Friday, April 3, 2015

Kisah Ustazah Sharizar Menurunkan Berat Badan

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, "And Kurus Dan Sihat".

Kisah Ustazah Dari Sarawak

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda kisah dan pengalaman hidup salah seorang peserta Program Now Everyone Can Kurus.

Beliau yang saya maksudkan adalah Ustazah Sharizar. Beliau merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Sarawak.

Apa yang ditulis di bawah ini adalah luahan hati Ustazah Sharizar. Semoga kisah ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk turunkan berat badan.

Sharing Dari Ustazah Sharizar

Bersyukur ke hadrat Allah kerana telah ditakdirkan saya join Program Now Everyone Can Kurus pada 1 Februari 2015 . 

Program menurunkan berat badan selama 100 hari yang menggunakan Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus yang dijalankan sepenuhnya secara online.

Untuk pengetahuan semua, berat saya pernah mencecah 85kg pada 2011 -2012.



Gambar saya dahulu.


Macam comel jer kan. Bam Bam

Pada awal 2013, berat saya semakin meningkat. 

Walaupun kerja sekolah banyak namun selera makan saya boleh tahan juga. 

Pada waktu itu, nak turunkan berat badan. Jadi saya perlu rajin buat senaman. Setiap petang saya akan bersenam. Kalau dihujung minggu saya akan beri lebih masa untuk bersenam. Semuanya saya lakukan sebab saya nak turunkan berat  badan.

Malangnya, pada waktu itu saya tidak ada ilmu. 

Memang saya bersenam, tapi saya tidak jaga pemakanan saya. Kesannya, berat saya semakin naik.

Saya rasa sedih sangat.

Saya Yang Dahulu

Masa umur saya 20 an dulu, berat saya hanya 43kg sahaja. Namun, pada usia 35 tahun berat saya naik sehingga 75kg. Dan ia terus meningkat sehingga mencecah 85kg. Itu pencapaian terbaik yang pernah saya catatkan.

Proses Menurunkan Berat Badan

Berkat usaha saya berjuang untuk menurunkan berat badan pada tahun 2014, saya berjaya turunkan berat sebanyak 8kg. Namun saya ambil masa selama 1 tahun untuk turunkan berat sebanyak itu.

Saya bersyukur walau pun saya merasakan proses penurunan berat badan ini sangat perlahan. 

Pada hujung tahun 2014, saya rasa penat sangat. Adakalanya saya rasa macam tidak berbaloi. Saya ambil masa setahun untuk turunkan hanya 8kg.

Pada waktu itu, saya banyakkan Solat Tahjud pada waktu malam. Saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, mudahkan urusanku untuk turunkan berat badan ini."

Untuk tahun 2015, saya berazam untuk turunkan berat badan. Saya mesti kurus dan sihat.

Dalam hati saya, saya teringin sangat nak mencapai berat 60kg. Ya.. Angka 6 di hadapan yang dah ditinggalkan hampir 8 tahun yang lalu.

Saya yakin saya boleh. Sebab dengan jaga pemakanan dalam setahun 2014, saya boleh turun 8 kg. So saya yakin saya akan dapat berat ideal utk 2015.

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, Maha Mendengar.

DOA saya Allah perkenankan.

Allah temukan saya dgn Tun Akmar Azah dlm facebook. 

Junior saya zaman sekolah menengah dulu. Saya tengok gambar beliau yang berjaya menurunkan berat badan dalam tempoh yang sangat singkat. Saya rasa teruja nak tahu daripadanya.


Gambar ni beri inspirasi kepada saya untuk turunkan berat badan.

Bermula dengan chatting dan whatsup untuk dapatkan info kurus dan sihat, Tun Azah perkenalkan saya dengan Program Now Everyone Can Kurus (NECK).

Selepas diberi penerangan, saya sangat yakin yang NECK dapat bantu saya. Saya dengan rela hati join NECK. Pada saya Allah memberi ilham pada saya untuk hidup dengan lebih sihat.

