Wednesday, February 25, 2015

Rahsia Turunkan Berat Badan Dengan Pantas

Assalamualaikum,

Saya doakan 'Anda Kurus Dan Sihat'.

Terima kasih kerana setia mengikuti blog Now Everyone Can Kurus. 

Semoga apa yang disampaikan kepada anda dapat memberi  panduan dan tips untuk anda turunkan berat badan dengan cara yang mudah.

Matlamat kita berkongsi diblog ini adalah untuk membantu rakyat Malaysia untuk menerangi obesiti melalui cara yang mudah dan terbukti berkesan.

Saya nak berkongsi dengan anda hari ini mengenai Metabolisme.

Pernah Tengok Orang Makan Banyak Tak Gemuk?

Penah tak kita tengok ada kawan kita yang makan nasi dua tiga pinggan, lepas tu makan itu dan ini tapi dia tak gemuk.

Pernah tengok ada kawan kita yang makan control habis, itu tak makan ini tak makan tapi dia gemuk.

Anda pernah nampak senario macam ni?

Haa.. Inilah topik yang saya nak kongsikan dengan anda hari ini.

Semua ini berlaku kerapa Metabolisme setiap individu berbeza antara satu sama lain.

Mereka yang mempunyai metabolisme yang tinggi akan senang untuk kurus dan mereka yang mempunyai metabolisme yang rendah akan senang untuk gemuk.

Kalau anda nak turunkan berat badan, anda perlu belajar dan faham cara untuk meningkatkan Metabolisme badan anda.

Bagus ke bagus ilmu ni?

Sangat bagus kan..

So, jom belajar

Apa Itu Metabolisme?

Sebenarnya, setiap manusia akan membakar kalori secara automatik setiap hari untuk memastikan sistem tubuh badan kita berfungsi dengan baik.

Ya.. Setiap hari kita akan membakar kalori secara automatik untuk memastikan sistem organ kita berfungsi.

Maksudnya, bila jantung kita berfungsi, paru paru kita berfungsi, darah bergerak dalam badan, sistem perkumuhan berfungsi, semuanya akan bakar kalori.

Mereka yang mempunyai METABOLISME yang tinggi, ini bermaksud sistem badan mereka berfungsi dengan efisyen. Banyak kalori yang terbakar secara automatk.

Sesiapa yang METABOLISME mereka rendah. Ini bermaksud sistem badan mereka berfungsi dengan kurang efektif.

Kurang kalori yang terbakar.

So... Kalau kita komited nak kurus dengan mudah, kita kene belajar cara nak tingkatkan Metabolisme badan kita.

Perkongsian Dalam Program Now Everyone Can Kurus

Ramai orang macam teruja, macam mana para peserta NECK berjaya menurunkan berat badan dengan cara yang sangat pantas.

Yes.... Mereka turun berat dengan sangat PANTAS.


Ini Din. Sebelum memulakan program NECK. Untuk pengetahuan anda, berat asal Din adalah 138kg dahulu. Dia dah turunkan kepada 123kg sebelum start program. So, gambar atas ni adalah semasa beliau 123kg.




Ini gambar beliau selepas 26 hari bersama NECK. Orang yang sama, baju yang sama. Beza tak? Beza sangat berbeza. Cakap kat orang sebelah, amcam?

Dalam program ini, setiap peserta diajar untuk meningkatkan metabolisme badan. Ada 10 cara semuanya.

Tapi saya nak kongsikan dengan anda satu saja tips yang kalau anda amalkan, ia dapat bantu anda turunkan berat badan dengan cepat.

Lakukan HIIT Training

Saya cuba sampaikan konsep ini secara santai kepada anda. Saya nak anda faham. So, saya guna analogy yang sangat mudah difahami.

Saya nak anda faham, kalau kita nak bakar lebih banyak kalori dalam badan kita secara automatik. Kita kena belajar untuk 'tipu jantung' kita suruh dia berfungsi dengan lebih efektif.

So, macam mana cara nak tipu jantung kita ni?

Caranya adalah dengan membuat senaman HIIT (High Intensity Interval Traning).

Saya nak bagi anda faham, saya buat satu contoh.

Kalau anda nak minyak kereta anda cepat habis, anda nak bawa kereta dengan kelajuan konstan atau anda perlu tekan minyak untuk pecut dan kemudian tekan brek, then pecut, then brek.

Mana satu yang akan habis minyak dulu?

Tentulah anda akan cakap yang tekan minyak then brek akan habis dulu.

Konsep inilah juga yang berlaku dalam tubuh badan kita.

Kalau kita nak lebih banyak kalori yang terbakar, kita perlu buat senaman yang berbentuk macam ni.

Salah satu contoh, semasa kita berlari jogging. Kita perlu pecut selaju lajunya selama 30 saat. Kemudian kita berjogging pada kelajuan biasa 30 saat. Then kita pecut balik 30 saat. 

Buat latihan ini secara konsisten.

Kesannya sangat amazing.

Semasa kita pecut laju, otak kita akan hantar arahan kepada jantung untuk bergerak dengan lebih laju agar lebih banyak oksigen dapat masuk ke dalam badan.

Bila jantung dan sistem badan kita berfungsi dengan lebih laju, maksudnya lebih banyak kalori akan terbakar.

Semasa kita jogging perlahan lahan tu, sebenarnya jantung kita masih lagi bergerak pada kelajuan yang sama seperti tadi.

Sebab otak bagi arahan untuk cari oksigen secukupnya untuk cover badan bagi berfungsi.

Selepas 30 saat, kita pecut balik... Kesannya, otak akan sentiasa hantar arahan kepada badan untuk bergerak dengan lebih efektif.

Bagus ke bagus?

Lama kelamaan, jantung kita akan terbiasa bergerak pada kelajuan lebih berbanding biasa. 

Apa yang berlaku? Sistem tubuh badan kita akan berfungsi dengan sangat baik selepas itu. Maka banyak kalori yang akan terbakar secara automatik.

Bila kalori terbakar secara automatik dengan sendiri, ia dapat bantu kita turunkan berat badan dengan cara yang mudah.

Itu baru satu contoh senaman yang kita ajarkan kepada para peserta NECK. 

Kita ajar banyak lagi senaman lain yang dapat bagi kesan sangat menakjubkan kepada para peserta yang mana fokus utama kita adalah untuk tingkatkan metabolisme badan.

Sebab apa? Kita faham... Ramai orang tak ada banyak masa untuk bersenam.

So, apa yang kita buat.. Kita ajar para peserta untuk menggunakan masa mereka sebaiknya. Kita mahu, kalau dah bersenam tu.. Buat senaman yang luar biasa.

Bukan senaman yang biasa biasa.

Bagus ke bagus?

Panduan Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus

Buat anda yang baru kali pertama menjengah ke blog ini, saya nasihatkan anda dapatkan Ebook Now Everyone Can Kurus.


Anda bacalah. Ebook ini akan bagi motivasi kepad anda untuk turunkan berat anda dengan mudah.

Anda nak buku ini PERCUMA?

Sila hubungi mereka yang berikan LINK blog ini kepada anda. Kita akan hantar Ebook ini PERCUMA kepada anda.

Saya doakan, anda kurus dan sihat.

Wassalam.

Team Now Everyone Can Kurus
"Jom Kurus Dari Rumah"

“Nak KURUS Tak Perlu Tunggu GEMUK. Mulakan SEKARANG, Walaupun SEDIKIT Tapi KONSISTEN”

1 comment: