Sunday, May 31, 2015

"Kesan Asma Yang Teruk Berkurangan Selepas 28 Hari" - Puan Azura

Assalamualaikum,

Terima kasih kepada anda yang menziarahi blog ini. Saya doakan Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayang kepada kita semua. 

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Syukur Sakit Asma Semakin Berkurang

Pagi tadi, sayaDAPAT feedback yang sangat best. Personal trainer saya hubungi saya, beliau cakap.

"Firdaus, ada peserta NECK Batch 4 bagi feedback. 


Feedback dari peserta NECK Batch 4. Baru 28 hari menyertaiPROGRAM NECK dah improve tahap kesihatan.


Dalam tempoh 15 hari, dah turun 3.2kg. Selepas 28 hari, turun sekitar 4kg

Untuk pengetahuan anda, purata penurunan berat bagi seorang wanita dalam tempoh 1 bulan adalah 3.8kg. So kira Azura is doing great.

Saya Hubungi Beliau

Selepas dapat feedback dari Abang Ketak, saya terus hubungi Pn Azura. Beliau berkongsi dengan saya pengalaman sebelum dan selepas join Program NECK.

Sebelum NECK

"Sebelum ini, saya kerap ambil inhaler. Sehari saya akan guna at least 12 kali. Kalau terlalu semput, mungkin boleh pergi sampai 20 kali sehari. Asma saya teruk juga sebenarnya."

"Saya seorang guru. Di sekolah bangunan tinggi. Kalau dulu saya nak naik tangga, saya nak kena ambil inhaler dulu. Kalau tak saya tak cukup nafas nanti. Nak naik bangunan 4 tingkat pun mengah"

Selepas NECK

"Tapi selepas saya join NECK, saya rasa berbeza sangat. Alhamdulillah. Sekarang saya hanya guna sekitar 5 kali sehari. Itupun bila perlu."

"Saya rasa tahap kesihatan saya sekarang semakin baik selepas menyertai NECK."

"Saya join NECK sebab nak turunkan berat badan saya. Tapi saya tak sangka, dengan amalan gaya hidup sihat yang diajar dalam NECK dapat membantu menyelesaikan masalah asma saya juga. Ia satu bonus buat saya."

Alhamdulillah. Kami dari Team NECK bersyukur dapat menambah nilai hidup orang lain. Dah la tahap kesihatan bertambah, berat pula semakin menurun. Amcam? Best ke best?

Semoga semakin ramai yang dapat menikmati hidup yang lebih sihat selepas ini.

Team NECK
Founder Now Everyone Can Kurus

Thursday, May 28, 2015

5 Rahsia Kekal Sihat Cara Tun Dr. Mahathir

Assalamualaikum,
Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".
Saya terjumpa artikel ini. Saya rasa bagus untuk dikongsikan dengan anda.
Kisah Tun Dr Mahathir
Umum sedia maklum Tun Dr. Mahathir merupakan negarawan yang disegani. Selain memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, beliau juga punya rahsia tersendiri untuk kekal sihat meskipun usianya kini sudah mencecah 85 tahun.
Mungkin sejak akhir-akhir ini kesihatan beliau sedikit terganggu, barangkali berkait rapat juga dengan pembedahan pintasan koronari pertama yang dijalani beliau pada Januari 1989 (Hospital Besar Kuala Lumpur) dan kedua pada September 2007 (Institut Jantung Negara). 
Namun begitu secara fizikalnya tidak dapat disangkal lagi beliau masih kekal tip-top bergiat aktif dalam menyampaikan pendapat selain berkunjung ke beberapa konvensyen-konvensyen yang dianjurkan. Apa rahsia beliau sebenarnya sehingga tampak begitu?

5 cara mengekalkan kesihatan sehingga ke usia emas cara Tun Dr. Mahathir
1 – Tidak Menghisap Rokok
Siapa bersetuju rokok itu menyihatkan? Terdapat pendapat mengatakan rokok menyihatkan/menyegarkan tubuh badan jika diambil dalam kadar yang betul. Rokok juga berkait rapat dengan peningkatan kadar metabolisma dan sesuai diambil sebagai pemanas badan jika anda menetap di negara beriklim sejuk.
Namun bagi aku, info ini hanya kelihatan “sahih” dan boleh diterima-pakai jika tembakau yang digunakan datang 100% daripada daun tembakau, dan bukan seperti rokok-rokok komersial yang telah diperkayakan dengan bahan-bahan kimia yang entah dari mana dikutip, juga pengambilannya haruslah bersebab (akal) dan bukannya kerana ketagihan (nafsu).
2 – Tidak Minum Arak
Selain daripada keburukan yang dimiliki, terdapat juga yang bersetuju arak itu bermanfaat kepada tubuh badan jika diambil dalam kuantiti dan cara yang betul. Kajian terkini menunjukkan wine merah mengandungi phenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk kesihatan kardiovaskular. Fakta ini mungkin ada benarnya, namun tidak bermaksud aku menggalakkan anda semua untuk meminum arak, kerana arak itu sudah jelas haram di sisi Islam.
3 – Makan Secara Bersederhana
Masihkah anda ingat pada pesan Nabi “berhenti makan sebelum kenyang”? Makan secara bersederhana tidak terhad kepada kuantiti makanan yang diambil, tetapi juga kualiti makanan yang masuk kedalam mulut anda.
4 – Makan Multivitamin
Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus ambil sebiji pil Multivitamin setiap hari. Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.
– Tidur Secara Mencukupi
Tidur ini seakan-akan butang reset manusia. Cuma konsepnya tidaklah semudah menekan butang reset sesuatu mesin yang hanya mengambil tempoh beberapa saat, tetapi memakan masa sekitar 7-10 jam sehari (pada waktu malam), bergantung kepada gaya hidup individu tersebut (mereka yang aktif seperti atlit sukan memerlukan tidur yang lebih lama berbanding individu biasa).
Pendek kata kalau kita amalkan cara hidup yang sihat.. tidak mengguna rokok, terutama rokoklah dan arak, kita boleh sedikit sebanyak (mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik), yang lain semua (penyakit) kurniaan Tuhanlah.. kita tak tahu..” – Tun Dr. Mahathir Mohamad
Itu tips daripada Tun Dr. Mahathir yang disiarkan dalam rancangan “Segar” yang diterbitkan oleh TV3 13 tahun yang lalu (1997). Video untuk temuramah ini boleh ditonton di sini.
Aku sama sekali bersetuju dengan 5 amalan tersebut. Cuma yang menjadi persoalan di sini ialah, mengapa Tun tidak menyelitkan “bersenam secara berterusan” ke dalam 5 amalan tersebut? Adakah ia membawa maksud Tun tidak/jarang sekali bersenam ketika zaman kerjayanya? Hmm. Saya tidak berfikir begitu. Apa pula pendapat anda?
Sama sama kita doakan Tun sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang dari Allah.
Team NECK

Berjaya Pakai Baju Yang Dah 3 Tahun Tak Muat Selepas Ikuti NECK Selama 28 Hari

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Kisah Amir

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda salah satu kisah yang dikongsikan oleh peserta NECK Batch 4, saudara Amir.

Saudara Amir join program Now Everyone Can Kurus sebab nak turunkan sekitar 12kg dari berat asal. 

Sebelum ini, beliau mula rasa yang badan semakin membesar dan kalau tak diambil tindakan segera, takut takut berat badan naik tanpa terkawal.

So.. 1 May 2015 beliau join NECK. Berat pada waktu itu adalah 82kg.

Pada timbangan hari ke 14, beliau memaklumkan kami pihak penganjur beliau berjaya turunkan berat 4kg dalam tempoh 2 minggu.

Subhanallah.

Namun ada berita baik selepas 28 hari.

Selepas 28 Hari

Selepas 28 hari, beliau hantar mesej kepada Personal Trainer yang guide beliau untuk kurus. Ini ayat beliau. 

"Coach, malam ni excited sket coz jersey lama size M dah boleh pakai semula"


Ini gambar beliau dengan jersey yang dah 3 tahun ditinggalkan.


Perhatikan perbezaan pada leher Amir. Dagu nampak makin runcing kan. Amir berjaya menurunkan lagi 3kg pada minggu ke 3 dan ke 4. Menjadikan jumlah penurunan dalam tempoh 28 hari kepada 7kg.

Alhamdulillah, ini baru penangan 28 hari bersama NECK. Insya Allah, kita nantikan kemunculan Amir selepas 100 hari.

Bila coach tanya.

"Apa antara benda penting yang you buat untuk turun berat dalam masa 28 hari ini?"

Beliau jawab.

"Saya ikut apa yang coach ajar. Saya suka ikut video yang coach bagi tu."