Ya, saya perlu sihat untuk lebih meningkatkan amal ibadah saya kepada Allah.

Saya perlu sihat untuk anak anak saya.

Saya perlu sihat untuk suami saya.

Saya perlu sihat untuk para pelajar saya di sekolah.

Saya perlu sihat untuk semua orang.


Sememangnya saya sangat bersyukur kepada Allah. Bagi saya sesisapa yang join NECK, mereka adalah insan TERPILIH untuk turunkan berat badan dengan cara yang betul.

Program NECK Batch 1 Bermula

Tanggal 1 Feb 2015 dengan berat 74.9 kg, saya menjadi ahli keluaga NECK Batch 1. Saya mula mengenali Personal Trainer yang mereka ceritakan sebelum ini iaitu Abang Ketak.

Apa yang menarik, saya tidak keseorangan. 

Mereka menjalankan program NECK ini secara berjemaah.

Maksudnya, kami beramai ramai dibantu dan dipantau melalui Telegram Group yang dibuat. Ilmu yang dikongsikan, Subhanallah.

Kali ini, saya betul betul berazam. Saya tak boleh main main. Saya betul betul nak turunkan berat badan dan saya akan berikan yang terbaik untuk memastikan apa yang saya impikan ini tercapai.

2 minggu pertama saya menyesuaikan diri dengan gaya hidup yang baru. 

Saya suka puasa sunat. Selalunya dalam 4 hari seminggu. Sebelum ini pun saya berpuasa juga, tapi berat  yang turun tak lah banyak sangat.

Cumanya, kali ini saya berpuasa sunat dengan berilmu.

Mentor ajar saya cara pengambilan makanan dengan betul. Cara bersenam dengan betul dan cara ambil suplemen yang terbaik.

Pada waktu petang dan hujung minggu bila cuti sekolah, saya akan joggin 5km pusing tasik berhampiran dengan rumah saya.

Pemakanan? Saya ikut nasihat yang coach berikan.



Saya ikut kalori yang diajar oleh mentor dalam group ini. Setiap makanan yang saya ambil saya kira kalori. Saya nak pastikan saya tak ambil lebih dari apa yang badan saya perlukan. 

Dalam tempoh 2 minggu sahaja, Alhamdulillah berat saya turun 5 kg. Dari 74.9kg kepada 69.8 kg



Perubahan dalam tempoh 2 minggu


Minggu Ke 3-4 Bersama NECK

Saya sangat bersyukur kepada Allah, saya berjaya turunkan berat sebanyak 5kg dalam tempoh 2 minggu sahaja.

Saya rasa berbaloi sangat menyertai program NECK ini.

Kalau dulu saya turunkan 8kg dalam tempoh 1 tahun. Kali ini saya turunkan 5kg dalam hanya 2 minggu.

Saya rasa, selama setahun sebelum ini saya terpaksa bayar 'cukai kebodohan' dengan harga yang 'sangat mahal'.

Ya lah, dengan ilmu yang diberikan ternyata nak turunkan berat badan tak susah sebenarnya. 

Selepas berjaya turunkan 5kg, saya semakin bersemangat. Bayangkan, suami dah mula tegur saya yang dia nampak badan saya dan susut sikit.

Itu kata kata pembakar buat diri saya. 

Saya jaga pemakanan seperti yang dicadangkan oleh coach. Iaitu makan 5 kali sehari dan makan nasi setiap hari.

Saya tambah workout lagi. Saya bersenam pada waktu petang atau malam. 

Saya ikut contoh senaman serta tambah dengan video dan tugasan yang coach beri. Jujur saya katakan, banyak saya belajar dari video yang coach kongsikan.

Baru saya sedar, rupanya nak bersenam pun ada caranya. Kita perlu fokuskan senaman yang akan bakar lebih banyak kalori agar lebih banyak lemak yang terbakar dan proses penurunan berat badan akan berlaku dengan lebih cepat.

