Monday, February 16, 2015

Part 3 : Now Everyone Can Kurus : Mengapa Ramai Orang Gagal Untuk Kurus?

Assalamualaikum,

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Just nak share dengan anda, sebelum ini saya cuba nak turunkan berat badan sebanyak dua kali. Tapi saya GAGAL.

Bukan sikit duit yang saya habis, ribuan ringgit saya belanja untuk nak turunkan berat badan.

Itulah 'Cukai Kebodohan' yang saya perlu bayar disebabkan tidak mencari ilmu nak turunkan berat badan.

Bila saya buat dengan cara yang betul, macam senang pulak rasa nak turun berat.


Turun 12kg dalam tempoh 100 hari tanpa berlapar, boleh makan nasi, tak perlu pergi ke gym saya rasa satu pencapaian yang sangat bagus.

Ramai Orang Silap

Ramai orang sangka nak turunkan berat badan tu senang. Mereka ingat, hanya dengan jaga makan dan bersenam mereka boleh turun berat.

Secara teorinya memang macam tu, tapi realitinya tak macam tu.

Nak turunkan berat badan perlukan 'Jihad' yang sangat besar.

Kita perlu berjuang untuk mengubah cara hidup kita, dari hidup biasa biasa kepada hidup yang luar biasa.

Ya betul. HIDUP LUAR BIASA.

Kalau kita masih dengan cara hidup yang sama sebelum ini, kita akan dapat result yang sama.

Perkara Penting Yang Perlu Dilakukan Sebelum Nak Turunkan Berat Badan

Saya sekadar berkongsi dengan anda, sebelum nak turunkan berat badan.

ANDA PERLU BUAT KEPUTUSAN YANG ANDA NAK TURUNKAN BERAT BADAN.

Saya sengaja merahkan tulisan ini sebab saya nak anda faham. Anda perlu buat keputusan sebelum nak turunkan berat badan.

Ya... BUAT KEPUTUSAN.

Satu perkara yang saya nak kongsikan dengan anda, kita ambil masa berbulan bulan bahkan bertahun tahun untuk 'menternak' badan kita untuk jadi gemuk macam sekarang.

So, janganlah 'expect' kita akan terus kurus dalam tempoh seminggu dua. 

Ia tidak akan berlaku dengan begitu pantas.

Kita perlu beri masa kepada diri kita untuk turunkan berat badan.

Memandangkan proses penurunan ini mengambil masa, ramai orang yang kecundang di pertengahan jalan.

Iman mereka tak cukup kuat dan akhirnya mereka kembali dengan cara hidup yang asal.

Kesannya, berat badan mereka naik kembali lagi tinggi dari sebelumnya.

Tahukah Anda?

Berdasarkan pengalaman saya, emosi kita mungkin akan kuat sepanjang 10-20 hari yang pertama fasa penurunan berat badan.

Selepas itu, nafsu kita akan memberontak. 

Kita mula rasa nak makan macam macam. 

Kita nak makan KFC, nak makan Pizza Hut, nak makan satay, nak makan roti canai dan lain lain lagi.

Waktu tu, tengok maggi pun meleleh air liur. Rasa teringin tu sampai ke tahap 'mengidam' lah senang cakap.

Waktu inilah berlaku pertembungan antara 'nafsu serakah' yang nak makan macam macam dengan keingingan untuk turunkan berat badan.

Mana yang lebih kuat akan menang.

Pada waktu inilah ramai orang tertewas kerana mereka turunkan berat badan tanpa ilmu yang betul.

Program Now Everyone Can Kurus (NECK)

Dalam program ini, nombor satu sekali kita beritahu para peserta untuk turunkan berat badan mereka mesti betul betul bersedia.

Kita tak nak ada peserta yang join program NECK ini sekadar nak try, nak cuba, saja suka suka, nak ikut kawan dan sebagainya.

Orang yang macam ini tak akan berjaya.

Mereka yang berjaya adalah mereka yang dari awal lagi dah buat keputusan. Mereka nak turunkan berat badan. Mereka nak hidup dengan lebih sihat.

Orang yang macam ni, emosi mereka akan tinggi. Semangat mereka akan tinggi. 

Kalau setakat godaan kecil kecilan tu, mereka boleh kawal otak mereka untuk menolak makanan yang tidak sihat itu.

Kita nak tanamkan keyakinan dalam minda para peserta yang mereka boleh turunkan berat badan.

Orang yang dah buat keputusan adalah orang yang sanggup berjuang.

Mereka akan rasa.

"Biar apa yang terjadi, biar apa orang kata, biar apa orang cakap... nak.... aku nak... aku nak kurus juga..."

Inilah yang kita namakan 'Keazaman'.

Dalam program NECK ini, kekuatan emosi dan minda sangat ditekankan. Kita tanam dan pupuk kepercayaan yang mereka boleh turunkan berat badan.

Bila mereka join sahaja, kita berikan 10 Video tips nak kawal emosi sahaja. Tips ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri menurunkan berat badan.

Kita gunakan teknik yang diajar oleh Dr Azizan dalam program IMKK dan Rahsia Kuasa Minda Jutawan.

Salah satu yang kita kongsikan adalah teknik kuasai minda anda.

Semua peserta akan dapat 10 video awal untuk kuasai minda mereka. Tapi untuk anda, saya berikan hadiah satu video agar anda juga boleh amalkan tips ini untuk anda turunkan berat badan.

Jom tonton video ini.



Anda boleh tonton. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada anda.

Klik Sini Untuk Tahu Apa Itu Program Now Everyone Can Kurus

Nasihat Saya

Jika anda komited dan serius nak turunkan berat badan. Pastikan anda dah buat Keputusan dan Nekad bahawa anda betul betul nak turunkan berat badan.

Jika tidak. Anda PASTI GAGAL MENURUNKAN BERAT BADAN ANDA.

Saya doakan anda kurus dan sihat.

Mohd Firdaus
Founder Now Everyone Can Kurus
"Jom Kurus Dari Rumah"

Jika anda rasa entri ini bermanfaat, sila tekan butang SHARE di bawah. 

No comments:

Post a Comment