Friday, March 20, 2015

Kesilapan Besar Mereka Yang Sedang Berdiet

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, "Anda Kaya Dan Berjaya. Diberi Kebahagian Hidup Di Dunia Dan Di Akhirat"

Kesilapan Besar Mereka Yang Nak Berdiet

Ramai orang nak diet. 

Ramai orang nak turunkan berat badan. 

Masalah ramai orang. Tak ada ilmu. 

Inilah yang berlaku dalam gambar di bawah ini.


Antara kuih muih ini dan nasi, mana yang lebih baik? Nasi jauh lebih sihat sebenarnya.

Anda baca, beliau tak makan nasi. Beliau berdiet.

Tapi ambil kuih muih yang tidak sihat.

Manis, bergoreng, berminyak dan kuah kari itu yang bersantan. Semua ini mempunyai nilai kalori yang SANGAT TINGGI.

Kesannya, ramai orang bukan saja gagal menurunkan berat badan. Malah, berat badan mereka akan bertambah.

Faktor utama ramai orang gagal menurunkan berat badan adalah kerana mereka TIDAK ADA ILMU.

Tak mahu cari mentor yang dah terbukti berjaya membantu ramai orang menurunkan berat badan.

Jika anda nak belajar untuk turunkan berat badan. 

Carilah ilmu. 

Carilah ilmu. 

Carilah ilmu. 

Saya ulang 3 kali kerana ilmu sangat penting untuk bantu anda turunkan berat badan anda dengan cepat.

Belajar lah cara untuk mengira kalori apa yang anda makan. Kalau anda diet tapi tak tahu cara kira kalori. Baik jangan diet. 

Buat penat saja.

Penekanan Diet Yang Betul Buat Peserta Program Now Everyone Can Kurus

Sebab itulah anda lihat, ramai dikalangan peserta yang menyertai Program Now Everyone Can Kurus dapat menurunkan berat badan dengan pantas.


Peserta Program Now Everyone Can Kurus

Sebab apa? 

Sebab mereka ada ilmu dan mentor yang bagus. 

Disamping kemahuan dan tindakan luar biasa yang mereka tunjukkan sepanjang proses ini.

Saya doakan anda yang nak turunkan berat badan akan mencapai berat ideal yang anda impikan.

Saya doakan, Anda Kurus Dan Sihat

Team,
Now Everyone Can Kurus
"Jom Kurus Dari Rumah"

Sila Tekan Button SHARE Jika Anda Rasa Entri Ini Bagus Dan Boleh Menyedarkan Rakan Rakan Anda Yang Lain Tentang Kesilapan Yang Mereka Lakukan Ketika Berdiet

4 comments:

  1. Tahniah utk beliau...saya bangga atas kejayaan beliau.

    ReplyDelete
  2. Tahniah utk beliau...saya bangga atas kejayaan beliau.

    ReplyDelete
  3. Tahniah utk beliau...saya bangga atas kejayaan beliau.

    ReplyDelete