Wednesday, March 4, 2015

Nasi Bukan Punca Kegemukan

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog Now Everyone Can Kurus ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan anda kurus dan sihat.

Kisah Kurus vs Makan Nasi

Dulu, saya ada dengar kalau nak kurus tak boleh makan nasi. 

Saya macam nak percaya pada waktu itu. Saya rasa boleh jadi betul jugak. Sebab ramai yang kuat makan nasi badan mereka gemuk.

Saya rasakan, mitos ini sangat mempengaruhi masyarakat Melayu di Malaysia ini. 

Saya salah seorang daripada mereka.

Tapi, selepas saya belajar ilmu menurunkan berat badan. Baru saya sedar rupanya nasi BUKAN penyebab kegemukan.

Anda nak buktinya?

Jom kita tengok, ramai aja kawan kita yang makan nasi kuat tapi tak gemuk.

Masyarakat Eropah dan di USA tidak makan nasi sebagai makanan utama mereka, tetapi ramai masyarakat di sana yang gemuk.

Lihat kepada logik ini pun, kita dah boleh ketepikan nasi sebagai faktor kegemukan.

Betul ke betul?

Jom kita tengok hujah hujah dan bukti yang menyokong bahawa nasi bukan faktor kegemukan.


Kevin Zahri dalam majala SIHAT mengatakan bahawa nasi bukan faktor kepada kegemukan. Masalah utama rakyat Malaysia yang menjadi gemuk adalah kerana masyarakat Malaysia tidak tahu mengira kalori yang badan mereka perlukan untuk kekalkan berat badan mereka.

Mengikut kajian, 95% rakyat Malaysia TIDAK TAHU mengira KALORI makanan yang mereka ambil.

Betul ke betul. Saya sangat yakin anda yang membaca blog ini juga tidak mengetahui cara mengira kalori dengan betul.

Sebab itulah ramai rakyat Malaysia yang memiliki berat badan yang 'obes'.

Jumlah kalori yang diambil setiap hari melebihi daripada kalori yang badan mereka perlukan.

Kesannya....

Berat badan mereka naik dengan 'gembira'.

Ia mungkin bukan kenaikan yang ketara. Tetapi jika setiap hari berat badan naik 20 gram sekali pun, cukup 50 hari berat badan akan naik 1kg. 

Sikit sikit lama lama jadi bukit. Dari 1kg ia akan bertukar menjadi 10kg dalam tempoh 500 hari.

Inilah yang biasanya berlaku dalam masyarakat Malaysia.

Ramai orang berat badan mereka naik sekitar 10kg dalam tempoh kurang dari 2 tahun.

Puncanya... Sikit sikit lama lam jadi 'bukit'.

Pendedahan Diet Sebenar Dalam Program NOW EVERYONE CAN KURUS (NECK) !!

Dalam program NOW EVERYONE CAN KURUS (NECK), kita ajar para peserta untuk mengetahui cara mengira kalori dengan betul.

Kita nak mereka semua turunkan berat badan secara bersistematik.

Kita nak mereka faham. 

Setiap tindakan mereka akan memberi kesan kepada berat badan mereka.

Kita ajar mereka cara mengira kalori yang badan mereka perlukan dan berapa kalori yang mereka boleh ambil untuk turunkan berat badan mereka.

Sasaran kita, 10kg-15kg dalam tempoh 100 hari buat peserta yang berat di bawah 90kg.

Saya nak buktikan kepada anda bahawa nasi tidak menyebabkan kegemukan.
 

Ini peserta Program NECK. Namanya Din. Dari Kuala Lumpur. Atas ini adalah gambar asal beliau beberapa tahun lepas. Pada waktu ini, beliau berat 138kg.


Dari 138kg, beliau berjaya turunkan berat badan kepada 123 kg. Sepanjang proses ini, setiap hari beliau makan nasi.



Ini adalah gambar Din pada hari pertama beliau dalam program NECK. Berat beliau pada waktu ini adalah 123kg.


Ini pula adalah gambar Din selepas 28 hari. Untuk pengetahuan anda, Din berjaya turunkan berat badan sebanyak 7.3 kg dalam tempoh 28 hari.

Beza tak? Beliau ambil gambar dari posisi yang sama. Baju yang sama.



Setiap hari, beliau makan nasi. In fact, kita wajibkan para peserta makan 5 kali sehari sepanjang proses mereka menurunkan berat badan.


Ini gambar Din pada hari ke 30 bersama NECK. Beza tak Din yang dahulu dengan Din yang sekarang.

Yang best, setiap hari beliau tak skip makan nasi. Makan 5 kali sehari. Dan beliau belum pernah pergi ke gym lagi walau pun sekali.

Beliau sedang membuktikan kepada masyarakat Malaysia bahawa kalau kita nak turunkan berat badan, kita perlu ada ilmu, mentor dan sistem yang betul.

Kita tak perlu pergi ke gym bagai untuk kurus. In fact, nak kurus boleh dilakukan hanya dari rumah.

Ilmu ilmu inilah yang kita ajar dalam program NOW EVERYONE CAN KURUS.

Cakap kat orang sebelah, amcam?

Percayalah tuan tuan dan puan puan sekalian, nasi bukan punca kegemukan. 

Kita boleh makan nasi setiap hari kalau kita tahu caranya.

Logik kah kita rakyat Malaysia nak berdiet tanpa makan nasi?

Nasi makanan rasmi rakyat Malaysia. So, tak perlulah kita nak lari dari nasi. Nikmatilah makan nasi dan dalam masa yang sama kita boleh kurus.

Percayalah, nak kuruskan badan akan jadi lebih mudah kalau kita tahu caranya.


Sharing dari Tuan Faizal, Penolong Pegawai Kesihatan Negeri Perlis mengenai nasi yang tidak menggemukkan.

Dapatkan Ebook NOW EVERYONE CAN KURUS !!


Anda nak buku ni? Ebook Now Everyone Can Kurus. Dalam ebook ini dikongsikan Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus.

Sila hubungi mereka yang berikan LINK blog ini kepada anda. Mereka akan berikan Ebook ini PERCUMA kepada anda.

Saya doakan, anda kurus dan sihat.

Wassalam

Team NECK
Now Everyone Can Kurus

Sila tekan Button SHARE Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat Untuk Anda. Mungkin Ia Bermanfaat Buat Rakan Rakan Anda.

No comments:

Post a Comment