"Saya akan makan ikut kalori yang diperlukan. Kalau teringin sesangat nak makan yang tak sihat, saya makan sikit saja buat rasa."

"Apa yang best, saya boleh makan nasi setiap hari."

Alhamdulillah. Inilah yang kita akan dapat kalau kita ada mentor yang bagus untuk turunkan berat badan.

Kan best kalau ada orang guide kita setiap hari untuk turunkan berat badan.

Tak der la kita stress. Buat macam macam tapi berat tak turun turun. Kalau turun pun lepas tu berat naik balik.

Jom kita doakan agar abang ni dapat mencapai berat badan yang ideal, slim melim selepas 100 hari nanti.

Wassalam.

Team NECK
Now Everyone Can Kurus

Sila Tekan Button Share Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat Untuk Dikongsikan Dengan Rakan Rkan Anda Yang Lain

Sunday, May 24, 2015

Result Peserta Neck Batch 1 Selepas 100 Hari - Jom Tengok Perubahan Pada Mereka!

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Result Peserta NECK Batch 1 (1 Feb - 11 May 2015)

Untuk pengetahuan anda, Program Now Everyone Can Kurus (NECK) adalah satu program untuk bantu orang ramai nak turunkan berat badan secara berjemaah selama 100 hari.

Kita ada trainer yang guide sepanjang program ini melalui ONLINE sahaja. Jadi para peserta dari SELURUH DUNIA boleh sertai program NECK ni. 

Antara kelebihan program NECK, para peserta boleh makan 5 kali sehari. Wajib makan nasi setiap hari dan ikut nasihat nasihat yang kita berikan melalui program ini.

Batch 1 telah bermula pada 1 February 2015 dan berakhir pada 11 May 2015 yang lalu. 

Inilah hasil para peserta dari Batch 1:-


Ini antara result peserta Batch 1. 

Anda perlu ingat, mereka ini semuanya buat dari rumah sahaja. Mereka buat atas inisiatif sendiri. 

Gambar Gambar Peserta NECK Sebelum Dan Selepas 100 Hari


Ustazah Sharizar. Turun 15.5kg mewakili 20% daripada jumlah asal berat badan beliau.



Cikgu Mariam. Berjaya turun 13.5kg dari berat asal beliau.



Beza tak? Inilah yang akan berlaku jika anda berjaya turunkan 12.5kg dari badan anda. Nampak lebih slim, ayu. lebih muda dan berkeyakinan.


Perbezaan sebelum dan selepas NECK.


Perubahan fizikal pada Kak Wati dlm tempoh 100 hari.


Perubahan pada Shiemz.


Afrizal turun 11kg dalam tempoh 50 hari. Saiz seluar turun dari 36 ke 32 dalam tempoh 22 hari.


Perubahan saiz pasangan suami isteri.


Akak ni seorang tentera. Berjaya turunkan berat. Di akhir program selepas 100 hari, beliau turun 12kg. Alhamdulillah.


Kak Laila, berjaya turun 11.5kg dalam tempoh 100 hari. Sekarang masih lagi dalam pemantauan kami untuk turunkan lagi 20kg.


Akak Haslina, turun 11kg dalam tempoh 100 hari. Selain itu, beliau juga berjaya turunkan kadar kolestrol dalam badan dan juga tekanan darah tinggi menjadi lebih stabil sekarang.

Perubahan pada Zara. Banyak inch loss yang berlaku.


Kak Tun. Umur 40. Anak 8 orang. Jangan terkejut yer dengan perubahan fizikal pada beliau. Sekarang dah capai berat badan ideal.


Alhamdulillah, turun 10kg dalam 100 hari.

Alhamdulillah, kami bersyukur dapat bantu mereka menurunkan berat badan mereka.

Mungkin ada diantara anda yang tanya awat sikit sangat mereka turun?

Hehe.. Satu benda yang saya nak share, kami ajar mereka cara hidup yang sihat.

Ambil cara makan yang betul, bersenam cara yang betul, ambil suplemen yang perlu. Pendek kata, kami ajar mereka amalkan gaya hidup yang sihat.

Selebihnya, kami serahkan kepada mereka untuk tentukan apa yang mereka nak buat.

Sebab semuanya hanya dari rumah.

Bagi saya oklah, mereka berdiet tanpa perlu berlapar. Makan 5 kali sehari mengikut portion yang kami cadangkan. Boleh makan nasi setiap hari. Dan tak perlu pergi ke gym.

Oklah kan...

Semoga kami dapat bantu anda untuk turunkan berat badan selepas ini.

Berminat nak join  Program Now Everyone Can Kurus?

Sila hubungi ajen NECK yang memberikan link ini kepada anda. 

SAYA DOAKAN ANDA KURUS DAN SIHAT!!

TEAM NECK
NOW EVERYONE CAN KURUS
JOM KURUS DARI RUMAH

Friday, May 22, 2015

Train Personally Dengan Abang Ketak Dalam Program Now Everyone Can Kurus

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Trainer Dalam Program NECK

Dalam program Now Everyone Can Kurus, kita telah melantik seorang trainer yang memang ditugaskan untuk memantau perkembangan peserta dalam menurunkan berat badan.


Ini Abang Ketak. Trainer dalam program NECK.

One thing about him, membantu orang ramai untuk turunkan berat badan adalah passion beliau. Beliau sangat sangat suka. He love to do that. 

Beliau seorang yang sangat komited untuk melihat orang lain berjaya kurus dan hidup dengan lebih sihat.


Abang Ketak. We love him soo much. Muka macam garang, tapi sebenarnya dia tak macam tu... Hehe..

Peluang Bertemu Secara Personal

Untuk pengetahuan anda, program NECK memang dah didesignkan untuk kurus dari rumah. Kita memang tak minta peserta pergi ke gym.

No... 

Saya sendiri masa nak turunkan berat badan tak pergi ke gym pun. Semuanya saya buat dari rumah saja.

Abang Ketak tinggal di Johor. Biasanya, dalam sebulan sekali beliau akan turun ke KL untuk bertemu dengan para peserta yang berminat untuk dapat coaching secara personal, terus dari gym.

Baru baru ni, ada beberapa peserta NECK yang berminat untuk join training dengan beliau. Jom kita layan gambar gambar mereka.


Ini Shiem. Peserta Batch 1.


Sebelah kiri adalah gambar beliau sebelum join NECK. Kanan adalah hasilnya selepas 100 hari. Alhamdulillah.


Baju yang dulu sendat sekarang dah mengelebeh bila pakai.


Identiti akak ni dirahsiakan atas permintaan beliau. Beliau bermula dengan NECK pada berat 90kg. Berjaya turun sehingga 74kg. Turun 16kg dalam tempoh 100 hari.


Berminat untuk bagi 'firm' badan. Amcam?
  

Ni Kak Tun. Dah banyak berbeza Kak Tun dulu dan Kak Tun sekarang.


Beza tak? Dah berjaya capai ideal weight sekarang. Berat sekarang 54.5kg


Dah minta nyawa akak ni.. Haha.. Baru kau tahu.. Saper suruh gi training ngan coach kat gym. Haha..


Berjaya turunkan lebih dari 10kg dalam tempoh 100 hari.


Ini Linda. Peserta Batch 3. Linda sekarang komited nak turunkan berat badan.


Noraini. Dah turun hampir 10kg sekarang.


They really enjoy the session with Abang Ketak.

FYI, apa yang mereka buat ini adalah 'extra' saja. Actually Abang Ketak dah bagi banyak video di Telegram group untuk mereka buat. Tapi macam biasa, nak juga jumpa trainer mereka secara personal.

Best ke best? Bukankah lagi mudah kalau kita ada orang yang boleh guide kita untuk turunkan berat badan dengan cara yang mudah.

Buat apa kita nak bersusah payah trial and error, cuba sendiri dan tak kurus kurus...

Sertai program NECK, Now Everyone Can Kurus.

Kita akan bantu anda untuk turunkan berat badan dengan cara yang mudah dalam tempoh 100 hari.

Apa yang pasti, anda diwajibkan makan 5 kali sehari dan boleh makan nasi setiap hari. 

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Team NECK
Now Everyone Can Kurus

Monday, May 4, 2015

Apa !!! Tidur Pun Boleh Bakar Kalori? Biar Betul !!!

Assalamualaikum,

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Program NECK

Dalam Program Now Everyone Can Kurus (NECK), kita mendidik para peserta mengenai kiraan kalori.

Kita nak para peserta faham, bila kita nak kurus mesti defisit kalori. Kalau tak defisit, macam mana nak kurus.

