Monday, February 16, 2015

Part 1 : Now Everyone Can Kurus : Di Belakang Tabir

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang mengunjungi blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan "Anda Kurus Dan Sihat, Slim Dan Fit."

Bagaimana Program Now Everyone Can Kurus Bermula?

Ada orang bertanya, macam mana timbulnya idea program Now Everyone Can Kurus (NECK) ini?

Jujur saya katakan, semuanya bermula daripada saya.

Saya dulu asalnya seorang yang slim dan fit. Tetapi, dalam 'sekelip' mata bentuk badan saya berubah.

Jom kita lihat 'perubahan' yang berlaku dalam diri saya.


Gambar ketika di United Kingdom - Berat 63kg


Setelah pulang ke Malaysia, berat naik ke 67kg.


Berat naik ke 70kg.


Nak kahwin - Turunkan berat ke 67kg


Ini gambar beberapa hari selepas berkahwin.


Selepas setahun berkahwin, bahu mula jatuh. Badan nampak mengelebeh.


Pada usia 28 tahun. Lihatlah PJK (Perut Jauh Kedepan).


Leher makin tembam, perut makin besar.


Lihat leher saya. Macam dah nak bersambung. Eee... Ngeri tengok.


Perut jauh ke hadapan

Badan Makin Membesar

Saya sedar saya gemuk. Saya sedar badan saya makin berisi. Berat makin bertambah.

Isteri saya kerap menasihatkan saya untuk turunkan berat badan.

Tapi, ego seorang suami. Bukan boleh ditegur tegur oleh isteri. 

Banyak kali beliau nasihatkan saya, saya buat tak tahu saja.. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Insaf Seketika

Tapi, sepanjang tempoh ini saya ada berusaha dua kali untuk turunkan berat badan.

Kali pertama, saya dicadangkan untuk ambil produk A_______. Saya belanja hampir RM1,000 untuk turunkan berat badan.

Hanya 2 minggu bertahan. Saya GAGAL.

Yang best, saya lupa nak cek betul betul. 

Orang yang 'jual' produk tu dekat saya dia sendiri pun perutnya gemuk. Nampak sangat produk tu tak berkesan. Huhu...

Kali kedua, saya dicadangkan untuk menggunakan bengkung H_______. Saya beli pada harga RM600. 

Sekali lagi saya 'gagal'. 

Bila guna saya rasa kurang selesa.

Bila dah dua kali gagal, saya rasa dah malas nak turunkan berat badan. Lagipun, ramai saja kawan kawan saya yang gemuk. 

So, ada ku kesah? 

Berat Terus Meningkat

Jom tengok perubahan diri saya. Meningkat sehingga berat mencecah 80kg.


Lihatlah 'lemak' di pinggang saya.


Semakin tiba ke kemuncak


Saya sendiri tak sangka saya pernah segemuk ini.



Ini gambar terakhir saya 'gemuk' sebelum saya decide nak turunkan berat badan.

Mula Menurunkan Berat Badan

Selepas saya dah buat keputusan untuk turunkan berat badan, kali ini saya buat dengan cara yang betul.

Saya masih ingat, pada waktu itu saya berjanji dengan Allah.

"Ya Allah, aku mohon pada Mu. Kau bantu aku untuk turunkan berat badan ku ya Allah. Bila aku dah kurus nanti, aku akan bantu orang lain untuk turunkan berat badan mereka dengan cara yang mudah."

Bila niat dilakukan kerana Allah, segalanya menjadi mudah.

Alhamdulillah, keputusan yang dicapai sangat memberangsangkan.

Syukur.. Syukur.. Syukur..


Saya berjaya turunkan ke 68kg dalam tempoh 100 hari.

Bantu Lebih Ramai Orang Untuk Turut Menjadi Kurus Dan Sihat

Selepas saya dah jadi kurus dan fit, saya mula merancang bagaimana untuk dikongsikan segala pengalaman saya untuk menurunkan berat badan.


Ini muka surat no 1. Buku nota saya. Doa yang saya pohon daripada Allah agar dipermudahkan segala urusan saya untuk membantu lebih ramai orang untuk menurunkan berat badan dengan cara yang mudah.

Setelah berusaha dan merancang bagaimana untuk dijalankan program ini, akhirnya terlahirlah sebuah program yang dinamakan NOW EVERYONE CAN KURUS yang menggunakan FORMULA MUDA M.E.S.T.I KURUS.


Sebahagian peserta Program Now Everyone Can Kurus dalam seminar yang dianjurkan.

Begitulah asal usul program NECK ini. Bermula dari saya yang slim, kemudian terjadi bambam...

Saya berjaya turunkan berat badan dan saya rasa saya bertanggung jawab untuk bantu orang lain untuk turunkan berat badan mereka juga.


Dapatkan Tips Dan Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus Percuma


Anda nak baca kisah saya ini? Ia PERCUMA

Sila hubungi mereka yang kongsikan link blog ini dengan anda. Mereka akan bantu anda untuk dapatkan semua tips ini secara percuma.

Wassalam

Now Everyone Can Kurus
"Jom Kurus Dari Rumah"
"Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus"

Sila Tekan Button SHARE Di Bawah Ini Jika Anda Rasa Artikel Ini Bermanfaat Untuk Bantu Rakan Rakan Anda Yang Lain Menurunkan Berat Badan

No comments:

Post a Comment