Thursday, March 19, 2015

Minum Air Yang Cukup Untuk Kurus Dan Sihat !!! Wajib Baca


Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Pentingnya Ambil Air Yang Cukup Untuk Kurus

Sebelum ini, ada orang bertanya kepada saya, "Penting sangat ker untuk ambil air yang banyak kalau nak turunkan berat badan?"

Bukan ker kalau minum air banyak nanti perut jadi kembung?

Bukan nak kurus... lagi gemuk adalah...

So... Topik inilah yang akan saya kongsikan hari ini.

Percayalah, pengambilan air kosong yang mencukupi akan membantu anda untuk KURUS...

Betul kerr??

Tahukah anda?

Sebenarnya kekurangan air dalam badan boleh menghalang  proses pelansingan anda terutamanya jika anda memang sedang giat bersenam atau sedang diet.

Mengapa saya berkata demikian?



 70% daripada tubuh badan adalah air. 75% daripada otak adalah air. Pendek kata, kita memang perlu minum banyak air.

Dibawah ini saya berikan antara kebaikan air kosong dalam kehidupan seharian kita.

1) Mengurangkan Kolestrol Dalam Badan. 

Kolestrol lemak harus dinyahkan dari tubuh badan. Kalau simpan lama-lama ia akan jadi lemak tepu. Selepas lemak tepu ini berkumpul, ia akan menyebabkan kita menjadi gemuk.


2) Air Membantu Sistem Penghadaman. 

Yup! Ini sangat-sangat penting.

Orang selalu cakap, orang yang sembelit tu sebab dia kurang minum air. So, kenalah minum air banyak-banyak supaya sistem penghadaman kita lancar!


3) Air Membantu Hati Berfungsi Dengan Baik. 

Hati dalam badan kita ni fungsinya untuk metabolizes lemak. So, kalau nak singkir lemak, hati perlukan air untuk melancarkan proses penyingkiran.

Kalau hati tak berfungsi dengan baik, maka banyaklah lemak yang tersimpan dalam badan.

Air yang mencukupi membantu hat untuk berfungsi dengan baik.

4) Air Menyah Toksin Dalam Badan.

Tahukah anda, setiap hari kita makan, kita tak tahu berapa banyak dah toksin yang terkumpul dalam badan kita ni disebabkana makanan-makanan yang tersimpan.

So, kita perlu detox dengan minum banyak air.

Bila badan tak ada toksin, proses penurunan badan akan berjalan dengan lancar.

Dalam erti kata lain, air juga mempengaruhi fungsi metabolism tubuh.

Sewaktu tubuh membakar kalori, tubuh juga mengeluarkan toksin, air dalam tubuh akan memainkan peranan membantu menyingkirkan toksin ini melalui perkumuhan.

Jadi, jangan jadikan alasan untuk kurang minum air kerana takut kerap ke bilik air kerana yang dibuang adalah toksin dalam badan.

5) Air Meningkatkan Kadar Metabolisma Badan

Bila kadar metabolisma rendah, kita makan apapun cepat je naik badan.

Selalu kita tengok orang yang kurus, makan cam banyak jugak tapi berat badan tak naik pun.

Sebabnya adalah kadar metabolisma dia tinggi. So, nak tinggikan kadar metabolisma badan salah satu caranya ialah minum banyak air.

6) Meneutralkan Asid dalam Perut. 

Ini penting sebab kita tak tahu dah berapa banyak asid tersimpan dalam perut sebab makanan-makanan yg kita ambil. Sila neutralkan dengan minum banyak air ok!

7) Air Membantu Fungsi Buah Pinggang

Apabila tubuh kita cukup air, buah pinggang boleh berfungsi dengan baik.

Kalau tak cukup air, perasan tak, kencing kite warna kuning je. Tu maksudnya makanan yang kita makan belum cukup di proses sebab air tak cukup lah tu.

Kalau kita banyak makan makanan manis, lagi lah tak tau apa jadik.

Bila tak cukup air, buah pinggang tak boleh nak berfungsi dengan baik, jadi hati (liver) akan ambil alih kerja buah pinggang tadi untuk proses makanan.

Masalahnya, limpa ni kerja utama dia adalah bakar lemak, bukannya proses makanan.

Sekarang dia kena buat 'kerja part time' pulak untuk proses makanan sebab buah pinggang tak cukup air.

Jadi, apa jadi kat 'kerja full time' limpa?

Akan jadi kurang efficient lah jadi nya. Jadi lemak yang di bakar pun tak dapat dibakar secara optimum, faham tak?

Analogi nya macam kat ofis kerja utama kita adalah buat project A. Tetiba team project B tak cukup orang, terpaksa minta tolong kita untuk cover kan kekurangan staff dia.

Agaknya, kerja kita kat project A tu dapat jadi tip top, atau tidak?

Ye lah, nak kena fokus kat 2 project pada satu masa berbanding fokus hanya kepada 1 project at one time. Mesti lah efficiency kita akan berkurang kan?

Cam tu lah Limpa dan kerjanya membakar lemak

8) Suhu Badan

Air membantu menstabilkan suhu badan.

Kalau tak cukup air, kulit kita tak dapat stabilkan suhu badan dengan baik.

Menstabilkan suhu badan memerlukan tubuh membuat kerja.

Which in other words meningkatkan metabolisma badan.

Bila metabolisma badan tinggi, banyak lemak boleh dibakar.

Bila banyak lemak boleh dibakar, senang lah berat nak turun

9) Mengawal Rasa lapar

Air membantu menghilangkan nafsu makan.

Kalau lapar tu, ia bukan bermaksud badan kita nak makan, tapi simply bermaksud badan kita haus, tak cukup air.

Jadi kalau lapar, bawak- bawak lah minum air banyak- banyak.

Kalau tak suka sangat air kosong, cuba minum air berkhasiat seperti soya atau susu rendah lemak

10) Penyerapan Nutrisi

Bila badan tak cukup air, nutrisi tak dapat di serap dengan optimum.

Bila nutrisi tak dapat diserap dengan optimum, badan akan jadi cepat letih dan lemah.

Bila badan tiada tenaga, letih dan lemah, maka susah lah badan nak bakar lemak dan kalori.

11) Gemuk Air

Gemuk air bukan bermaksud kita minum terlebih air. Tapi ia bermakna badan kita simpan air.

Confuse? Camni. Badan kita telah didesign ada survival skill. Ok bagi analogi lah.

Imagine kite adalah orang zaman dulu yang duduk dalam gua.

Bila musim buah datang, kite kumpul makanan banyak- banyak dalam gua, kita makan sikit dan simpan sikit untuk persediaan musim tengkujuh nanti.

Musim tengkujuh susah nak cari makanan sebab hujan lebat banjir.

Bila tiba- tiba darurat, kerajaan tak kasi kita keluar cari makanan, kita buat apa dengan makanan kat rumah?

Kita makan sikit- sikit lah kan sebab takut habis. Kita takkan habiskan semua makanan., kang habis nak cari mana?

Macam tu lah tubuh kita. Bila kita tak minum banyak air, tubuh kita takut yang tuan aku ni tengah mengalami darurat air ke?

Tubuh terima signal dia kena activate survival mode iaitu menyimpan air yang ada dalam badan semaksimum mungkin supaya organ dalam badan dapat berfungsi dengan baik, untuk memastikan kita masih hidup.

Kita pulak masih dengan perangai kurang minum air. Kesian tubuh kita confuse

Jadi jalan untuk hilangkan gemuk air ialah dengan minum air dengan banyak, supaya tubuh kita terima signal, tuan aku ni ada banyak air, so aku tak yah simpan air dalam badan.,

Aku boleh kasi air ni jalan ke mana saja dia suka. Jadi flow air jadi lancar, tubuh tak simpan apa-apa air berlebihan, gemuk air pun dapat di hilangkan.

12)  Hidrasi

Ia akan menyekat pengaliran darah dalam tubuh, dan mengurangkan bekalan oksigen dalam otot di mana anda kan berasa cepat letih.

Bila ini berlaku, anda pasti tidak mampu untuk melakukan senaman atau bergerak aktif untuk membakar lemak.



13) Pembentukan dan Kontraksi Otot Tubuh Sewaktu Bergerak atau Bersenam. 

Bekalan air yg cukup boleh menjauhkan kita daripada mengalami risiko kekejangan otot atau otot mudah membengkak sewaktu melakukan aktiviti senaman.


14) Fungsi Serat

Pengambilan serat dan protein adalah amat penting dalam proses diet anda tetapi fungsi serat akan terhalang tanpa air yang cukup.

Jadi, itulah sebabnya mengapa anda masih mengalami sembelit meskipun sudah mengambil keperluan serat yang cukup.

Setiap hari kita akan kehilangan lebih kurang dua liter air dari badan melalui proses perkumuhan, pernafasan dan aktiviti-aktiviti lain.

Jadi kita perlu menggantikan air yang hilang itu supaya proses di dalam badan tidak terganggu dan sekaligus meningkatkan kadar metabolisme.

Minum sebotol air mineral sejam sebelum bersukan atau melakukan senaman, pasti anda akan berpeluh dengan banyak dan mengeluarkan toksin dari tubuh dengan cepat.

Selagi toksin yang terkumpul dalam badan tidak dibuang, selagi itu anada tidak akan mendapat berat badan yg diimpikan.



Minum sekurang-kurangnya 2.5 liter hingga 3 liter sehari bagi memenuhi keperluan air dalam tubuh bergantung juga kepada keperluan dan tahap aktiviti mengikut individu.

Air akan hilang sebanyak 1 mililiter bg setiap 1kcal yang digunakan dalam kegiatan harian.

Selepas anda dah faham kepentingan air ini, saya harap sangat selepas ini jangan sesekali anda kurang minum air.

Tips Untuk Minum Air Yang Mencukupi.....

Anda nak tips ini?

Ada satu syarat.

Amanah ok....

Selepas anda baca, anda mesti tekan SHARE Button Di Bawah Ini. Then tekan SHARE LINK.

Kalau anda rasa tak boleh amanah... Haa.... Jangan tengok ke bawah ok.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Anda masukkan air ke dalam bekas macam ni. Kemudian, letakkan di depan meja tempat anda bekerja. Percayalah, bila anda ternampak bekas air ini. Anda akan mula minum air dengan cukup setiap hari.

Bila anda minum air yang mencukupi, barulah ia membantu anda untuk menurunkan berat badan.

Tips Tambahan 

Macam mana nak tahu keperluan air bagi setiap orang? 

Formula mudahnya macam ni, bagi setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum 1 liter air. So, kalau berat anda 100kg, maksudnya anda perlu minum 4 liter air sehari.

Semoga apa yang saya kongsikan ini memberi manfaat kepada anda.

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Team NECK
Now Everyone Can Kurus
"Jom Kurus Dari Rumah"
"Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus"

No comments:

Post a Comment