Monday, February 16, 2015

Program Now Everyone Can Kurus

Program Now Everyone Can Kurus

Blog ini ditulis sebagai sumber motivasi dan inspirasi bagi mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk hidup dengan lebih kurus, sihat dan bertenaga.

Sesuai dengan motto program ini, "Now Everyone Can Kurus" kita mahu semua rakyat Malaysia belajar cara untuk menurunkan berat badan dengan cara yang mudah, praktikal dan terbukti berkesan.

Latar Belakang Program

Program ini diasaskan oleh Mohd Firdaus yang berasal dari Parit Buntar Perak.

Dahulu beliau merupakan seorang yang 'slim and fit'. Tapi itu dahulu. Selepas berkahwin, dalam tempoh yang sangat singkat, berat badan naik dari 67kg kepada 80kg.

Dalam proses ini, beliau cuba untuk menurunkan berat badan sebanyak dua kali tetapi gagal.

Akhirnya, beliau bertemu dengan seorang mentor yang mengajar beliau langkah demi langkah cara menurunkan berat badan dengan teknik yang terbukti berkesan. 

Apa yang lebih menarik, mentor beliau hanya memantau proses penurunan berat badan melalui online. Beliau di Parit Buntar dan mentor beliau di Johor Bharu.


Abang Ketak, seorang Personal Trainer yang berpengalaman luas dalam membantu ramai orang untuk menurunkan berat badan dengan cara yang mudah.


Berjaya turun dair 79.5kg ke 68kg dalam tempoh 100 hari.

Formula yang beliau gunakan sangat menarik kerana beliau boleh makan apa yang beliau nak makan, syaratnya makan dengan berilmu dan beliau tidak perlu pergi ke gym untuk menurunkan berat badan.

Semuanya dibuat di rumah sahaja.

Semasa menurunkan berat badan ini, beliau tidak keseorangan kerana ada beberapa orang sahabat beliau yang turut menurunkan berat badan secara berjemaah.

Semuanya berjaya menurunkan berat badan dengan mudah.


Din - Berjaya menurunkan 14kg dalam tempoh 100 hari


Faisza -  Berjaya turunkan 16kg


Seha - Berjaya turunkan 10kg dalam tempoh 100 hari.


Sakinah - Berjaya turunkan 14kg dalam tempoh 120 hari.

Setelah berjaya mengetahui Formula Mudah M.E.S.TI Kurus ini, saudara Firdaus telah berkongsi rahsia beliau melalui ebook Now Everyone Can Kurus.


Jika anda berminat untuk mendapatkan ebook Now Everyone Can Kurus ini secara PERCUMA, sila minta daripada mereka yang memberikan link blog ini kepada anda.


Ebook ini akan berkongsi 7 Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus.

Sila dapatkan ebook ini secara PERCUMA segera. Hanya hubungi mereka yang berikan link blog ini kepada anda. Mereka akan berikan link untuk anda download ebook ini.

Anda bacalah, semoga ia dapat membantu anda menurunkan berat badan dengan cara yang mudah, tanpa perlu berlapar dan tidak perlu pergi ke gym. Semuanya hanya dilakukan dari rumah sahaja.

Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus

Untuk menurunkan berat badan, saudara Firdaus telah menggabungkan beberapa teknik dan kaedah yang dipelajari daripada beberapa orang mentor sebelum ini. Antaranya :

1. Formula Meningkatkan Emosi Peserta Untuk Menurunkan Berat Badan Sepanjang 100 hari

2. Formula Pengambilan Diet Yang Seimbang, Wajib Makan 5 Kali Sehari, Boleh Makan Nasi, Formula Diet Tanpa Perlu Berlapar

3. Formula High Impact Training - Senaman Mudah Yang Boleh Di Buat Dari Rumah Dan Membakar Kalori Yang Tinggi Untuk Mempercepatkan Proses Penurunan Berat Badan

4. Formula Pengambilan Suplemen Terbaik Untuk Membantu Menurunkan Berat Badan Dengan Cara Yang Sihat, Tanpa Perlu Berlapar Dan Badan Tidak Mengeleber

5. Formula Mengekalkan Berat Badan Selepas Turun Berat

Apa yang menarik, formula yang dihasilkan ini membantu peserta untuk menurunkan berat badan tanpa perlu berlapar, wajib makan 5 kali sehari, boleh makan nasi, tidak perlu pergi ke gym dan semuanya hanya di lakukan dari rumah sahaja.

Formula ini dinamakan : Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus

Program Now Everyone Can Kurus

Program Now Everyone Can Kurus ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berhasrat untuk menurunkan berat badan dengan cara yang mudah.

Program ini berlangsung selama 100 hari. Sepanjang tempoh ini, para peserta akan dipantau dan dibantu untuk menurunkan berat badan dengan cara yang praktikal dan terbukti berkesan.

Para peserta yang menyertai program ini akan dimasukkan ke dalam satu Telegram Group. Disini, mereka akan dibimbing oleh seorang Personal Trainer - Abang Ketak.

Segala tips dan rahsia menurunkan berat badan akan dikongsikan melalui telegram group ini.


Antara contoh feedback para peserta dalam telegram group ini.


Feedback Peserta


Kemeriahan di group Telegram


Para peserta berkongsi perkembangan penurunan berat badan mereka dalam group ini.


Memandangkan program ini dijalankan secara online, para peserta akan diberikan tunjuk ajar melalui video yang dikongsikan di Youtube. 


Para Peserta Di Masukkan Ke Dalam FB Secret Group Untuk Perkongsian Fail Tips Penurunan Berat Badan


Sebahagian Daripada Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus Yang Dikongsikan Melalui Powerpoint

Program Now Everyone Can Kurus ini diadakan sepenuhnya melalui Online. Para peserta tidak perlu berjumpa dengan trainer secara personal.

Semuanya dilakukan secara online sahaja.

Khidmat Masyarakat

Sebagai khidmat kepada masyarakat, pihak penganjur Program Now Everyone Can Kurus ada berkongsi sebahagian Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus dengan semua pihak secara percuma melalui beberapa cara.

Kaedah Pertama :


Melalui Ebook Now Everyone Can Kurus. Sebuah kisah motivasi penuh inspirasi yang berkongsi pengalaman bagaimana Firdaus berjaya menurunkan berat sebanyak 11.5kg dalam tempoh 100 hari. Ia PERCUMA.


Sebahagian daripada kandungan Ebook Now Everyone Can Kurus.

Kaedah Kedua : Video 


Perkongsian Video 7 Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus

Kaedah Ketiga : Emel Tips Dan Motivasi Terus Kepada Emel Anda


Kami turut menghantar tips dan formula kurus kepada mereka yang berminat secara berkala, terus ke emel mereka.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Ebook Now Everyone Can Kurus, Video 7 Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus dan Emel Tips Kurus, anda perlu menghubungi mereka yang memberikan link blog ini kepada anda.

Mereka akan berikan link kepada anda secara PERCUMA.

Ini adalah sebahagian daripada khidmat masyarakat kami untuk melihat lebih ramai rakyat Malaysia dapat mengetahui tips dan formula mudah bagaimana cara untuk menurunkan berat badan dengan berkesan.

Bagaimana Menyertai Program Now Everyone Can Kurus?

Anda perlu menghubungi mereka yang memberikan link blog ini kepada anda. Mereka akan bantu anda.

Sertailah program pemantauan proses penurunan berat badan secara online yang terbesar di Malaysia.

Jom Sertai Program Now Everyone Can Kurus Sekarang !!!!


Saya dokan "Anda Kurus Dan Sihat"

Wassalam

Mohd Firdaus
Founder Now Everyone Can Kurus
"Jom Kurus Dari Rumah"

5 comments:

  1. Bestnye.....makan 5x pun boleh turun berat badan ye?

    ReplyDelete
  2. Iye, kak Ruby Zara.. Mudah je nk kurus, klu tw caranya..

    ReplyDelete
  3. Kalau sy cari dan terjumpa blog ni..camna nak dapatkan ebook tu??

    ReplyDelete
  4. Kalau sy cari dan terjumpa blog ni..camna nak dapatkan ebook tu??

    ReplyDelete
  5. Takda sesapa bg link blog ni kat sy..tp sy cari dan terjumpa..jd camna nak dapatkan ebook ni ye

    ReplyDelete