Tuesday, March 3, 2015

3 Kesilapan Orang Gemuk Yang Menyebabkan Mereka Kekal Gemuk

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog Now Everyone Can Kurus ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doa, anda kurus dan sihat.

Baru baru ini, saya terjumpa 4 keping gambar ini di Facebook. Saya rasa mesej yang cuba disampaikan oleh pelukis ini sangat jelas.

Ia adalah perbezaan dalam kehidupan antara mereka yang memilih untuk hidup sihat dan slim dengan mereka yang hidup dalam keadaan yang tidak sihat. 

3 Kesilapan Orang Gemuk Yang Menyebabkan Mereka Kekal Gemuk

Ramai orang yang gemuk adakalanya berfikir yang dunia ini tidak adil.

Mengapa mereka gemuk? Mengapa ada orang lain yang kurus dan slim?

Mereka rasa, "Ini tidak adil......"

Tapi, mereka tidak sedar dan tidak nampak, ketika mana mereka sedang 'berehat' dan 'beradu', ketika mana mereka sedang 'melantak' makanan makanan yang tidak sihat orang yang slim sedang buat sesuatu yang mereka tidak lakukan.

Jom kita tengok apa yang menyebabkan orang gemuk kekal gemuk.

1. Langsung Tidak Bersenam

Saya tidak pasti anda bersetuju atau tidak, mereka yang 'bambam' biasanya termasuk dalam golongan mereka yang tidak bersenam. Mereka tidak pernah berjogging atau melakukan sebarang aktiviti riadah.

Dan kalau anda tak percaya, cuba tanya mereka yang bambam ini, bila kali terakhir mereka mengeluarkan peluh?

Bila?


This is in reality. Ketika mana ramai orang masih tidur, sebelum Solat Subuh atau selepas Subuh, mereka yang nak sihat sudah mula bersenam.


Contoh komen peserta program Now Everyone Can Kurus. Selepas 2 tahun, ini hari pertama beliau bersenam. Itu pun selepas join program Now Everyone Can Kurus. 

Sebab itulah selama ini beliau 'bambam'.

2. Langsung Tak Menjaga Pemakanan

Mereka yang sihat, mereka memilih makanan yang sihat sihat.

Mereka yang bambam, tak pernah fikir apa yang mereka nak makan. Betul tak?

Mereka yang bambam ini sangat berpantang. Pantang jumpa semua nak 'sebat'.


Pilihan makanan sangat mempengaruhi kegemukan seseorang. 

Izinkan saya berkongsi dengan anda beberapa contoh makanan dan minuman tidak sihat yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia.


Burger, KFC, Kentang Goreng antara makanan yang tidak sihat yang digemari rakyat Malaysia


Teh tarik. Ayam goreng, Mee goreng. Santan. 

Ramai diantara kita yang sudah merasakan semua makanan ini sebagai 'biasa' dan tidak ada masalah untuk di makan.

Isunya, 5 makanan ini sangat menyumbang kepada kegemukan, makanan bergoreng, berminyak, bersantan, bergula dan bergaram.

Jika anda bam bam, percayalah... 5 makanan ini selalu menjadi pilihan hidup anda sebelum ini.

3. Tidak Mahu Bertindak

Ini isu ketiga mengapa mereka yang gemuk kekal gemuk. Mereka sedar mereka gemuk, mereka jealeous dengan orang lain yang slim.

Tapi.... mereka tidak mahu bertindak.


Rasa cemburu dengan bentuk badan orang lain. Tapi tak pernah mahu bertindak untuk melakukan apa yang orang slim itu lakukan.


Kalau nak kurus, kita perlu bertindak. 

Saya harap, apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada anda semua kepentingan untuk kita menjaga kesihatan kita.

Perut yang gemuk itu tidak akan turun dengan sendirinya kalau kita tidak bertindak hari ini.

Jom amalkan gaya hidup yang sihat.

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat"

Wassalam

Team NECK
Now Everyone Can Kurus

No comments:

Post a Comment