Tuesday, March 24, 2015

Kisah Roti Canai Dan Roti Telur Yang Anda Perlu Tahu

Assalamualaikum,

Saya doakan, anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Hari ni saya nak share dengan anda sedikit tips pemilihan pemakanan. Makanan yang hendak saya kongsikan dengan anda adalah Roti Canai. 

Ia satu makanan kegemaran ramai rakyat Malaysia.

Roti Canai Dan  Roti Telur
===================


Tahukah anda, Roti Canai dan Roti Telur bukan satu pilihan makanan yang SIHAT.

Sekeping roti canai mempunyai kalori sekitar 300kCal.

Roti telur pula mempunyai kalori sekitar 360kCal.

Ia hampir bersamaan dengan anda makan nasi, lauk dan sayur.

Bila anda makan roti canai atau roti telur, ini bermaksud anda memasukkan banyak 'minyak' dan 'fat' ke dalam badan anda.

Bila ia masuk ke dalam tubuh badan, ia akan terus ditukar kepada lemak.

Jika tidak bersenam, anda akan terus menyimpan LEMAK ini dalam tubuh badan.

Lama kelamaan, lemak lemak inilah yang menjadikan anda 'GEMUK'.

Nak sihat?

Pilih makanan yang betul.

Bukan tak boleh makan semua benda.

Tapi... 

Ini tak bermaksud anda boleh makan apa sahaja.

Betul ke betul?


Nampak tak... Boleh jer makan roti canai bila teringin. Tapi tak boleh lah makan ini selalu. Bila dah 'mengidam' baru makan. May be dalam 2 bulan sekali oklah kot kalau teringin nak makan.

So... Jom...

Belajar tips kurus dan sihat dengan betul. 

Ada banyak tips dan sharing mengenai kurus dalam blog ni. Sama sama kita belajar yer.

Cakap kat orang sebelah, "Saya Kurus Dan Sihat".

Team NECK
Now Everyone Can Kurus
"Jom Kurus Dari Rumah"
"Jom Selim Melim Di Pagi Raya"

Feel Free To Share Jika Anda Rasa Posting Ini Bagus Dan Boleh Beri Manfaat Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

1 comment: