentuk buku mini. 

Saya baca buku ini, kemudian saya baca yang full version. 

Pada waktu itu, saya rasa teruja dengan teknik yang digunakan oleh penulis untuk menurunkan berat badan beliau. Saya rasa saya boleh sertai program Now Everyone Can Kurus ini.

Saya tak kenal personal trainer penulis iaitu Abang Ketak. Tapi, berdasarkan apa yang penulis kongsikan saya rasa beliau seorang yang mampu untuk bimbing saya untuk turunkan berat badan. 

"I believed, the way the author design this programme can help me."

Saya kongsikan keinginan saya ini dengan suami saya. I shared with him about Now Everyone Can Kurus.

Tapi, beliau gelak gelakkan saya. Dia tak percaya yang saya akan berjaya turunkan berat badan. I mean, logic ler, dia ajak jogging pun saya tak pernah nak ikutkan....

Saya tekadkan hati, saya sertai program ini. If not now, then when? If not me then whom? I have to do it my self. It's now or never.

Pengalaman Menyertai Program NECK

First few days me in this programme I felt so difficult. Cause I need to change from norms.

I buat benda yang tak pernah I buat selama ini. 

I tak pernah makan macam ni. I mean, sebelum ni I makan saja apa yang I nak makan. Tapi sekarang, I belajar untuk pilih makanan yang sihat dan rendah kalori.

Ahaks.... It's not easy... But I'm ok.

One thing about me, I always listen to my mentor. The principle is simple, Abang Ketak had lots of experiences, he knows what is good and bad for me. Just follow it.

What touched me was when I saw Firdaus and Abang Ketak keep motivating and inspiring us. The tips and techniques they shared was amazing. They really want to help me to lose my weight. 

I could feel that Firdaus and Abang Ketak really concern and love all participants. 

Although sayang tu kadang kadang dalam bentuk sindiran dan bebelan.

But, deep inside my heart I started to believe that this is the programme that I need to follow. 

I felt that I let Firdaus and Abang Ketak down if I don't follow your advised. I could feel that both of them around me eventhough they are not.

I'm more careful with my diet and exercise. 

After 2 weeks, it came to my first weight in.

Alhamdulillah, Syukur I managed to drop 4.7 kg compared during my health check up weight. Something that I never done before. 

"Giller happy kot turun 4.7kg. Sebelum ni nak turun bukan main susah. Turun beberapa ratus gram then naik balik."

Sekarang suami saya mula yakin yang saya akan berjaya menurunkan berat badan. Bila balik kampung dan bila out station, saya bawa balik sport shoe dan tali skipping untuk bersenam bila berkelapangan.

Sesuatu yang saya tak pernah buat sebelum ini.

Apa Yang Menariknya Mengenai Program NECK

Bagi saya, program ini sangat menarik. Saya ada mentor dan expert yang share segala ilmu dan tips untuk turunkan berat badan.

Yang best, segala kesalahan kami akan terus ditegur serta merta. 

Saya tak boleh lupakan semua sahabat yang berada dalam group ini yang sama sama berjuang untuk menurunkan berat badan.

Kami rasa macam dah lama kenal walau pun realitinya kami tak pernah berjumpa sebelum ini.

Saya rasa seronok sangat dapat buat sama sama.

Saya boleh turunkan berat badan dengan makan 5 kali sehari, boleh makan nasi dan tidak perlu pergi ke gym.

Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus yang dikongsikan sangat amazing. Ia satu formula yang saya langsung tak tahu sebelum ini. Dan saya rasa ia sangat sangat membantu saya untuk menurunkan berat badan. 

Rasa macam nak turunkan berat badan lagi mudah lepas saya tahu caranya.

Satu perkara yang saya rasa program ini sangat unik, walaupun ia mahu para peserta untuk kurus. Tapi pihak penganjur sangat tekankan para peserta untuk fokus nak hidup lebih sihat.

Sebab orang sihat terpaksa kurus. Saya suka dengan konsep ini.

Disamping dapat menurunkan berat badan, saya dapat menikmati hidup yang lebih sihat selepas ini.




Sebelum dan selepas menyertain Program NECK. Suami pun dah kembali active. 


Darah Tinggi Pulih Dengan NECK

Saya tahu saya ada tekanan darah tinggi sejak 3 tahun lepas. Biasalahkan bila pergi klinik kalau deman atau selsema, doktor akan check BP. 

Tapi sebab bacaan BP saya tinggi sedikit sahaja dari range normal, saya tak amik peduli sangat. Dlm hati kata tak apalah, nanti turun le jadi normal balik.

Tapi bak kat pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Begitu jugalah dengan bacaan BP saya. 

Setiap kali pergi klinik, bacaan makin naik. Sehingga pada penghujung tahun 2013, doktor mula prescrib ubat untuk control BP. 

Tapi saya masih in denial, kadang2 saya makan, tapi selalunya tak makan. Dengan harapan, ala ini sementara ajeler, nanti turun lah BP tu. 

Jan 2015 saya buat full medical check-up. Sepatutnya dlm session itu, saya akan buat stress test (kena lari2 atas treadmill). 

Tapi sebab bacaan BP yg sangat tinggi, doktor langsung tak benarkan. Sepanjang 4 jam di hospital, sebanyak 4 kali juga BP saya di ambil setiap jam. 

Doktor kata kadang2 patient ni nervous kalau buat medical check-up tu yang BP boleh naik. Tapi kalau antara semua 4, paling rendah ialah 155/110 dan yang paling tinggi ialah 190/110, ini dah bukan lagi nervous tapi memang penyakit. 

Selain high BP, BMI saya pun dah hampir nak cecah category obese. Apalagi, memang kena sound le dengan doktor. Doktor suruh (arahan yea bukan nasihat lagi) utk saya turunkan berat badan sebelum penyakit2 lain datang menjenguk. 


Semangat utk kurus serta merta datang. Saya insaf. 

Dan Alhamdulillah saya diketemukan dengan NECK. Saya ikut segala arahan, tips dan bagi commitment 100%. And the result is amazing. 

Bukan sahaja BMI saya improve tapi yg lebih penting BP saya kembali normal. Terima kasih NECK!!!



Nasihat Kepada Anda Di Luar Sana

If you really want to loss weigh and live a healthy live, now is the time. Join this programme. I assure you that program ni memang awesone. 

You will be sorrounded with highly motivated people to be together with you throughout your kurus and sihat journey.

Wassalam

Haslina,
Kuala Lumpur
____________________________________________

Saya bersyukur kerana Allah memilih saya untuk menjadi agen perubahan dalam kehidupan orang lain. Jom doakan lebih ramai peserta NECK yang berjaya mengubah kehidupan dan kesihatan mereka ke arah yang lebih baik. 

Wassalam.

Tekan SHARE Di Bawah Jika Anda Rasa Posting Ini Bermanfaat.

Sunday, February 22, 2015

It's Time To Change !!! Saya Mesti Kurus !!!

Assalamualaikum,

Saya doakan para pembaca blog Now Everyone Can Kurus ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, "Anda Kaya Dan Berjaya".

Hari ini, saya nak kongsikan dengan anda kisah salah seorang peserta Program Now Everyone Can Kurus iaitu Suhana Kawi.

Beliau menyertai program ini kerana beliau rasa inilah masa yang terbaik untuk beliau turunkan berat badan. Jom kita ikuti perkongsian beliau :

It's Time To Change 

Assalamualaikum,

Salam perkenalan. Nama saya Suhana Kawi berusia 33 tahun. Saya seorang guru Sejarah di salah sebuah MRSM di Perak.
 

Ini saya. 


Seorang ibu kepada 2 orang anak yang mempunyai berat 83kg selepas saya berkahwin. Pada ketinggian 159cm, saya termasuk dalam kategori mereka yang obes.

Mengapa Berat Badan Saya Naik?

Jujur saya kongsikan dengan anda, saya tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat. 

Sebagai seorang guru, persekitaran kerja saya yang tidak menggunakan banyak tenaga fizikal tapi tenaga minda. 

Di maktab, kami sering mengadakan potluck dan selalu ada jamuan setiap majlis, mesyuarat atau kursus. 




Antara program makan-makan di maktab..

Saya dan suami suka makan. 

Tambahan pula, hobi saya adalah memasak. Saya akan menjamu makan dan meraikan tetamu yang datang ke rumah tak kira sama ada mereka pelajar, ahli keluarga atau sesiapa sahaja.

Dah jadi tradisi saya untuk meraikan tetamu dengan 'Makan'.



Makanan yang dihidangkan kepada keluarga. 

Saya dan suami suka travel. Bila travel perkara yg dicari adalah tempat makanan sedap. Kami akan google kalau kalau ada makanan yang sedap di situ. Jalan jalan cari makan gitu...

Bila balik kampung, saya menjadi ketua chef. Memasak secara berjemaah adalah aktiviti paling seronok di kampung, sambil bersembang dan bergelak bercerita. Sambil masak sambil makan.. Haha.. Memang selamatttttt....

Saya mengaku, saya malas bersenam. Alasannya, saya sibuk dan penat dengan tugasan dan keluarga.

Bila ada masa terluang, saya ambil masa untuk tidur dan menternak lemak.

