Monday, February 16, 2015

Part 2 : Now Everyone Can Kurus - Carilah Mentor

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang membaca blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan "Anda Kurus Dan Sihat".

Ramai Orang Buat Silap

Ramai orang nak turunkan berat badan.

Ramai orang buat silap pada langkah mereka yang pertama.

Mereka ingat, nak turunkan berat hanya sekadar jaga makan.

Mereka ingat, nak turunkan berat badan hanya sekadar bersenam.

Mereka ingat, nak turunkan berat badan hanya dengan makan ubat kurus.

Mereka silap.

Sebenarnya, ada satu langkah yang mesti diambil oleh semua orang yang nak turunkan berat badan.

Langkah Pertama Nak Turunkan Berat Badan

Saya tak pasti anda setuju atau tidak, tapi saya dah buat kesilapan dua kali sebelum ini.

Saya nak turunkan berat badan, tapi saya TAK ADA MENTOR.

Ramai orang ambil mudah hal ini.

Mereka rasa, apalah sangat pentingnya mentor.

Mereka tak sedar, kalau tak ada mentor, mereka sebenarnya sedang buat sesuatu yang 'trial and error'.

Saya ada kongsikan dalam Ebook Now Everyone Can Kurus, saya cuba untuk menurunkan berat badan sebanyak dua kali tetapi gagal sebab tak ada MENTOR.

Dalam percubaan ketiga, barulah saya sedar. Pentingnya MENTOR.

Sebab itulah, kali ketiga saya nak turunkan berat badan. Langkah pertama yang saya buat adalah MENCARI MENTOR.

Tunjuk Ajarku Sifu......

Saya ambil masa yang lama sebelum ini untuk turunkan berat badan.

Puncanya, saya tak jumpa orang yang betul betul berpengalaman dalam membantu ramai orang untuk turunkan berat badan.

Orang yang nak bantu saya ini mestilah berpengalaman luas dalam bidang ini. Lagi expert beliau, lagi cepat saya akan turunkan berat badan.

Saya pernah berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, Kau hantarkan seseorang kepada aku yang boleh bantu aku untuk turunkan berat badanku."

Alhamdulillah, Allah dengar doa saya. Lalu dihantar Abang Ketak untuk bantu saya.


Kepakaran Abang Ketak adalah untuk bantu orang ramai menurunkan berat badan dengan cara yang mudah.


Salah seorang anak didik Abang Ketak yang dah turun berat badan. 22 kg dalam tempoh 4 bulan.

Masa kali pertama saya berjumpa Abang Ketak, saya beritahu Abang Ketak.

"Tapi bang.... Saya tak nak jadi ketak ketak macam ni. Saya nak turunkan berat badan saja..."

Abang Ketak jawab, "Kalau nak jadi sado pun saya boleh ajar, nak turunkan berat apalah sangat."

"Tapi bang... Saya tak nak pergi gym. Saya nak buat semuanya dari rumah saja. Boleh tak?"

Abang Ketak balas, "Tak ada pula syarat kalau nak kurus mesti pergi ke gym."

Jangan Langgar Dinding

Bagi saya mudah, kalau nak turunkan berat badan. Tak perlulah kita nak hentam semberono saja.

Tak perlulah kita nak 'langgar dinding'.

Penat penat kita buat tapi tak turun berat. Kan sentap kalau jadi macam tu. 

Ramai orang yang main hentam nak turunkan berat badan gagal untuk turunkan berat badan.

Ada pula yang turun tapi lepas tu berat naik balik.

Itulah 'Cukai Kebodohan' yang perlu dibayar kalau nak turunkan berat badan tanpa ada mentor.

Nasihat saya mudah, kalau anda nak turunkan berat badan. Anda carilah mentor yang berpengalaman luas dalam membantu ramai orang untuk turunkan berat badan.

Mentor macam ni ada banyak rahsia dan tips yang boleh mempercepatkan proses kita menurunkan berat badan.

Mentor ni akan bantu kita. Ia ibarat kita nak naik bangunan ke tingkat 4. Orang lain yang tak ada ilmu akan naik menggunakan tangga. Tapi kita yang berilmu akan naik menggunakan lif.

"Anda nak kurus? Carilah mentor. Kemudian, buat lebih baik daripada apa yang mentor nasihatkan. Insya Allah, kita terpaksa kurus."

Mentor Dalam Program Now Everyone Can Kurus

Untuk pengetahuan anda, mereka yang menyertai program Now Everyone Can Kurus ini akan diberikan seorang mentor yang akan guide mereka untuk turunkan berat badan.

Apa yang lebih best, semuanya diajar melalui Telegram Group sahaja. 

Ada juga tips yang diberikan melalui video di youtube.

Semuanya dilakukan secara online. Dalam erti kata yang lain, tak kisahlah walau di mana anda berada anda boleh menyertai program Now Everyone Can Kurus.


Anda Nak Tips Dan Formula Kurus?

Dapatkan Tips Video 7 Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus dan Ebook Now Everyone Can Kurus.

Sila hubungi mereka yang berikan link blog ini kepada anda. Mereka akan bagi link untuk dapatkan video dan ebook ini secara PERCUMA.

Saya doakan anda kurus dan sihat.

Wassalam

Now Everyone Can Kurus
"Jom Kurus Dari Rumah"
"Diet Tanpa Perlu Berlapar"

Sila SHARE Jika Anda Rasa Entri Di Blog Ini Bermanfaat. Jom Kita Bantu Lebih Ramai Orang Untuk Turunkan Berat Badan.

No comments:

Post a Comment