Sunday, March 1, 2015

Anda Perlu Tahu Mengapa 16 Wanita Ini Mahu Menurunkan Berat Badan Mereka


Assalamualaikum,

Saya doakan anda semua sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan anda kurus dan sihat.

Batch Kedua Program Now Everyone Can Kurus Bermula

Untuk pengetahuan anda, sekarang ini sudah bermula program Now Everyone Can Kurus (NECK) untuk Batch kedua.

Sekali lagi, sambutan yang diberikan sangat memberangnsangkan.

Dalam program ini, saya berkongsi tips dan formula mudah macam mana nak kurus tanpa perlu berlapar, boleh makan 5 kali sehari, boleh makan nasi dan tidak perlu pergi ke gym.

Memandangkan program ini baru bermula, saya mahu para peserta mencari sebab mengapa mereka mahu menurunkan berat badan.

Mungkin ramai orang sangka nak turunkan berat badan penting untuk jaga makan dan senaman. 

Tidak dinafikan, itu memang penting.

TAPI..... LEBIH PENTING ADALAH KITA TAHU MENGAPA KITA PERLU TURUNKAN BERAT BADAN.

Dalam erti kata yang lain, saya minta para peserta untuk mencari THE BIG WHY?

Mengapa mereka nak kurus.

Bila kita ada alasan yang kukuh, barulah kita akan bertindak dengan bersungguh sungguh untuk mencapai apa yang kita impikan.

Sebab nak turunkan berat badan tidak semudah nak menaikkan berat badan. 

Nak gemuk senang, makan banyak banyak. Insya Allah, badan terpaksa naik. Cepat pulak tu.

Tapi, untuk turunkan berat badan. Ia perlu satu mujahadah yang sangat tinggi.

Mengapa Mereka Nak Kurus Dan Sihat?

Saya ada tanya kepada beberapa peserta dalam group Telegram. Mengapa mereka nak kurus dan sihat?

Ini jawapan sebahagian daripada mereka.


Ada yang sentap. Bila kakak perli, anak baru sorang badan dah gemuk. Kakak dia anak 3 badan masih steady. 

Ada juga yang kandungan Kolestrol dan Gula yang sangat tinggi dalam badan. Terpaksa untuk turunkan berat badan

Ada yang nak kurus sebab belum kahwin lagi. Lepas ni dah nak kahwin. So, kena mula untuk turunkan berat badan dari sekarang.

Ada yang dah berumur 50 tahun. Dah pernah cuba untuk turunkan berat badan. Berat naik dari 70kg kepada 88.9kg dan sudah mula kena makan ubat darah tinggi. Sekarang sudah mula rasa keletihan dan takut dapat kencing manis.


Ada peserta yang nak turunkan berat badan sebab kandungan uric asid yang tinggi dalam badan. Ada pakej darah tinggi dan kolestrol lagi. Siap hati bengkak sebab berlemak.

Mereka semua dah mula merasai kesan kesan kesakitan sekarang ini terutama selepas melahirkan anak.


Ada yang tak mengandung, tapi kawan cakap mengandung. Huhu... Makin sentap kalau terasa diri gemuk dan rasa perlu kelihatan cantik pada mata suami.

Ini adalah feedback sebahagian daripada peserta program ini. 

Anda boleh nampak tak? 

Mengapa mereka semua nak kurus?

Bila semua orang ini mempunyai sebab yang jelas mengapa mereka perlu KURUS dan SIHAT. Barulah mereka akan mempunyai motivasi yang tinggi untuk turunkan berat badan.

Nasihat Buat Anda Yang Nak Turunkan Berat Badan

Find your big WHY?

Senaraikan kenapa anda nak turunkan berat badan. 

Kalau anda dah jelas mengapa nak turunkan berat badan. Insya Allah semuanya akan menjadi lebih mudah.


Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Tips Kurus secara percuma. Sila hubungi mereka yang SHARE link blog ini dengan anda. 

Mereka akan berikan tips tips percuma kepada anda.

Saya doakan anda kurus dan sihat.

Wassalam.

Team NECK
Now Everyone Can Kurus
Jom Kurus Dari Rumah

No comments:

Post a Comment