Saturday, March 7, 2015

Challenge Me - Now Everyone Can Kurus

Assalamualaikum,

Saya dokan anda kurus dan sihat. 

Dalam Program Now Everyone Can Kurus, kita menurunkan berat badan secara berjemaah.

Dan kita cuba sehabis baik untuk buat dengan cara yang menyeronokkan.

Kita tak nak para peserta stress dengan tugasan harian dan pada masa yang sama nak kena jaga pemakanan dan buat senaman.

Kita nak para peserta menurunkan berat badan dengan gembira.

Upkan Gambar Ini Di FB Masing Masing

Kita minta peserta up gambar ini di FB.


Setiap satu LIKE, mereka akan buat PUSH UP sekali. Push up yang mereka buat adalah untuk para peserta menguatkan otot dibahagian tangan mereka. Ini bukan cabaran yang main main. Jujur saya katakan. Ia tidak mudah.


Akak ni up kat FB dia. Sekali dapat 100 LIKES. 


Apa lagi... 'Merangkak' la nak setelkan push up 100 kali. Peserta wanita kita minta mereka push up guna lutut untuk tahan. Peserta laki, guna hujung kaki.


Tak banyak... Dapat dalam 276 LIKES sahaja.


Baru ada akai... Peserta NECK... Dah setel ke bro?


Flat terus... Cakap kat orang sebelah. Amcam? Ada berani lagi nak buat cabaran macam ni. Dia kena 150 kali Push Up. As of gambar ni diambil, baru siap 70 kali. Come on... 80 kali lagi bro...


Hai kak... Dah pengsan? Hehe


Brother ni kene 'getah' 100 kali. Nasib la bro... Walaupun berat badan 118kg. Tapi masih mampu untuk buat push up 100 kali. Walaupun teknik tak berapa nak betul, tapi tetap respect. Bukan senang nak boleh buat 100 kali ok.

This is what we call 'Determination'.

Semangat 'Now Everyone Can Kurus'.

Kita buat dalam group berjemaah. Mereka yang jaga pemakanan dan bersenam akan up gambar di Telegram tersebut.

Ramai peserta lain akan teruja dan 'rasa' macam nak kena ikut juga.

Jika anda terasa nak cuba, anda boleh 'Up' gambar di atas sekali di FB anda. Then cuba rasai keseronokan Program Now Everyone Can Kurus.

Jom kurus dan sihat dari rumah.

Wassalam.

Team Now Everyone Can Kurus
"Kurus Tanpa Perlu Berlapar"
"Kuru Tanpa Perlu Pergi Ke Gym"
"Jom Kurus Dari Rumah"

No comments:

Post a Comment