Defisit kalori boleh dilakukan dengan dua cara. Satu dengan cara pengurangan pengambilan makanan dan kedua dengan cara senaman.

Setiap hari, kita akan bagi tips kurus kepada para peserta melalui Telegram.


Contoh posting yang kita hantar kepada para peserta di Telegram Group.

Amcam best tak? 

Hampir setiap hari ada tips dihantar ke Telegram untuk anda belajar cara dan kaedah nak kurus dalam tempoh 100 hari.

Soalan Dari Peserta

"Eh.. betul ke tidur pun akan bakar kalori?"

Jawapan saya.

"Yupppp.... Memang betul.. Tidur pun boleh bakar kalori..." 

Ramai peserta yang terkejut tidur pun boleh bakar kalori.


Wanita seberat 70kg akan bakar lebih kurang 55kCal sejam kalau tidur

Basal Metabolic Rate (BMR)

Meh saya story sket. Sebenarnya setiap hari, badan kita akan bakar kalori secara 'automatik'.

Jumlah yang dibakar adalah bergantung pada usia, jantina, berat dan ketinggian seseorang. 

Orang muda akan bakar lebih banyak kalori berbanding orang berusia.

Laki akan bakar lebih banyak kalori berbanding wanita.

Orang badan besar lagi banyak bakar kalori berbanding badan kecil.

So, jumlah kalori yang dibakar berbeza untuk setiap orang.

Kisah BMR

Sebenarnya, setiap hari badan kita akan bakar kalori secara automatik. 

Bila kita bernafas, bila organ organ berfungsi, bila otot berdenyut, semua itu membakar kalori.

Dalam erti kata yang lain, jika kita pengsan sekali pun. Kita akan bakar kalori.

Sebab itulah kalau anda perasan, orang yang keluar dari ICU selepas pengsan beberapa hari akan jadi kurus sket.

Sebabnya, kalori yang dibakar melebihi kalori yang masuk. So, berat akan turun.

Sebab itulah dalam gambar rajah di atas, tidur pun akan bakar kalori. Masa tidur, jantung kita berdegup, organ organ lain berfungsi, itu semua menggunakan kalori.

Saya harap anda akan dapat belajar sesuatu hari ini.

Semoga ia menjadi ilmu yang bermanfaat untuk anda.

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Team NECK
"Now Everyone Can Kurus"

Jika anda rasa entri ini bermanfaat, mohon anda tekan Button SHARE di bawah.



Sunday, May 3, 2015

Kesan Sampingan Produk Set Kurus Shaklee Yang Anda Perlu Tahu......

Assalamualaikum,

Saya doakan, anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Kesan Sampingan Produk Pelangsingan Shaklee

Untuk pengetahuan anda, ada seorang wanita berusia awal 30-an menyertai program Now Everyone Can Kurus pada 1 Februari 2015.

Matlamat beliau adalah untuk turunkan berat badan.

Alhamdulillah, beliau berjaya turunkan berat badan sebanyak 9kg secara total dalam tempoh 84 hari. Oklah... Turun 9kg. Sebab saya tengok beliau asyik terbabas ajer bab makanan.


Sihat sejahtera akak ni kan sebelum join program NECK. 


Penurunan 9kg dalam tempoh 84 hari bagi saya ok lah. Untuk kategori selalu 'terbabas' makan.

Kesan Sampingan

Baru baru ini, beliau ada berkongsi dengan kami semua.

Rupa rupanya produk pelangsingan Shaklee ini ada kesan sampingan yang lain.


Masalah kulit sebelum ini. Sunburn. Tona tidak sekata. Jerawat. Jeragat. Blackhead.


Perkongsian sebelum join dan sekarang.

Subhanallah. Memang banyak berbeza. Mungkin ada perbezaan dari segi lighting gambar sebelum dan selepas.

Tapi, jerawat jerawat degil dah banyak yang hilang dan kulit jadi semakin cantik.

Aduh...... 

Inilah akibatnya bila guna produk Shaklee.

Bukan sekadar dapat turunkan berat badan. Tapi dipakejkan sekali dengan kecantikan.

Alhamdulillah....

Saya ada minta gambar akak ni yang terkini. Tapi dia tak nak kasi. Katanya surprise nanti.

Huhu...

Tak per lah..

Apa apa pun kita doakan agar akak ni sentiasa kurus dan sihat dan cun untuk suami tercinta....

Wassalam

Team NECK
Now Everyone Can Kurus Dan Cantik