Bila stress bekerja saya keluar MAKAN dengan kawan-kawan bagi tujuan untuk release tension.




Makan roti canai pulak tu....

Bila makan, tension mmg hilang tapi GEMUK meningkat. 

Begitulah kehidupan saya dahulu, sedih sangat saya rasa.

Saya langsung tidak pernah mengira keperluan kalori harian saya. Apa yang saya jumpa, semuanya saya makan tanpa rasa bersalah.

Tapi... itu semua dulu.. Kini ia hanya tinggal sejarah dalam hidup saya.

Perubahan Selepas Menyertai Program Now Everyone Can Kurus

Tanggal 1 Februari 2015, saya sertai program Now Everyone Can Kurus. Salah satu program menurunkan berat badan yang dianjurkan oleh Empayar Maria Firdaus.

Dalam program ini, banyak yang saya belajar. 

Saya lebih jelas matlamat mengapa saya perlu turunkan berat badan saya. Saya lebih faham keperluan kalori diri saya.

Saya diterankan mengapa ramai orang gagal menurunkan berat badan. Baru saya sedar, saya betul betul tak cukup ilmu sebelum ini.

Yang lagi best, sekarang saya lebih faham cara untuk kurus yang menyeronokkan, bukan stress dan menyeksakan.

Saya lebih berdisiplin dan jadual harian kehidupan saya menjadi lebih teratur dan sihat.

Apa yang saya paling suka, saya menurunkan berat badan secara berjemaah. Saya berada dalam satu telegram group dengan mereka yang 'senasib' dengan saya. 

Kami saling membantu antara satu sama lain.

Saya suka konsep yang diamalkan dalam program ini. Ada trainer yang sangat baik dan bertanggung jawab. Banyak ilmu yang saya belajar dari personal trainer ini.

Selain itu, saya turut diberikan tips penurunan berat badan yang merangkumi kawalan emosi, pengambilan diet yang betul dan senaman yang efektif.


Hidup adalah satu pilihan. Saya pilih untuk hidup lebih sihat.


Saya bersama para pelajar. Bersukan di waktu petang.


Beriadah.

Saya bersyukur dapat menyertai program ini. Saya sentiasa bersemangat dan sentiasa kuat untuk menurunkan berat badan.

Sekarang saya MAHU, TAHU dan MAMPU untuk turunkan berat badan dengan cara yang sihat.

Alhamdulillah, hidup saya dah banyak berubah sekarang.




Boleh bersenam dari rumah sahaja.

                               

Saya dan suami kini memilih untuk hidup dengan lebih sihat.

Perubahan Selepas 14 Hari



Ini perubahan saya selepas 14 hari menyertai NECK. Target saya berat menjadi 60kg. Doakan saya yer kawan kawan.

Nasihat Saya Kepada Anda

Kepada anda di luar sana, saya sangat mencadangkan anda untuk menyertai Program Now Everyone Can Kurus. Anda akan rugi besar tak join program ini.

Beri peluang kepada diri anda untuk menyertai program yang sangat best ini.

Wassalam

Sila Tekan Button SHARE Di Bawah Jika Anda Rasa Entri Ini Memberi Motivasi Kepada Anda Untuk Menurunkan Berat Badan. Mungkin Ia Boleh Bantu Rakan Rakan Anda Pula Selepas Ini.

Thursday, February 19, 2015

Part 7 : Faktor Utama Mengapa Ramai Orang Gagal Menurunkan Berat Badan

Assalamualaikum,

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Semoga para pembaca blog Now Everyone Can Kurus sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Cakap dekat orang sebelah, 'Saya Kurus Dan Sihat'.

Syarat Untuk Turunkan Berat Badan

Saya selalu bertanya kepara mereka yang nak turunkan berat badan,

"Apakah syarat utama yang wajib untuk mereka yang nak turunkan berat badan?"

Sehingga hari ini, tiada siapa pun yang dapat memberikan jawapan yang tepat kepada saya.

Kebanyakannya jawab,

"Perlu ada semangat, keyakinan nak turunkan berat badan."

"Mesti ada mentor..."

"Mesti ada ilmu..."

Bagi saya, jawapan mereka betul. Tapi itu bukan syarat utama nak turunkan berat badan. Itu syarat nombor 2 ke tiga....

Syarat utama nak turunkan berat badan adalah orang itu mestilah berjaya menggemukkan badan mereka terlebih dahulu.

Hehe.. Ala nak gurau pun tak boleh.

Yer la.. betul la kan. Kalau nak kurus... Mesti lah kene gemuk dulu. Takkan orang kurus nak kuruskan badan lagi.

