Thursday, March 12, 2015

7 Sebab Mengapa Kita Suka Makan

Assalamualaikum,

Saya doakan "Anda Kurus Dan Sihat."

Hari ni saya nak share dengan anda, 7 sebab mengapa kita 'rajin' makan.

Kalau anda nak tahu, inilah punca utama ramai orang menjadi gemuk.

Since ramai diantara pembaca blog ini nak kurus, kita mesti mengetahui punca mengapa kita gemuk.

Saya yakin, ramai di antara kita yang cepat berasa lapar dan nak makan lagi walaupun baru saja lepas makan.

Inilah puncanya, kita nak makan lagi dan lagi dan lagi....

Jom saya kongsikan dengan anda 7 sebab mengapa terjadi hal sebegini.

1. Minum Terlalu Banyak Minuman manis 

Hasil daripada kajian oleh University of California di San fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh menipu otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.


Kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman.

2. Makan Makanan Bertin 

Makanan didalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.

3. Sarapan Pagi Yang Tidak Mencukupi 

Hasil kajian terhadap 6746 orang selama 4 tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak 2 kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

4. Tidak Makan Sayur-Sayuran

Khasiat didalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

5. Tidak Minum Teh Kurang Gula

Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

6. Kurang Minum Air Masak

Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu meminum air masak terlebih dahulu.


Kita perlu minum sekurang kurangnya 2-3 liter air kosong setiap hari.

7. Kebosanan 

Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.

Jom... Kita cuba perbaiki apa yang boleh dibaiki.

Saya doakan "Anda Kurus Dan Sihat"

Wassalam

Team NECK
Now Everyone Can Kurus

Tekan Button Share Di Bawah Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat

No comments:

Post a Comment