Tuesday, February 24, 2015

Now Everyone Can Kurus : Luahan Hati Haslina

Assalamualaikum,

Saya doakan, anda yang membaca blog ini akan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Untuk pengetahuan anda, salah satu sebab mengapa kita menganjurkan Program Now Everyone Can Kurus adalah untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia menikmati hidup yang lebih sihat.

Kita nak bantu semua rakyat Malaysia melawan obesiti. Kita semua berhak untuk hidup dengan lebih sihat dan cergas.

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda pengalaman salah seorang peserta yang menyertai program ini.

Jom baca perkongsian daripada beliau.

Perkongsian Daripada Puan Haslina 

Nama saya Haslina. Saya berasal dari Kuala Lumpur dan sekarang bekerja di KLCC.



Saya berbaju biru.

Tahun ini, genaplah usia saya 41 tahun. Berat asal saya 82kg dan ketinggian saya adalah 166cm.

Pada usia 41 tahun, saya diberi peluang oleh pihak syarikat untuk buat full medical chek up di klinik.

Pihak syarikat sangat prihatin dengan kesihatan pekerja dan mereka mahu kami semua berada dalam keadaan kesihatan terbaik untuk membolehkan kami berkhidmat untuk syarikat.

19 Januari 2015, saya berjumpa dengan doktor untuk mendapat laporan kesihatan saya.

Saya sangat terkejut dengan tahap kesihatan saya pada waktu itu.

Berat                 : 82kg
Tinggi               : 166cm
BMI                  :  29.8
Blood Pressure : High 190/110

Doktor cakap.

"Puan Haslina, I suggest you better take care of your health. You are 41 years old this year. You are obes and your blood pressure is high. I suggest you should loss your weight. Or else macam macam penyakit boleh datang. Please reduced your weight to 65kg"

Pada waktu itu, saya terfikir macam mana saya nak turunkan berat badan.


"Aku dah cuba turunkan berat badan sebelum ni, tapi gagal."

Saya pernah tak makan nasi sebelum ini semata mata nak turunkan berat badan. Kurangkan makan itu dan ini konon kononnya tak banyak kalori yang masuk dalam badan.


Bila makanan yang diambil tidak seimbang, badan saya rasa sangat letih. Saya tak bertenaga untuk bersenam.

Jaga makan separuh nyawa, turun ratus ratus gram sahaja. Then naik balik.

Saya rasa sangat kecewa.

Kehidupan Sebelum Ini

Semasa saya berkahwin, berat badan saya sekitar 65kg.


Tapi, selepas melahirkan anak yang pertama, berat saya tidak pernah turun bawah 70kg. Sekarang, anak sulung saya dah pun berusia 16 tahun.

Maksudnya, dah berbelas tahunlah saya menanggung lemak ini bersama saya.

Sejak beranak pinak, rasanya saya dah kurang bersenam. Senang cakap, malaslah nak bersenam. This is the thing that i really nak avoid. Kalau waktu weekend, benda terbaik yang boleh dibuat selepas makan adalah tidur.

Hehe.. Rasanya inilah puncanya berat badan saya naik dan tak turun turun.



Saya bersama suami. Badan saya lagi lebar daripada suami.

Suami saya seorang yang sangat mementingkan kesihatan. Huhu. Tak macam saya. Every week kot dia ajak saya gi jogging kat taman pagi pagi lepas Subuh. 

Tapi saya malas...

Dia tak lah nak tegur saya direct, tapi... dia picit picit lelemak di perut ni dan dia kata.

"Biler la lelemak ni nak hilang yea...."

Tahu Mengenai Program Now Everyone Can Kurus

Saya bersyukur, ketika mana saya tercari cari cara untuk turunkan berat badan. Sahabat saya kongsikan ebook ini dengan saya.





Now Everyone Can Kurus. Ia ada dalam bentuk buku mini. 

Saya baca buku ini, kemudian saya baca yang full version. 

Pada waktu itu, saya rasa teruja dengan teknik yang digunakan oleh penulis untuk menurunkan berat badan beliau. Saya rasa saya boleh sertai program Now Everyone Can Kurus ini.

Saya tak kenal personal trainer penulis iaitu Abang Ketak. Tapi, berdasarkan apa yang penulis kongsikan saya rasa beliau seorang yang mampu untuk bimbing saya untuk turunkan berat badan. 

"I believed, the way the author design this programme can help me."

Saya kongsikan keinginan saya ini dengan suami saya. I shared with him about Now Everyone Can Kurus.

Tapi, beliau gelak gelakkan saya. Dia tak percaya yang saya akan berjaya turunkan berat badan. I mean, logic ler, dia ajak jogging pun saya tak pernah nak ikutkan....

Saya tekadkan hati, saya sertai program ini. If not now, then when? If not me then whom? I have to do it my self. It's now or never.

Pengalaman Menyertai Program NECK

First few days me in this programme I felt so difficult. Cause I need to change from norms.

I buat benda yang tak pernah I buat selama ini. 

I tak pernah makan macam ni. I mean, sebelum ni I makan saja apa yang I nak makan. Tapi sekarang, I belajar untuk pilih makanan yang sihat dan rendah kalori.

Ahaks.... It's not easy... But I'm ok.

One thing about me, I always listen to my mentor. The principle is simple, Abang Ketak had lots of experiences, he knows what is good and bad for me. Just follow it.

What touched me was when I saw Firdaus and Abang Ketak keep motivating and inspiring us. The tips and techniques they shared was amazing. They really want to help me to lose my weight. 

I could feel that Firdaus and Abang Ketak really concern and love all participants. 

Although sayang tu kadang kadang dalam bentuk sindiran dan bebelan.

But, deep inside my heart I started to believe that this is the programme that I need to follow. 

I felt that I let Firdaus and Abang Ketak down if I don't follow your advised. I could feel that both of them around me eventhough they are not.

I'm more careful with my diet and exercise. 

After 2 weeks, it came to my first weight in.

Alhamdulillah, Syukur I managed to drop 4.7 kg compared during my health check up weight. Something that I never done before. 

"Giller happy kot turun 4.7kg. Sebelum ni nak turun bukan main susah. Turun beberapa ratus gram then naik balik."

Sekarang suami saya mula yakin yang saya akan berjaya menurunkan berat badan. Bila balik kampung dan bila out station, saya bawa balik sport shoe dan tali skipping untuk bersenam bila berkelapangan.

Sesuatu yang saya tak pernah buat sebelum ini.

Apa Yang Menariknya Mengenai Program NECK

Bagi saya, program ini sangat menarik. Saya ada mentor dan expert yang share segala ilmu dan tips untuk turunkan berat badan.

Yang best, segala kesalahan kami akan terus ditegur serta merta. 

Saya tak boleh lupakan semua sahabat yang berada dalam group ini yang sama sama berjuang untuk menurunkan berat badan.

Kami rasa macam dah lama kenal walau pun realitinya kami tak pernah berjumpa sebelum ini.

Saya rasa seronok sangat dapat buat sama sama.

Saya boleh turunkan berat badan dengan makan 5 kali sehari, boleh makan nasi dan tidak perlu pergi ke gym.

Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus yang dikongsikan sangat amazing. Ia satu formula yang saya langsung tak tahu sebelum ini. Dan saya rasa ia sangat sangat membantu saya untuk menurunkan berat badan. 

Rasa macam nak turunkan berat badan lagi mudah lepas saya tahu caranya.

Satu perkara yang saya rasa program ini sangat unik, walaupun ia mahu para peserta untuk kurus. Tapi pihak penganjur sangat tekankan para peserta untuk fokus nak hidup lebih sihat.

Sebab orang sihat terpaksa kurus. Saya suka dengan konsep ini.

Disamping dapat menurunkan berat badan, saya dapat menikmati hidup yang lebih sihat selepas ini.




Sebelum dan selepas menyertain Program NECK. Suami pun dah kembali active. 


Darah Tinggi Pulih Dengan NECK

Saya tahu saya ada tekanan darah tinggi sejak 3 tahun lepas. Biasalahkan bila pergi klinik kalau deman atau selsema, doktor akan check BP. 

Tapi sebab bacaan BP saya tinggi sedikit sahaja dari range normal, saya tak amik peduli sangat. Dlm hati kata tak apalah, nanti turun le jadi normal balik.

Tapi bak kat pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Begitu jugalah dengan bacaan BP saya. 

Setiap kali pergi klinik, bacaan makin naik. Sehingga pada penghujung tahun 2013, doktor mula prescrib ubat untuk control BP. 

Tapi saya masih in denial, kadang2 saya makan, tapi selalunya tak makan. Dengan harapan, ala ini sementara ajeler, nanti turun lah BP tu. 

Jan 2015 saya buat full medical check-up. Sepatutnya dlm session itu, saya akan buat stress test (kena lari2 atas treadmill). 

Tapi sebab bacaan BP yg sangat tinggi, doktor langsung tak benarkan. Sepanjang 4 jam di hospital, sebanyak 4 kali juga BP saya di ambil setiap jam. 

Doktor kata kadang2 patient ni nervous kalau buat medical check-up tu yang BP boleh naik. Tapi kalau antara semua 4, paling rendah ialah 155/110 dan yang paling tinggi ialah 190/110, ini dah bukan lagi nervous tapi memang penyakit. 

Selain high BP, BMI saya pun dah hampir nak cecah category obese. Apalagi, memang kena sound le dengan doktor. Doktor suruh (arahan yea bukan nasihat lagi) utk saya turunkan berat badan sebelum penyakit2 lain datang menjenguk. 


Semangat utk kurus serta merta datang. Saya insaf. 

Dan Alhamdulillah saya diketemukan dengan NECK. Saya ikut segala arahan, tips dan bagi commitment 100%. And the result is amazing. 

Bukan sahaja BMI saya improve tapi yg lebih penting BP saya kembali normal. Terima kasih NECK!!!



Nasihat Kepada Anda Di Luar Sana

If you really want to loss weigh and live a healthy live, now is the time. Join this programme. I assure you that program ni memang awesone. 

You will be sorrounded with highly motivated people to be together with you throughout your kurus and sihat journey.

Wassalam

Haslina,
Kuala Lumpur
____________________________________________

Saya bersyukur kerana Allah memilih saya untuk menjadi agen perubahan dalam kehidupan orang lain. Jom doakan lebih ramai peserta NECK yang berjaya mengubah kehidupan dan kesihatan mereka ke arah yang lebih baik. 

Wassalam.

Tekan SHARE Di Bawah Jika Anda Rasa Posting Ini Bermanfaat.

7 comments:

  1. Alhamdulillah.. Semoga pn.Haslina berjaya capai impiannya. Sama-samalah kita doakan untuk beliau :-)

    ReplyDelete
  2. semoga beliau berjaya sihat dan kurus .good luck puan:-)

    ReplyDelete
  3. Tahniah pn haslina....saya doakan anda success dlm perjuangan seterusnya.

    ReplyDelete
  4. Tahniah puan, semoga puan kurus dan sihat...AMIN

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...tahniah Puan Haslina. Moga berjaya capai Berat ideal dan yang lebih penting lebih sihat untuk Kebahagiaan dunia Akhirat.

    ReplyDelete
  6. Alhamdullillah. Teruskan transformasi!

    ReplyDelete
  7. Alhamdullillah. Teruskan transformasi!

    ReplyDelete