Monday, May 4, 2015

Apa !!! Tidur Pun Boleh Bakar Kalori? Biar Betul !!!

Assalamualaikum,

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Program NECK

Dalam Program Now Everyone Can Kurus (NECK), kita mendidik para peserta mengenai kiraan kalori.

Kita nak para peserta faham, bila kita nak kurus mesti defisit kalori. Kalau tak defisit, macam mana nak kurus.

Defisit kalori boleh dilakukan dengan dua cara. Satu dengan cara pengurangan pengambilan makanan dan kedua dengan cara senaman.

Setiap hari, kita akan bagi tips kurus kepada para peserta melalui Telegram.


Contoh posting yang kita hantar kepada para peserta di Telegram Group.

Amcam best tak? 

Hampir setiap hari ada tips dihantar ke Telegram untuk anda belajar cara dan kaedah nak kurus dalam tempoh 100 hari.

Soalan Dari Peserta

"Eh.. betul ke tidur pun akan bakar kalori?"

Jawapan saya.

"Yupppp.... Memang betul.. Tidur pun boleh bakar kalori..." 

Ramai peserta yang terkejut tidur pun boleh bakar kalori.


Wanita seberat 70kg akan bakar lebih kurang 55kCal sejam kalau tidur

Basal Metabolic Rate (BMR)

Meh saya story sket. Sebenarnya setiap hari, badan kita akan bakar kalori secara 'automatik'.

Jumlah yang dibakar adalah bergantung pada usia, jantina, berat dan ketinggian seseorang. 

Orang muda akan bakar lebih banyak kalori berbanding orang berusia.

Laki akan bakar lebih banyak kalori berbanding wanita.

Orang badan besar lagi banyak bakar kalori berbanding badan kecil.

So, jumlah kalori yang dibakar berbeza untuk setiap orang.

Kisah BMR

Sebenarnya, setiap hari badan kita akan bakar kalori secara automatik. 

Bila kita bernafas, bila organ organ berfungsi, bila otot berdenyut, semua itu membakar kalori.

Dalam erti kata yang lain, jika kita pengsan sekali pun. Kita akan bakar kalori.

Sebab itulah kalau anda perasan, orang yang keluar dari ICU selepas pengsan beberapa hari akan jadi kurus sket.

Sebabnya, kalori yang dibakar melebihi kalori yang masuk. So, berat akan turun.

Sebab itulah dalam gambar rajah di atas, tidur pun akan bakar kalori. Masa tidur, jantung kita berdegup, organ organ lain berfungsi, itu semua menggunakan kalori.

Saya harap anda akan dapat belajar sesuatu hari ini.

Semoga ia menjadi ilmu yang bermanfaat untuk anda.

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Team NECK
"Now Everyone Can Kurus"

Jika anda rasa entri ini bermanfaat, mohon anda tekan Button SHARE di bawah.



1 comment:

  1. Tahniah!! NECK mmg best.. Selalu d kongsikan tips2 kpd peserta.

    ReplyDelete