Mengapa Ramai Orang Gemuk Nak Kurus Tapi Tak Kurus

Para pembaca yang dikasihi sekalian, sejak setahun lepas saya bertemu dengan ramai orang yang cuba nak turunkan berat badan.

Tapi ramai yang gagal.

Persamaan bagi mereka ini adalah mereka kurang 3 perkara ini.

MAHU, TAHU dan MAMPU

Ya.. Inilah 3 perkara yang mereka kurang.

Tapi hari ini saya nak ulas dari segi MAHU sahaja.

Ramai orang MAHU kurus.

Ramai orang MAHU turunkan berat badan.

Yang menjadi persoalan utama buat mereka adalah, sekuat mana perasaan MAHU menurunkan berat badan itu?

Ada orang yang nak turunkan berat badan sekadar suka suka.
 Ada orang nak turunkan berat badan sebab ikut kawan.
Ada orang nak turunkan berat badan sebab suami suruh.
Ada orang nak turunkan berat badan sebab isteri suruh.

Bila kita tak ada sebab yang jelas mengapa kita mahu turunkan berat badan, kita akan GAGAL.

Percayalah, saya bercakap berdasarkan pengalaman saya melihat ramai orang gagal.

Bila kemahuan mereka sekadar suka suka, resultnya pun suka suka.

Bila kemahuan mereka berada di tahap EXTREME, barulah resultnya akan jadi EXTREME.


Haa.. Ini Kevin bergurau sket. Dia SHARE kenapa ramai orang gagal turunkan berat badan. 

Apa puncanya? 

Hot Hot Chicken Shit.....

Apa Yang Anda Perlu Faham?

Bagi anda yang nak turunkan berat badan, antara perkara penting yang anda perlu jelas adalah untuk kurus dan sihat anda perlu mengubah hidup anda daripada hidup biasa biasa kepada hidup yang luar biasa.

Anda perlu menjalani satu 'Proses'

Proses untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Dan proses menurunkan berat badan ini bukan berlaku dalam tempoh yang singkat.

Masalah Ramai Orang

Ramai orang gemuk tak sedar, mereka ambil tempoh berbulan bulan bahkan bertahun tahun untuk menternak diri mereka menjadi gemuk.

Mereka boleh bersabar untuk gemuk.

Tetapi, mereka tak sabar untuk jadi kurus.

Kalau boleh hari ni mereka mula berdiet minggu depan mereka dah nak kurus.

Cakap kat orang sebelah, "Memang tak lah kan......"

Para pembaca yang dikasihi sekalian, sejujurnya kalau kita nak turunkan berat badan kita perlu beri masa untuk berat kita turun.

Berapa lama?

Bergantung kepada usaha dan komitmen kita.

Ada orang boleh turunkan 10kg dalam tempoh 100 hari. Ada orang boleh turunkan 15kg dalam tempoh yang sama.

Tetapi, sekiranya kita konsisten mengamalkan cara hidup yang sihat, kita fokus untuk sihat. 

Percayalah, "Sooner or sooner kita terpaksa kurus dan sihat."

Ada Perkara Yang Lebih Penting Dari Kurus

Kesilapan ramai orang, mereka fokus nak kurus. Mereka tak fokus untuk hidup sihat.

Inilah pesan pertama mentor saya bila saya nak turunkan berat badan. 

Beliau pesan, "Firdaus, kau kene fokus untuk sihat, bukan fokus nak kurus. Bila kau fokus nak sihat. Nanti kau terpaksa kurus."

Penekanan Dalam Program Now Everyone Can Kurus

Bagi para peserta program Now Everyone Can Kurus, bila mereka join sahaja perkara utama yang saya akan tekankan adalah untuk mereka semak kembali level kemahuan mereka untuk kurus.

Adakah level kemahuan mereka biasa biasa atau level kemahuan mereka luar biasa. 

Mereka perlu ada sebab yang jelas mengapa mereka yang turunkan berat badan.

Jika asbab mereka jelas, barulah mereka akan berjaya menempuh pelbagai cabaran selepas itu.

Nak turunkan berat badan memerlukan 'jihad' yang besar untuk melawan nafsu. Pada waktu ini, ramai orang terpaksa berlawan dengan kehendak nafsu mereka. Nafsu nak makan macam macam. Tapi akal terpaksa bertarung dengan nafsu.

Mana yang lebih kuat itulah yang akan menang.

Saya harap apa yang dikongsikan ini sedikit sebanyak membantu anda untuk turunkan berat badan.

Saya doakan, anda kurus dan sihat.

Wassalam

Now Everyone Can Kurus

"Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat, Sila Tekan Butang SHARE Di Bawah. Semoga Ia Dapat Membantu Sahabat Sahabat Anda Yang Nak Turunkan Berat Badan."