Since dah hampir sebulan saya bersama NECK, saya dah boleh tambah jogging sejauh 8km pada hujung minggu. Alhamdulillah, saya dapat rasakan stamina saya semakin bertambah.

Saya juga fokuskan senaman Circuit Training yang coach ajarkan. Ia cara mudah untuk bakar kalori dengan lebih tinggi.

Antaranya Squat. Ia untuk bantu mengecilkan bahagian punggung dan paha. Tempat ini menjadi masalah utama ramai wanita hari ini.



Part yang menjadi masalah ramai wanita hari ini



Apa yang best, bila saya buat senaman saya akan update gambar di group Telegram. Dan coach akan cepat cepat betulkan kami kalau kami ada buat silap. Contohnya, gambar Squat ini. Saya main buat aje sebelum ini. Rupa rupanya saya salah. Kalau nak impak yang lebih tinggi, saya kena buat Squat dengan cara yang betul.


Contoh Squat yang betul

Saya semakin terasa beruntungnya saya join Program NECK ini. 

Coach dan master banyak beri panduan dan galakan kepada semua peserta NECK. Gambar gambar yang dikongsikan oleh sahabat-sahabat yang lain juga turut memberi semangat untuk saya.

Alhamdulillah, saya bersyukur berat saya turun 3.4 kg lagi. Menjadikan jumlah penurunan berat dalam tempoh 28 hari sebanyak 8.5kg

Berat terbaru saya menjadi 66.5kg.

Pengalaman Pada Minggu Ke 5-6-7- 8

Saya teruskan usaha untuk minggu 5-8 seterusnya. Pada waktu ini saya sudah terasa kesukaran untuk turun banyak seperti 4 minggu pertama. Mungkin lemak yang tinggal dalam badan sekarang adalah lemak tepu.

Maka, saya tiada pilihan melainkan saya terpaksa melipat gandakan usaha saya lagi.

Kalau saya boleh gemuk, saya percaya saya juga boleh kurus.

Saya tetap teruskan workout. Adakalanya saya erobik, jogging, circuit training dan macam macam lagi.

Satu perkara yang saya nak kongsikan, coach memberi tugasan kepada kami mengikut kesesuaian. 

Alhamdulillah berat saya turun 2.2 kg pada minggu ke 5 dan ke 6. Berat baru saya sekarang adalah 64.3kg. 

Untuk minggu 7-8 saya tambah dengan sauna daun daun herba. Saya masih jaga pemakanan seperti yang coach ajarkan dan buat senaman bila berkelapangan. 

Alhamdulillah ...berat saya turun  lagi sebanyak 1.5 kg untuk minggu 7-8. Saya dah jangkakan, memang lemak tepu saja yang tinggal dalam badan. Tapi saya tidak akan berputus asa.

Saya baru 56 hari bersama NECK. Berat saya dah mencapai 62.8kg. Dah turun 12.1kg sejak saya mula program NECK.



Antara gambar terkini saya. Alhamdulillah. Dah makin kurus dan sihat.

Antara Pengalaman Menarik Bersama NECK

1. Kisah Guna Seluar Anak



Saya dah boleh guna seluar anak yang sulung. Sampai anak kecil pun tegur saya.

2. Kisah Ramai Kawan Kawan Yang Tegur

Sebenarnya, sepanjang proses saya menurunkan berat badan ini ramai yang mula tegur perubahan pada diri saya.

Kawan kawan di sekolah, semuanya perasan.

Anak murid pun dah ramai yang cakap saya nampak makin muda.

Alhamdulillah. 

Dan yang paling penting, saya rasa suami saya pun dah rasa gembira dengan perubahan badan saya yang semakin mengecil.

Syukur, saya lakukan ini pun untuk suami.

