Wednesday, April 29, 2015

Kisah Anak Sahabat Yang Berjaya Turunkan Berat Badan

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Pertemuan Dengan Sahabat

Tengah hari tadi, saya berpeluang untuk bertemu dengan sahabat saya untuk kami makan tengah hari bersama sama.

Tempatnya di Taiping.

Semasa lunch, saya kongsikan dengan sahabat saya ini. 

Beberapa bulan yang lepas, anak beliau ada menghubungi saya dan meminta tips macam mana nak turunkan berat badan.

Beliau sekarang belajar di Tingkatan 5, seorang lelaki.

Saya berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang saya tahu berdasarkan pengalaman saya.

Saya lebih berikan penekanan penjagaan makanan yang betul. Itu mempengaruhi 70% daripada proses penurunan berat badan kita.

Alhamdulillah, beberapa bulan berselang. Saya bersembang dengan ayahnya sebentar tadi.

"Eh.. anak saya sekarangkan dah kurus la. Alhamdulillah. Beza sangat saya tengok dia."


Dah tak besar lagi yer....

Antara perubahan yang kawan saya kongsikan.

"Anak beliau semakin confident sekarang."

Jujur beliau katakan, beliau nampak sangat perbezaan dulu dan sekarang. Anaknya semakin yakin apabila bertemu dengan orang lain.

Lebih berani bercakap dan yang paling best, pelajaran anaknya semakin meningkat.

Hanya kerana sekarang dah semakin slim melim dan keyakinan diri meningkat.

Inilah puncanya mengapa kami dari Team NECK menjalankan program Now Everyone Can Kurus.

Kami nak lebih ramai rakyat Malaysia mengetahui cara yang betul untuk turunkan berat badan.

Nak turun berat badan sebenarnya sangat mudah. Itupun kalau kita tahu caranya.

Kalau tak tahu, kita terpaksa 'melanggar' dinding sana dan sini untuk mencuba.

Saya menyeru kepada anda yang membaca blog ini, sila berusaha untuk turunkan berat badan.

Lakukan tanpa nanti. Lakukan dari hati.

Tapi... Pastikan anda buat dengan berilmu.

Percayalah, jika anda kurus dan slim. Keyakinan anda akan semakin meningkat dan hidup akan semakin berubah.

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Wassalam

Team NECK

1 comment: