Wednesday, March 25, 2015

Dah Spend RM10k Masih Belum Kurus

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Nak Kurus Sebenarnya Tak Perlu Wang Yang Banyak

Baru baru ni, ada seorang sahabat berkongsi dengan saya. Dia cakap, dia dengar di Radio Era ada pemanggil telefon.

Share yang dia dah give up nak turunkan berat badan.

Dah tak percaya dengan semua produk.

Semua sama saja katanya.

Dah belanja habis sampai RM10k. Tak kurus kurus jugak pun.

Semua produk pun kena buat senaman.

Bagi saya, saya rasa kesian sangat.

Meh saya share satu perkara dengan anda.

Sebenarnya, kita jangan fokus nak kurus.

Tapi kita perlu fokus nak sihat.

Sebab bila kita sihat, insya Allah kita terpaksa kurus.

Kalau nak sihat, kita perlu amalkan gaya hidup yang sihat.


Nak amalkan gaya hidup yang sihat, perlu ambil pemakanan yang betul dan buat senaman yang betul.

Suplemen yang diambil adalah membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan.

So, jangan ingat bila ambil suplemen akan terus kurus.

Kalau betul la ada produk ajaib yang boleh kurus, dah lama masalah obesiti hilang kat Malaysia.

Wassalam

Team NECK
Now Everyone Can Kurus

Tuesday, March 24, 2015

Kisah Roti Canai Dan Roti Telur Yang Anda Perlu Tahu

Assalamualaikum,

Saya doakan, anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Hari ni saya nak share dengan anda sedikit tips pemilihan pemakanan. Makanan yang hendak saya kongsikan dengan anda adalah Roti Canai. 

Ia satu makanan kegemaran ramai rakyat Malaysia.

Roti Canai Dan  Roti Telur
===================


Tahukah anda, Roti Canai dan Roti Telur bukan satu pilihan makanan yang SIHAT.

Sekeping roti canai mempunyai kalori sekitar 300kCal.

Roti telur pula mempunyai kalori sekitar 360kCal.

Ia hampir bersamaan dengan anda makan nasi, lauk dan sayur.

Bila anda makan roti canai atau roti telur, ini bermaksud anda memasukkan banyak 'minyak' dan 'fat' ke dalam badan anda.

Bila ia masuk ke dalam tubuh badan, ia akan terus ditukar kepada lemak.

Jika tidak bersenam, anda akan terus menyimpan LEMAK ini dalam tubuh badan.

Lama kelamaan, lemak lemak inilah yang menjadikan anda 'GEMUK'.

Nak sihat?

Pilih makanan yang betul.

Bukan tak boleh makan semua benda.

Tapi... 

Ini tak bermaksud anda boleh makan apa sahaja.

Betul ke betul?


Nampak tak... Boleh jer makan roti canai bila teringin. Tapi tak boleh lah makan ini selalu. Bila dah 'mengidam' baru makan. May be dalam 2 bulan sekali oklah kot kalau teringin nak makan.

So... Jom...

Belajar tips kurus dan sihat dengan betul. 

Ada banyak tips dan sharing mengenai kurus dalam blog ni. Sama sama kita belajar yer.

Cakap kat orang sebelah, "Saya Kurus Dan Sihat".

Team NECK
Now Everyone Can Kurus
"Jom Kurus Dari Rumah"
"Jom Selim Melim Di Pagi Raya"

Feel Free To Share Jika Anda Rasa Posting Ini Bagus Dan Boleh Beri Manfaat Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Friday, March 20, 2015

Kesilapan Besar Mereka Yang Sedang Berdiet

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, "Anda Kaya Dan Berjaya. Diberi Kebahagian Hidup Di Dunia Dan Di Akhirat"

Kesilapan Besar Mereka Yang Nak Berdiet

Ramai orang nak diet. 

Ramai orang nak turunkan berat badan. 

Masalah ramai orang. Tak ada ilmu. 

Inilah yang berlaku dalam gambar di bawah ini.


Antara kuih muih ini dan nasi, mana yang lebih baik? Nasi jauh lebih sihat sebenarnya.

Anda baca, beliau tak makan nasi. Beliau berdiet.

Tapi ambil kuih muih yang tidak sihat.

Manis, bergoreng, berminyak dan kuah kari itu yang bersantan. Semua ini mempunyai nilai kalori yang SANGAT TINGGI.

Kesannya, ramai orang bukan saja gagal menurunkan berat badan. Malah, berat badan mereka akan bertambah.

Faktor utama ramai orang gagal menurunkan berat badan adalah kerana mereka TIDAK ADA ILMU.

Tak mahu cari mentor yang dah terbukti berjaya membantu ramai orang menurunkan berat badan.

Jika anda nak belajar untuk turunkan berat badan. 

Carilah ilmu. 

Carilah ilmu. 

Carilah ilmu. 

Saya ulang 3 kali kerana ilmu sangat penting untuk bantu anda turunkan berat badan anda dengan cepat.

Belajar lah cara untuk mengira kalori apa yang anda makan. Kalau anda diet tapi tak tahu cara kira kalori. Baik jangan diet. 

Buat penat saja.

Penekanan Diet Yang Betul Buat Peserta Program Now Everyone Can Kurus

Sebab itulah anda lihat, ramai dikalangan peserta yang menyertai Program Now Everyone Can Kurus dapat menurunkan berat badan dengan pantas.


Peserta Program Now Everyone Can Kurus

Sebab apa? 

Sebab mereka ada ilmu dan mentor yang bagus. 

Disamping kemahuan dan tindakan luar biasa yang mereka tunjukkan sepanjang proses ini.

Saya doakan anda yang nak turunkan berat badan akan mencapai berat ideal yang anda impikan.

Saya doakan, Anda Kurus Dan Sihat

Team,
Now Everyone Can Kurus
"Jom Kurus Dari Rumah"

Sila Tekan Button SHARE Jika Anda Rasa Entri Ini Bagus Dan Boleh Menyedarkan Rakan Rakan Anda Yang Lain Tentang Kesilapan Yang Mereka Lakukan Ketika Berdiet

Thursday, March 19, 2015

Minum Air Yang Cukup Untuk Kurus Dan Sihat !!! Wajib Baca


Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Pentingnya Ambil Air Yang Cukup Untuk Kurus

Sebelum ini, ada orang bertanya kepada saya, "Penting sangat ker untuk ambil air yang banyak kalau nak turunkan berat badan?"

Bukan ker kalau minum air banyak nanti perut jadi kembung?

Bukan nak kurus... lagi gemuk adalah...

So... Topik inilah yang akan saya kongsikan hari ini.

Percayalah, pengambilan air kosong yang mencukupi akan membantu anda untuk KURUS...

Betul kerr??

Tahukah anda?

Sebenarnya kekurangan air dalam badan boleh menghalang  proses pelansingan anda terutamanya jika anda memang sedang giat bersenam atau sedang diet.

Mengapa saya berkata demikian?



 70% daripada tubuh badan adalah air. 75% daripada otak adalah air. Pendek kata, kita memang perlu minum banyak air.

Dibawah ini saya berikan antara kebaikan air kosong dalam kehidupan seharian kita.

1) Mengurangkan Kolestrol Dalam Badan. 

Kolestrol lemak harus dinyahkan dari tubuh badan. Kalau simpan lama-lama ia akan jadi lemak tepu. Selepas lemak tepu ini berkumpul, ia akan menyebabkan kita menjadi gemuk.


2) Air Membantu Sistem Penghadaman. 

Yup! Ini sangat-sangat penting.

Orang selalu cakap, orang yang sembelit tu sebab dia kurang minum air. So, kenalah minum air banyak-banyak supaya sistem penghadaman kita lancar!


3) Air Membantu Hati Berfungsi Dengan Baik. 

Hati dalam badan kita ni fungsinya untuk metabolizes lemak. So, kalau nak singkir lemak, hati perlukan air untuk melancarkan proses penyingkiran.

Kalau hati tak berfungsi dengan baik, maka banyaklah lemak yang tersimpan dalam badan.

Air yang mencukupi membantu hat untuk berfungsi dengan baik.

4) Air Menyah Toksin Dalam Badan.

Tahukah anda, setiap hari kita makan, kita tak tahu berapa banyak dah toksin yang terkumpul dalam badan kita ni disebabkana makanan-makanan yang tersimpan.

So, kita perlu detox dengan minum banyak air.

Bila badan tak ada toksin, proses penurunan badan akan berjalan dengan lancar.

Dalam erti kata lain, air juga mempengaruhi fungsi metabolism tubuh.

Sewaktu tubuh membakar kalori, tubuh juga mengeluarkan toksin, air dalam tubuh akan memainkan peranan membantu menyingkirkan toksin ini melalui perkumuhan.

Jadi, jangan jadikan alasan untuk kurang minum air kerana takut kerap ke bilik air kerana yang dibuang adalah toksin dalam badan.

5) Air Meningkatkan Kadar Metabolisma Badan

Bila kadar metabolisma rendah, kita makan apapun cepat je naik badan.

Selalu kita tengok orang yang kurus, makan cam banyak jugak tapi berat badan tak naik pun.

Sebabnya adalah kadar metabolisma dia tinggi. So, nak tinggikan kadar metabolisma badan salah satu caranya ialah minum banyak air.

6) Meneutralkan Asid dalam Perut. 

Ini penting sebab kita tak tahu dah berapa banyak asid tersimpan dalam perut sebab makanan-makanan yg kita ambil. Sila neutralkan dengan minum banyak air ok!

7) Air Membantu Fungsi Buah Pinggang

Apabila tubuh kita cukup air, buah pinggang boleh berfungsi dengan baik.

Kalau tak cukup air, perasan tak, kencing kite warna kuning je. Tu maksudnya makanan yang kita makan belum cukup di proses sebab air tak cukup lah tu.

Kalau kita banyak makan makanan manis, lagi lah tak tau apa jadik.

Bila tak cukup air, buah pinggang tak boleh nak berfungsi dengan baik, jadi hati (liver) akan ambil alih kerja buah pinggang tadi untuk proses makanan.

Masalahnya, limpa ni kerja utama dia adalah bakar lemak, bukannya proses makanan.

Sekarang dia kena buat 'kerja part time' pulak untuk proses makanan sebab buah pinggang tak cukup air.

Jadi, apa jadi kat 'kerja full time' limpa?

Akan jadi kurang efficient lah jadi nya. Jadi lemak yang di bakar pun tak dapat dibakar secara optimum, faham tak?

Analogi nya macam kat ofis kerja utama kita adalah buat project A. Tetiba team project B tak cukup orang, terpaksa minta tolong kita untuk cover kan kekurangan staff dia.

Agaknya, kerja kita kat project A tu dapat jadi tip top, atau tidak?

Ye lah, nak kena fokus kat 2 project pada satu masa berbanding fokus hanya kepada 1 project at one time. Mesti lah efficiency kita akan berkurang kan?

Cam tu lah Limpa dan kerjanya membakar lemak

8) Suhu Badan

Air membantu menstabilkan suhu badan.

Kalau tak cukup air, kulit kita tak dapat stabilkan suhu badan dengan baik.

Menstabilkan suhu badan memerlukan tubuh membuat kerja.

Which in other words meningkatkan metabolisma badan.

Bila metabolisma badan tinggi, banyak lemak boleh dibakar.

Bila banyak lemak boleh dibakar, senang lah berat nak turun

9) Mengawal Rasa lapar

Air membantu menghilangkan nafsu makan.

Kalau lapar tu, ia bukan bermaksud badan kita nak makan, tapi simply bermaksud badan kita haus, tak cukup air.

Jadi kalau lapar, bawak- bawak lah minum air banyak- banyak.

Kalau tak suka sangat air kosong, cuba minum air berkhasiat seperti soya atau susu rendah lemak

10) Penyerapan Nutrisi

Bila badan tak cukup air, nutrisi tak dapat di serap dengan optimum.

Bila nutrisi tak dapat diserap dengan optimum, badan akan jadi cepat letih dan lemah.

Bila badan tiada tenaga, letih dan lemah, maka susah lah badan nak bakar lemak dan kalori.

11) Gemuk Air

Gemuk air bukan bermaksud kita minum terlebih air. Tapi ia bermakna badan kita simpan air.

Confuse? Camni. Badan kita telah didesign ada survival skill. Ok bagi analogi lah.

Imagine kite adalah orang zaman dulu yang duduk dalam gua.

Bila musim buah datang, kite kumpul makanan banyak- banyak dalam gua, kita makan sikit dan simpan sikit untuk persediaan musim tengkujuh nanti.

Musim tengkujuh susah nak cari makanan sebab hujan lebat banjir.

Bila tiba- tiba darurat, kerajaan tak kasi kita keluar cari makanan, kita buat apa dengan makanan kat rumah?

Kita makan sikit- sikit lah kan sebab takut habis. Kita takkan habiskan semua makanan., kang habis nak cari mana?

Macam tu lah tubuh kita. Bila kita tak minum banyak air, tubuh kita takut yang tuan aku ni tengah mengalami darurat air ke?

Tubuh terima signal dia kena activate survival mode iaitu menyimpan air yang ada dalam badan semaksimum mungkin supaya organ dalam badan dapat berfungsi dengan baik, untuk memastikan kita masih hidup.

Kita pulak masih dengan perangai kurang minum air. Kesian tubuh kita confuse

Jadi jalan untuk hilangkan gemuk air ialah dengan minum air dengan banyak, supaya tubuh kita terima signal, tuan aku ni ada banyak air, so aku tak yah simpan air dalam badan.,

Aku boleh kasi air ni jalan ke mana saja dia suka. Jadi flow air jadi lancar, tubuh tak simpan apa-apa air berlebihan, gemuk air pun dapat di hilangkan.

12)  Hidrasi

Ia akan menyekat pengaliran darah dalam tubuh, dan mengurangkan bekalan oksigen dalam otot di mana anda kan berasa cepat letih.

Bila ini berlaku, anda pasti tidak mampu untuk melakukan senaman atau bergerak aktif untuk membakar lemak.



13) Pembentukan dan Kontraksi Otot Tubuh Sewaktu Bergerak atau Bersenam. 

Bekalan air yg cukup boleh menjauhkan kita daripada mengalami risiko kekejangan otot atau otot mudah membengkak sewaktu melakukan aktiviti senaman.


14) Fungsi Serat

Pengambilan serat dan protein adalah amat penting dalam proses diet anda tetapi fungsi serat akan terhalang tanpa air yang cukup.

Jadi, itulah sebabnya mengapa anda masih mengalami sembelit meskipun sudah mengambil keperluan serat yang cukup.

Setiap hari kita akan kehilangan lebih kurang dua liter air dari badan melalui proses perkumuhan, pernafasan dan aktiviti-aktiviti lain.

Jadi kita perlu menggantikan air yang hilang itu supaya proses di dalam badan tidak terganggu dan sekaligus meningkatkan kadar metabolisme.

Minum sebotol air mineral sejam sebelum bersukan atau melakukan senaman, pasti anda akan berpeluh dengan banyak dan mengeluarkan toksin dari tubuh dengan cepat.

Selagi toksin yang terkumpul dalam badan tidak dibuang, selagi itu anada tidak akan mendapat berat badan yg diimpikan.



Minum sekurang-kurangnya 2.5 liter hingga 3 liter sehari bagi memenuhi keperluan air dalam tubuh bergantung juga kepada keperluan dan tahap aktiviti mengikut individu.

Air akan hilang sebanyak 1 mililiter bg setiap 1kcal yang digunakan dalam kegiatan harian.

Selepas anda dah faham kepentingan air ini, saya harap sangat selepas ini jangan sesekali anda kurang minum air.

Tips Untuk Minum Air Yang Mencukupi.....

Anda nak tips ini?

Ada satu syarat.

Amanah ok....

Selepas anda baca, anda mesti tekan SHARE Button Di Bawah Ini. Then tekan SHARE LINK.

Kalau anda rasa tak boleh amanah... Haa.... Jangan tengok ke bawah ok.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Anda masukkan air ke dalam bekas macam ni. Kemudian, letakkan di depan meja tempat anda bekerja. Percayalah, bila anda ternampak bekas air ini. Anda akan mula minum air dengan cukup setiap hari.

Bila anda minum air yang mencukupi, barulah ia membantu anda untuk menurunkan berat badan.

Tips Tambahan 

Macam mana nak tahu keperluan air bagi setiap orang? 

Formula mudahnya macam ni, bagi setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum 1 liter air. So, kalau berat anda 100kg, maksudnya anda perlu minum 4 liter air sehari.

Semoga apa yang saya kongsikan ini memberi manfaat kepada anda.

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Team NECK
Now Everyone Can Kurus
"Jom Kurus Dari Rumah"
"Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus"

Wednesday, March 18, 2015

Testimoni Peserta NECK Batch 1 Selepas 42 Hari

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog Now Everyone Can Kurus (NECK) ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Result Penurunan Berat Badan Peserta Program NECK Batch 1

Diam tak diam, peserta Batch 1 Program Now Everyone Can Kurus kini sudah pun berada pada hari ke 46 dalam program ini.

Mereka masih ada 54 hari lagi untuk melengkapkan program menurunkan berat badan selama 100 hari bersama Program NECK.

Seperti yang dikongsikan sebelum ini, para peserta diminta untuk memberikan timbangan berat badan mereka yang terkini kepada pihak penganjur.

Ada peserta yang memberi result penurunan berat mereka, ada juga yang mahu buat surprise kepada pihak penganjur.

Mereka nak tunggu sehingga 100 hari sebelum memberi tahu berat mereka yang terkini.

So, saya sekadar ingin berkongsi dengan anda para pembaca blog ini penurunan berat badan peserta setakat hari ke 42 iaitu pada minggu ke 6 mereka bersama NECK.


Turun 4.8kg dan 9kg


Turun 6kg


Turun 6.3kg


Turun 8.5kg


Turun 9kg dan 10.6kg


Turun 7kg dan 7.5kg


Turun 6kg


Turun 6.1kg dan 8.5kg


Turun 8.6kg dan 3.4kg


Turun 6kg

Jujur saya katakan, rata rata peserta yang menyertai program penurunan berat badan ini berjaya menurunkan berat badan mereka.

Banyak atau sedikit sahaja.

Perlu diingatkan, para peserta ini menurunkan berat badan dengan pemantauan yang rapi melalui Telegram group oleh seorang Personal Trainer.


Muka jambu.. Tapi, kalau dah kenal nanti baru tahu jambu ke cempedak... Hehe.. Inilah Abang Ketak, personal trainer yang berpengalaman luas dalam bantu ramai orang untuk turunkan berat badan.

Mereka ini makan nasi setiap hari dan akan makan 5 kali sehari. Ini wajib. Tanpa kompromi. Peserta yang tidak mematuhi peraturan ini akan 'didenda'.

Mereka juga terdiri daripada mereka yang berkerjaya. Mereka juga berkeluarga dan mereka juga sibuk. Sama seperti anda.

Tapi bagaimana mereka ini berjaya menurunkan berat badan dengan sangat mudah?

Rahsianya... Mereka ada mentor. 

Mereka belajar cara pengambilan makanan dengan betul setiap hari.

Mereka kira kalori makanan yang mereka ambil. 

Jika mereka  buat senaman sekalipun, mereka hanya akan bersenam dari rumah tanpa perlu pergi ke gym.

Pendek kata, pihak penganjur akan mendidik para peserta untuk amalkan gaya hidup yang sihat.

Selebihnya, para peserta yang buat keputusan sendiri.

Nak bersenam atau tidak, nak jaga pemakanan atau tidak.

Sebab kita hanya buat pemantauan secara online. Dan peserta perlu jujur kepada diri mereka sendiri.

Oklah..

Insya Allah, lepas ni kita akan share aktiviti para peserta dan tips kurus untuk anda.

Semoga kisah mereka ini memberi inspirasi kepada anda untuk turut menurunkan berat badan.

Psstttt !!!!

Tahu tak, lagi 120 hari nak raya. Jika anda sertai program Now Everyone Can Kurus Batch 3 yang akan bermula pada 1 April 2015 ini, selepas 110 hari adalah hari Raya Aidil Fitri.

Tak nak ke anda berhari raya dengan slim melim, sihat cantik dan bergaya di pagi raya.


Tengok gambar ini. Beliau ambil masa 100 hari untuk transform dari kiri ke kanan. Dan hari ke 100 tu adalah Hari Raya Aidilfitri tahun lepas.

Kan best kalau boleh pakai baju cantik cantik hari raya nanti.

Oklah...

Till then.

Wassalam.

Team NECK
Now Everyone Can Kurus
Jom Kurus Dari Rumah

Thursday, March 12, 2015

7 Sebab Mengapa Kita Suka Makan

Assalamualaikum,

Saya doakan "Anda Kurus Dan Sihat."

Hari ni saya nak share dengan anda, 7 sebab mengapa kita 'rajin' makan.

Kalau anda nak tahu, inilah punca utama ramai orang menjadi gemuk.

Since ramai diantara pembaca blog ini nak kurus, kita mesti mengetahui punca mengapa kita gemuk.

Saya yakin, ramai di antara kita yang cepat berasa lapar dan nak makan lagi walaupun baru saja lepas makan.

Inilah puncanya, kita nak makan lagi dan lagi dan lagi....

Jom saya kongsikan dengan anda 7 sebab mengapa terjadi hal sebegini.

1. Minum Terlalu Banyak Minuman manis 

Hasil daripada kajian oleh University of California di San fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh menipu otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.


Kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman.

2. Makan Makanan Bertin 

Makanan didalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.

3. Sarapan Pagi Yang Tidak Mencukupi 

Hasil kajian terhadap 6746 orang selama 4 tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak 2 kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

4. Tidak Makan Sayur-Sayuran

Khasiat didalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

5. Tidak Minum Teh Kurang Gula

Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

6. Kurang Minum Air Masak

Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu meminum air masak terlebih dahulu.


Kita perlu minum sekurang kurangnya 2-3 liter air kosong setiap hari.

7. Kebosanan 

Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.

Jom... Kita cuba perbaiki apa yang boleh dibaiki.

Saya doakan "Anda Kurus Dan Sihat"

Wassalam

Team NECK
Now Everyone Can Kurus

Tekan Button Share Di Bawah Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat

Wednesday, March 11, 2015

10 Tanda Yang Anda Dah Mula Gemuk - Mesti Baca!!

Assalamualaikum,

Saya doakan anda semua berada dalam lembayung rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Hari ni saya nak share sket dengan anda,

10 TANDA ANDA DAH MULA GEMUK
===============================



1. Bila nak taip guna smartphone untuk taip Whatsapp atau FB, selalu sangat typo error ketika menaip. Itu tandanya jari anda dah semakin melebar.

2. Bila berjalan, paha kiri berlaga dengan paha kanan. Itu tandanya isi di paha dah terlebih besar. Lebih sadis bila kerap berjalan, then melecet di celah kangkang sebab paha kerap bergesel semasa berpeluh.

Kalau dah sampai tahap ni, you better do something.

3. Bila nak selfie guna kamera phone, kemudian bila tengok gambar tu terasa macam ada 'ketumbuhan' di bawah dagu. Itu tandnya anda dah ada 'double chin'.

4. Bila terlalu ramai yang kerap tegur anda, "Eh... Kenapa badan dah mula nampak berisi. Pregnant ker?"

Lagi ramai yang tegur, lagi cepat anda perlu bertindak.

5. Bila anda berasa 'sentap' kalau orang cakap anda gemuk.

6. Bila anda terpaksa menambah lubang pada tali pinggang dan tali jam akibat bertambah saiz badan.

7. Bila anda terpaksa beli baju dan seluar baru yang saiznya lebih besar dari sebelumnya.

8. Bila berjalan di shopping complex, ada banyak pekerja di kedai Ogawa, Gintel dan kedai fittness memanggil manggil anda untuk cuba alat senaman di kedai mereka. Cuba perhatikan, mereka ini tak panggil orang yang dah slim dan tough masuk ke kedai mereka. Ini tanda anda dah jadi target market mereka.

9. Bila berdiri tegak, kemudian anda tengok ke bawah. Kalau tak nampak organ reproduktif, itu tanda-tanda awal anda mula gemuk. Tapi, kalau anda tak nampak hujung kaki anda.  Ini tanda dah betul-betul gemuk.

10. Bila anda tengok tajuk "Entri" ini. Anda terasa nak baca. Itu tandanya anda nak tahu betul ke aku ni dah mula nak gemuk.

Jika Anda Terasa Banyak Ciri - Ciri Di Atas Terkena Pada Anda :

Jom baca Ebook ini :


Berapa harga Ebook ini? Hehe... Ia Percuma ....

Jika berminat sila hubungi mereka yang memberi blog ini kepada anda
Berikan nama dan email anda kepada mereka dan anda akan diberikan ebook ini  secara PERCUMA 

"Share" status ni jika anda ada kawan-kawan yang tergolong dalam 10 perkara tersebut.

Tekan Share Button Di Bawah. 

10 Tips Ringkas Untuk Kecilkan Perut Dan Paha

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Hari ini saya bermurah hati nak kongsi dengan anda 10 cara yang cepat untuk mengecilkan perut dan paha anda.

Cakap kat orang sebelah, "Amcam?"

Nak ke nak?

Jujur saya katakan, apa yang dikongsi ini agak mirip dengan apa yang diajar dalam program Now Everyone Can Kurus.

