Wednesday, February 18, 2015

Part 6 : Now Everyone Can Kurus : Bersenamlah Dengan Cara Yang Betul

Assalamualaikum,

Saya doakan "Anda Kurus Dan Sihat."

Cakap dekat orang sebelah, "Saya Mesti Kurus"

Bersenam Dengan Cara Yang Betul

Bagi para peserta program Now Everyone Can Kurus, kita digalakkan untuk melakukan senaman dengan cara yang betul.

Matlamat kita jelas, kita nak para peserta merasai impak yang maksima dengan masa yang mereka laburkan untuk bersenam.

Fokus kita yang utama adalah lakukan senaman yang high impact untuk bakar lebih banyak kalori.

Ramai orang tak ada banyak masa nak bersenam, jadi bila kita buat senaman kita akan galakkan para peserta untuk fokus senaman yang bakar tinggi kalori.

Salah satu contoh senaman yang bagus adalah circuit training. Salah satu daripada senaman itu adalah SQUAT.

Senaman ini kita fokus untuk nak buat shaping di bahagian punggung dan paha.


Antara kesilapan asas yang ramai orang lakukan. Semasa SQUAT. Lutut sepatutnya tidak lebih dari hujung jari kaki.

Ini Squat. Lutut tidak lebih dari hujung jari kaki. Tapi tak cukup rendah.


Uncle ni buat squat lagi power. Ini cara squat yang betul.

Bila buat senaman ini, ulang beberapa kali. Setiap kali squat tahan 10 seconds. Kemudian bangun berdiri dan ulang semula untuk beberapa kali.

Nampak macam simple ajer kan senaman ni. Berkesan ker?

Berkesan tak berkesan, anda cuba buat dan ulang 20 kali. Setiap kali tahan 10 saat.

Then baru tahu langit tinggi ke rendah.

High Impact Training

Dalam program NECK, kami sangat tekankan untuk para peserta melakukan High Impact Training. 

Untuk Squat yang lebih beri kesan maksima, kami galakkan para peserta memegang beban 1kg di setiap tangan mereka. ( Berat ikut kesesuaian )

Ha... Baru lah bertambah menangis nyer tu.

Amcam? Best ker best?

Inilah kelebihan program Now Everyone Can Kurus.

Kita sentiasa berikan yang terbaik kepada para peserta.

Tips Pernafasan

Tahukah anda, masa bersenam kita kena belajar untuk kawal pernafasan.

Semasa melakukan senaman Squat ini, anda perlu tarik nafas melalui hidung ketika berdiri.

Kemudian, lakukan squat dan tahan nafas. 

Semasa nak berdiri, anda boleh mula lepaskan nafas perlahan lahan MELALUI MULUT.

Bagus ke bagus?

Anda Nak Tips Kurus?

Buat anda yang berminat untuk menurunkan berat badan, anda nak dapatkan tips serta motivasi untuk turunkan berat badan. Dapatkan segera Ebook Now Everyone Can Kurus.


Ebook Now Everyone Can Kurus. Kisah Motivasi Penuh Inspirasi.

Nak baca ebook yang best ini? Sila hubungi orang yang berikan link blog ini kepada anda.

Saya doakan anda kurus dan sihat.

Wassalam

Mohd Firdaus
Founder Now Everyone Can Kurus

No comments:

Post a Comment