Saya memang nak hidup dengan lebih sihat dan cergas. Saya nak tingkatkan lagi amal ibadah saya kepada Allah dan berbakti kepada lebih ramai orang dengan nikmat kesihatan yang Allah berikan nanti.

3. Kisah Kak Lisa 

Semalam, 2 April 2015 seseorang peserta aerobik menegur saya. Saya namakan Kak Lisa ye. ( Bukan nama sebenar)

Kak Lisa: Dik maaf nak tanya, adik pakai baju hujan ni sepanjang aerobik tak panaske? Kuat adik ye tahan panas.

Sharizar : Tak panas kak, saya suka sebab nak bagi banyak peluh keluar. Best sangat.

Kak Lisa : Adik dah kawin ke? Dah ada anak ke? Pindah kuching Sarawak dengan suami ke?

Macam-macam soalan Kak Lisa tanya.

Saya jawab lah yang saya dah kawin. Anak dah 6 kak. 

Beliau kemudian memperkenalkan dirinya dan minta saya panggil beliau Kak Lisa.

Saya tanya, "Akak umur berapa yer?"

Dia jawab, "Dah 42 tahun..."

"Ohh kalau gitu lebih kurang sebaya je lah kita Kak Lisa. Saya 41 tahun"

"Laa... Ingatkan Sharizar muda lagi. Lebih kurang je umur kita ye."

Dan sekali lagi dia terkejut sebab saya ada 6 anak dan yang sulung sudah tingkatan 5.

Kak Lisa amat risau beratnya 76 kg sekarg.  

Saya cakap, samalah dengan berat saya 2 bulan yang lalu. 75-76 kg.

Kak Lisa amat terkejut dgn penurunan berat saya. Sebab tahun lepas beratnya 65 kg. 

Dia dah kurus sangat, cuma tidak dijaga beratnya naik semula 10 kg. Memang dia rasa down sangat. Itu yang dia mulakan exersise dan aerobik semula.

Saya cerita pengalmn join NECK. Coaching online dengan coach dan master yang professional. Semoga Allah buka kan pintu hatinya untuk join NECK sebab bagi saya NECK lah cara termudah untuk kita semua turunkan berat badan.

Perjuangan Perlu Diteruskan



Gambar saya masa awal menyertai NECK dan sekarang. Dah kurang tembam di pipi. Alhamdulillah.


Perubahan dalam tempoh bulan.

Sasaran saya, saya nak berat badan 60kg. Jangan risau saya masih ada lagi 38 hari untuk menamatkan Program Now Everyone Can Kurus yang berlangsung selama 100 hari.

Saya sangat yakin, saya akan capai berat badan ideal yang saya impikan.

Syukur Allah pilih saya untuk join NECK. 

Alhamdulillah. Thank you very very much master master, coach, Dinda Tun Azah, Asnita, Zara dan semua sahabat Batch 1 NECK. 

Kalian pembakar semngat diriku.

Moga kita semua terus kurus dan sihat serta bertambah ibadah kepada Nya. Insya Allah.

Semua yang baik dari Allah, yang buruk dan kurang dari diri saya, saya mohon maaf atas segalanya.

Jutaan terima kasih buat suami tersayang atas sokongan padu yang diberikan untuk bantu saya turunkan berat badan.

Kepada anak anak Ummi, Ummi ucapkan terima kasih kerana turut menyokong usaha Ummi untuk hidup lebih sihat.

Semoga keluarga kita akan kekal cergas dan sihat sepanjang hayat. Amin......

Sharizar Shahiri 
Peserta NECK Batch 1


Jika Anda Rasa Kisah Ini Memberi Motivasi Dan Inspirasi Kepada Anda, Sila Tekan Button SHARE Di Bawah. Mungkin Ia Memberi Motivasi Kepada Sahabat Sahabat Kita Yang Lain Untuk Turunkan Berat Badan.

No comments:

Post a Comment