Cumanya, dalam program ini semua tips ini dipermudahkan agar ia lebih praktikal dengan para peserta.

10 Senaman Yang Boleh Kecilkan Perut Dan Paha

1. Lakukan 30 Minit Senaman Kardio

Senaman kardio menaikkan kadar jantung anda ke tahap yang maksimum memastikan kalori dan lemak didalam badan dibakar. 

Senaman seperti berjalan, berjoging, berbasikal, melompat tali dan kickboxing boleh membantu anda membakar mana-mana sahaja dari 500 kepada lebih daripada 1,000 kalori jika dilakukan dengan betul.


2. Lakukan Sekurang-kurangnya Lima Set 20 Kali Senaman Lunges

Senaman ini mengukuhkan kaki anda untuk membantu melakukan senaman kardio dengan lebih berkesan. Ini akan membantu proses pembakaran lemak diseluruh badan dan paha dengan berkesan.


3. Lakukan Senaman Bebanan Selama 30 Minit Setiap Hari

Selepas senaman kardio untuk membantu membina otot dan membakar lemak di seluruh badan dan paha.

4. Lakukan Senaman ‘Jumping Squats’

Ia akan membantu mengecilkan perut dan paha anda dengan cepat. Mulakan dengan berdiri tegak kemudian buka kaki sedikit sampai selebar pinggul, dan juga posisikan tangan anda pada pinggul. 

Selepas itu kencangkan otot perut anda terus ke arah dalam, selepas itu tekuk lutut sampai ke posisi paha sejajar permukaan lantai. Lompatlah dan mendarat dengan posisi yg sama. Lakukan di kawasan yang luas. Ulangi gerakan ini lebih kurang sebanyak 10 s/d 15 kali.


5. Kurangkan Makan Makanan Berkalori Tinggi Dalam Diet Harian

Pilih makanan seperti biji-bijian. Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai ganti makanan ringan. Pilih lemak tak tepu yang sihat dan bukannya lemak trans.


Sentiasa pilih makanan yang sihat.

6. Lakukan Senaman Aerobik

Senaman aerobik adalah baik untuk membakar kalori dan membantu anda mengurangkan berat badan yang akan mengecilkan perut dan paha anda dengan cepat.

7. Bersenam Sekurang-kurangnya Sepuluh Minit Berterusan

Kerana apa-apa yang kurang tidak akan benar-benar membantu anda membakar kalori terutama dikawasan perut dan paha anda. Anda juga akan mahu untuk melaksanakan sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

8. Tetapkan Target Harian Dan Mingguan Anda.

Tegas dan tetapkan di dalam jadual harian anda untuk melakukan senaman dan menjaga makanan yang diambil. .


Elakkan makan makanan yang berkalori tinggi

9. Makan Makanan Ringan Yang Sihat

Makan satu makanan ringan di antara waktu makan. Ini akan membantu badan anda belajar untuk memproses semua makanan yang lebih baik.

10. Gunakan Produk Kesihatan

Seperti makanan tambahan yang akan dapat membantu dalam mempercepatan proses mengecilkan perut dan paha dengan cepat yang berada didalam pasaran. 

Yang penting hanya pastikan yang ia adalah mendapat kelulusan pihak yang bertanggungjawab.


Ebook Now Everyone Can Kurus

Adakah anda nak kurus? Anda nak turunkan berat badan? Baca Ebook ini dulu. 

Now Everyone Can Kurus.


Free Aje Pun Ebook Ni.

Kalau berminat sila hubungi mereka yang memberi blog ini kepada anda. Kemudian berikan Nama, Emel Anda kepada mereka dan anda akan diberi percuma Ebook ini.

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat"

Wassalam

Team NECK
Now Everyone Can Kurus

Mohon Anda Tekan Button SHARE Di Bawah. Semoga Tips Ini Akan Dapat Bantu Lebih Ramai Orang Untuk Turunkan Berat Badan

Tuesday, March 10, 2015

Rakyat Malaysia Tempat Ke 10 Termalas Di Dunia

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Rakyat Malaysia Tempat Ke 10 Termalas Di Dunia

Amcam dengan statistik ini, ngeri ke ngeri?

Rakyat Malaysia mendapat tempat ke 10. Statistik ini dikeluarkan oleh Jurnal Perubatan "The Lancet" pada tahun 2012.

Anda rasa macam tak percaya? Jom tonton video di bawah ini.

 

Not bad la kan.... At least tempat ke 10. Belum nombor satu lagi.

Tempat Pertama Di Asia Tenggara 

Ini pula berita yang disiarkan di akhbar tempatan. 

Rakyat Malaysia berjaya mendapat tempat pertama di Asia Tenggara dari segi obesiti. Kita tak perlu berasa bangga dengan statistik ini.


Perkara ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak. 


Statistik dari tahun 2008 berbanding 2012. Jumlah peningkatan yang ketara.  Salah satu punca utama rakyat Malaysia gemuk adalah kerana tidak faham konsep kalori. 

Anda termasuk dalam kategori mana?

Adakah anda turut menyumbang kepada statistik kegemukan di Malaysia. 

Cara mudah untuk mengetahui berat ideal. 

Sekadar berkongsi dengan para pembaca.

Jika tinggi anda 160cm, berat ideal anda adalah sekitar 60kg.

Jika tinggi 180cm, berat ideal adalah 80kg.

Jika tinggi 150cm, berat ideal adalah 50kg.

Anda just buang 1 di hadapan tinggi anda itu. 

Ini cara mudah.

Cara yang lebih tepat adalah menggunakan kiraan BMI. BMI ideal adalah 23.


So, untuk anda tahu berat ideal anda, gunakan formula ini =

Berat ideal = 23 ( BMI Ideal ) x Tinggi (m) x Tinggi (m)

Bebaskan Diri Anda Dari Obesiti

Saya cadangkan kepada anda, jom kita semua sama sama bebaskan diri kita dari masalah obesiti.

Jom turunkan berat badan demi anak anak kita yang tersayang.

Carilah ilmu untuk menurunkan berat badan. 

Saya doakan, Anda Kurus Dan Sihat.

Wassalam

Team NECK
 Now Everyone Can Kurus

Sila SHARE Entri Ini. Jom Kita Beri Kesedaran Kepada Rakan Rakan Kita Yang Lain Untuk Jaga Kesihatan Mereka. Tekan Button SHARE Di Bawah Sekarang.

Monday, March 9, 2015

Tak Akan Gemuk Kalau Makan Dengan Berilmu

Assalamualaikum,

Saya doakan anda 'Kurus Dan Sihat'.

Terima kasih kerana setia menziarahi blog Now Everyone Can Kurus. Sebuah blog yang berkongsi kisah motivasi dan tips untuk anda menurunkan berat badan dengan mudah.

Satu perkara yang ingin saya kongsikan, nak turunkan berat badan bukan sekadar kita berdiet semata mata.

Nak turunkan berat badan, kita perlu ubah cara hidup.

Ingat yer perkataan ini, "Ubah Gaya Hidup".

Insya Allah, dengan amalkan gaya hidup yang sihat kita akan dapat menurunkan berat badan dengan cara yang sangat mudah.


Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat


Cuba anda perhatikan, ini ada formula asas nak turunkan berat badan. 70% adalah daripada apa yang kita makan dan 30% daripada senaman. 

So, kalau nak turunkan berat badan mesti bijak memilih makanan yang sihat. 

Feedback Peserta Program Now Everyone Can Kurus


Feedback Peserta :

1. Dulu makanan yang best best semua tak boleh nak avoid.

2. Sekarang pandang pun dah tak ada perasaan.

3. Dapat belajar cara kawal nafsu makan dengan betul.

4. Bijak memilih makanan yang sihat berdasarkan nutrient.

5. Sudah bijak mendisiplinkan diri dengan makanan

6. Ada masa waktu petang boleh pi gym. 


7. Berterima kasih kerana dipertemukan dengan Program NECK

8. Sebelum ini rasa putus asa untuk nak turunkan berat badan.

9. Dulu ingat nak turunkan berat badan tak leh makan nasi. Tak leh makan apa yang dia asuka. Tapi sekarang dah nampak macam mana nak kurus dengan baik. 

Nasihat Kepada Anda Semua


Nak turunkan berat badan bukan start hari ni minggu depan terus kurus. Tak..Kita perlu beri masa kepada diri kita untuk kurus. Kita ambil masa berbulan bulan bahkan bertahun tahun untuk ternak badan jadi gemuk. So, jangan expect berat akan turun dengan pantas.

Dalam Program Now Everyone Can Kurus, kita berikan masa selama 100 hari untuk peserta menurunkan berat badan. 

Insya Allah dalam tempoh 100 hari ini, para peserta dijangka akan menurunkan berat 10kg-15kg.

Amcam? Best ke best...

So... Kepada anda di luar sana, jika anda juga dalam program menurunkan berat badan. Berikan masa kepada anda.

Pastikan anda ada ilmu yang betul.

Ingat.... Alang alang nak berdiet, biar sampai kurus. Alang alang kurus, biar kurus dan sihat.

Pengajaran Untuk Posting Hari Ini

1. Law nombor 1 nak turunkan berat badan adalah formula 70-30. Semuanya bermula dengan apa yang kita 'sumbat' masuk ke mulut kita. Kawal itu dulu.

2. Perlu cari ilmu dan mentor yang betul untuk turunkan berat badan. Barulah cepat berkesan.

3. Konsisten - Nak turunkan berat perlu konsisten. Bukan 'hot hot chicken shit'.

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Wassalam

Team NECK
Now Everyone Can Kurus

Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat. Sila Tekan Button Share Di Bawah Ini. Semoga Ia Membantu Rakan Rakan Kita Yang Lain.




Sunday, March 8, 2015

Challenge Yourself - Now Everyone Can Kurus

Assalamualaikum,

Dalam program Now Everyone Can Kurus, kita ada buat aktiviti.

Ia pilihan buat para peserta.

They can choose to do it or not.

Apa yang mereka lakukan bukan untuk orang lain, tapi untuk diri mereka sendiri.

So, kita cabar mereka untuk up kan gambar ini di Facebook mereka.

Dan hari ini, anda berpeluang untuk join program ini bersama.

Anda tak perlu jadi Peserta NECK.

Yang anda perlu lakukan, Up kan gambar di bawah ini di FB anda.

Then.... Buat seperti mana yang telah dipersetujui.


Push Up Challenge


Jump Rope Challenge


Jogging

Jom... Lakukan semua ini untuk anda. Bukan untuk orang lain.

Wassalam.

Team NECK
Now Everyone Can Kurus

Diari NECK : Sharing Dari Shiema

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Just nak share dengan anda feedback yang kita dapat dari peserta NECK.

Beliau sudah bersama NECK selama 36 hari. Masih ada lagi 64 hari untuk beliau menjalani proses transformasi diri dari bambam ke berat badan ideal yang ingin dicapai.


Antara komen beliau :

1. Target penurunan 2kg dalam tempoh 2 minggu ini. Kalau turun 4kg Alhamdulillah.

2. Perut rasa semakin kempis. Muka rasa kecik dan leher mula nampak lonjong.

3. Betis dah rasa padat sikit. Tak lembik macam dulu.

4. Pergi makan kenduri dengan husband, kawan kawan tegur beliau dan suami semakin susut.


5. Malu bila orang tegur makin ramping.

6. Tegur kulit muka makin cantik.

7. Kat parlimen pun ada orang tegur susut sket badan tu.

8. Nak ambil gambar suami pakai seluar yang dah terlondeh sebab suami pun semakin kurus sekarang ni.


Dulu Saiz 36. Dalam tempoh 22 hari, bejaya guna saiz 33. Penurunan 3 inchi dalam tempoh 22 hari.

Suami Shiema berjaya turunkan 6.5kg dalam tempoh 28 hari. Sekarang sedang proses nak shaping di perut sket lagi. Lepas ni leh jadi Abang Sado.

Asalnya brother ni tak nak join Now Everyone Can Kurus. Wife dia saja yang nak join. Tapi, kena paksa dengan isteri..

Sekali dah join 'terkurus' pulak. 

Tapi... belum siap lagi.. Hari ni baru 36 hari. Banyak hari lagi untuk jadi macho dan sado.

Amcam anda sekarang? This is what we CALL NOW EVERYONE CAN KURUS.

Percaya Sebelum Berjaya.

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Team NECK
Now Everyone Can Kurus
"Jom Kurus Dari Rumah"
"Kurus Tanpa Perlu Pergi Gym"
"Makan 5 Kali Sehari"
"Wajib Makan Nasi"

Turunkan Berat Badan Lebih Mudah Bila Kita Tahu Caranya

Tekan Button Share Di Bawah Jika Anda Rasa Entri Ini Memberi Motivasi Dan Inspirasi Kepada Anda.

Saturday, March 7, 2015

Challenge Me - Now Everyone Can Kurus

Assalamualaikum,

Saya dokan anda kurus dan sihat. 

Dalam Program Now Everyone Can Kurus, kita menurunkan berat badan secara berjemaah.

Dan kita cuba sehabis baik untuk buat dengan cara yang menyeronokkan.

Kita tak nak para peserta stress dengan tugasan harian dan pada masa yang sama nak kena jaga pemakanan dan buat senaman.

Kita nak para peserta menurunkan berat badan dengan gembira.

Upkan Gambar Ini Di FB Masing Masing

Kita minta peserta up gambar ini di FB.


Setiap satu LIKE, mereka akan buat PUSH UP sekali. Push up yang mereka buat adalah untuk para peserta menguatkan otot dibahagian tangan mereka. Ini bukan cabaran yang main main. Jujur saya katakan. Ia tidak mudah.


Akak ni up kat FB dia. Sekali dapat 100 LIKES. 


Apa lagi... 'Merangkak' la nak setelkan push up 100 kali. Peserta wanita kita minta mereka push up guna lutut untuk tahan. Peserta laki, guna hujung kaki.


Tak banyak... Dapat dalam 276 LIKES sahaja.


Baru ada akai... Peserta NECK... Dah setel ke bro?


Flat terus... Cakap kat orang sebelah. Amcam? Ada berani lagi nak buat cabaran macam ni. Dia kena 150 kali Push Up. As of gambar ni diambil, baru siap 70 kali. Come on... 80 kali lagi bro...


Hai kak... Dah pengsan? Hehe


Brother ni kene 'getah' 100 kali. Nasib la bro... Walaupun berat badan 118kg. Tapi masih mampu untuk buat push up 100 kali. Walaupun teknik tak berapa nak betul, tapi tetap respect. Bukan senang nak boleh buat 100 kali ok.

This is what we call 'Determination'.

Semangat 'Now Everyone Can Kurus'.

Kita buat dalam group berjemaah. Mereka yang jaga pemakanan dan bersenam akan up gambar di Telegram tersebut.

Ramai peserta lain akan teruja dan 'rasa' macam nak kena ikut juga.

Jika anda terasa nak cuba, anda boleh 'Up' gambar di atas sekali di FB anda. Then cuba rasai keseronokan Program Now Everyone Can Kurus.

Jom kurus dan sihat dari rumah.

Wassalam.

Team Now Everyone Can Kurus
"Kurus Tanpa Perlu Berlapar"
"Kuru Tanpa Perlu Pergi Ke Gym"
"Jom Kurus Dari Rumah"