Wednesday, April 22, 2015

10 Cara Malas Yang Anda Boleh Cuba Untuk Membakar Kalori

Assalamualaikum,
Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".
Anda mungkin fikir, menurunkan berat badan melibatkan kerja keras di gym dan mempunyai jadual pemakanan yang ketat .
Tapi, tidak semestinya anda perlu bekerja keras untuk menurunkan berat badan.
Kadang-kadang dengan usaha yang kecil sahaja sudah mampu mendapatkan hasil yang menakjubkan.
Tapi membaca tajuknya sahaja sudah pelik. Bagaimana dengan cara malas mampu membakar kalori? Hurm..

1. Hirup minuman berkafein

1503-lazy-wl-1 (1)
Kafien mampu membantu untuk membakar lemak selama 3 jam. Mudah sahaja kan. Jika anda tak sukakan kopi, anda boleh cuba teh!

2. Duduk dengan tegak

1503-lazy-wl-2
Duduk di atas bola senaman mempu membakar lebih 260 kalori sehari, daripada anda duduk di atas kerusi.

3. Kurangkan karbohidrat

1503-lazy-wl-3
Kurangkan makanan berkarbohidrat kepada dua hari seminggu. Kemungkinan besar , anda akan kehilangan lebih daripada kalori jika dibandingkan dengan jumlah kalori yang anda dapat daripada pengambilan karbohidrat sebelum ini.

4. Kunyah gula-gula getah

1503-lazy-wl-4
Gantikan snek tidak sihat kegemaran anda kepada gula-gula getah. Ini kerana anda tidak boleh telan gula-gula getah tersebut.

5. Suhu bilik

1503-lazy-wl-5
Janganlah anda terlalu asyik sangat dengan cuaca sejuk bilik anda, sampai langsung tak berpeluh. Pastikan suhu bilik anda tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Ini kerana berpeluh ketika melakukan kerja rumah, mampu membakar kalori anda.

6. Cuba makanan Thai

1503-lazy-wl-6
Masakan rempah seperti masakan Thailand mampu membakar kalori sehingga 23 peratus. Ini kerana kepedasan rempah ratusnya membuatkan anda berpeluh.

7. Ambil cuti sehari

1503-lazy-wl-7
Senaman dua kali seminggu sebenarnya memberikan hasil yang sama dengan melakukan senaman sebanyak tiga kali seminggu.

8. Gelisah

1503-lazy-wl-10
Apabila anda resah atau gelisah, anda pasti akan menggoyangkan kaki anda. Tahukah anda bahawa tindakan anda itu mampu membakar seratus lebih kalori tanpa perlu menggerakkan tubuh badan yang lain.

9. Kurang Berpeluh

1503-lazy-wl-11
Hanya 10 minit senaman secara sederhana sudah cukup untuk membantu pusingan metabolism selama satu jam .

10. Kekal Dalam Tekanan

1503-lazy-wl-8
Tahukah anda, wanita yang berada dalam tekanan mampu membakar sekurang-kurangnya 104 kalori berbanding dengan mereka yang tenang?
Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".
Wassalam
Team NECK -Now Everyone Can Kurus
Sila Tekan Button Share Jika Anda Rasa Posting Ini Bermanfaat Untuk Rakan Rakan Anda

1 comment: