Thursday, June 4, 2015

Ketahui Bagaimana Wanita Berusia 36 Tahun Ini Turun Berat - Dari Saiz 32 ke 25 Dalam Tempoh 8 Minggu

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang membaca blog ini sentiasa dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Kisah Eida

Saya nak share dengan anda kisah Eida. Peserta Program Now Everyone Can Kurus Batch 3.

Beliau berjaya turunkan berat badan dan juga berjaya merampingkan pinggang beliau.


Ini gambar beliau dan seluar beliau. Berjaya turun dari seluar saiz 35 ke saiz 25 dalam tempoh 8 minggu sahaja.

Disebabkan ramai yang PM beliau tanya macam mana beliau buat, so beliau berkongsi rahsia macam mana beliau berjaya turunkan berat badan.

Jom baca perkongsian daripada beliau.

Assalamualaikum Semua,

Disini ada sedikit perkongsian untuk kawan-kawan semua. Ramai yang PM saya bertanya macam mana cara saya boleh lost inch yang banyak. So saya jawab kat sini la yer.. So bole berkongsi dengan semua kawan-kawan disini. 

Maybe apa yang saya amalkan dapat membantu kawan-kawan semua. 

1. Jaga pemakanan. Diet yang betul la. Seperti saranan coach dan MF. Saya eat bole dikatakan clean. Comot-comot tu adala skit. Setakat melepaskan rasa teringin. Kalau saya rasa cam tercomot lebih saya akan counter semula dengan extra workout. 

2.Pengambilan supplement yang konsisten. Saya sentiasa konsisten dalamn pengambilan supplement. 

Jarang skip. Kalau saya lupa… Saya setkan alarm masa mula-mula program dulu. Sebab dulu selalu terlupa. Coach cakap.. Pasang alarm. So saya ikut je apa coach cakap… Hahha walaupun ada benda yang remeh coach suruh buat. Saya follow je.. 

Tapi impact dia besar sebenarnya. Rugi kalau korang tak ambik serius apa coach cakap. Walau kekadang nampak cam leceh jer kan…

3. Jaga time makan. Yang ni memang saya displinkan diri. Memang bagus la apa yang  NECK ajarkan. Time saya makan memang saya follow. Jarang la saya lajakkan. Kalau ada pun sekali 2 je kut… Sebab kadang-kadang kita busy ngan keje. Kadang-kadang kalau keje lupa jugak nak makan. 

Sama jugak.. coach cakap buat alarm…Tapi sekarang dah 2 bulan dah. Alarm tu automatic dia datang sendiri. Da jadi cam rutin

4.Workout. Yang ni pun bole dikatakan saya ada displin walau tak berapa nak displin lah. Kadang bila malas tu dia datang juga lah. Tapi kena cepat-cepat tepis. Cakap pada diri. 

Aku nak kurus nih. Mana bleh malas malas nih…. 

Saya beruntung sebab dapat support dari suami dan anak-anak di rumah. Anak-anak dan suami dah mengalahkan coach bila nampak saya relaks tak workout. Panjang dia bebel tu boleh buat essei . 

Betul kata MF, bila kita diet… kita kena beritahu orang sekeliling. Makanya jalan dan laluan utk jadi kurus bertambah mudah. Oleh itu korang semua follow je apa formula yg NECK sediakan. 100% komitment pasti Berjaya. Insya Allah.

5. Jenis workout. Yang ni saya banyak buat HIIT workout. Macam yang NECK sarankan. Semua video yang coach bagi. Tapi sekarang dah ramai cakap saya dah kurus. 

So saya lebih focus pada bahagian yang masih berlemak. Berat badan tu saya tak focus sangat dah. 

Saya focus pada inch loss. Sbb nnti dah kurus sangat tak sedap pulak mata memandang. Sebab tu berat saya macam dah kurang skit turun pada minggu lepas. 800gram je turun. 

Nmpak macam stress skit la… Tapi bila tgk inch loss banyak.... So saya rasa workout yang saya focus tuk part lemak-lemak tu berbaloi lah…. Antara workout yang selalu saya buat tuk fasa sekarang ni… antaranya tuk peha dan perut. Antaranya

a-The Best Home Leg Workout Ever! No More Skinny Legs!_low
b-How to Get Legs Like a Victoria's Secret Angel Model_low
c-Firm up - toning buttocks workout - Level 1 - No Music
d-lunges
e-Leg Slimming Pilates Butt and Thigh Workout to Lift Glutes & Tone Thighs - YouTube[via torchbrowser.com]

Ini antara pilihan video yang coach bagi yang saya amalkan. 

But hari-hari saya dah jadikan amalan dari dulu adalah 

1-Russian Twist
2-Bridging 
3-Mountain Climb
4-Squad
5-Sit Up
6-Leg Raises

Workout jenis ni memang saya tak pernah skip walapun sehari. Buat jugak walaupun sikit. 30x pun at least buat. 

6. PM coach. Honestly saya hari-hari PM coach. Update perkembangan. Dan jika ada masalah saya akan mintak pendapat dia. Hari-hari mintak nasihat pasal cara nak fitness ni. 

Coach kita ni baik sebenarnya. Dia ada sifat yang sentiasa nk membantu kita semua tuk kurus. Selalu kongsi apa jua ilmu. Tak lokek. Memang rugi kalau korang tak PM dia tuk mintak nasihat. Dan kongsi ape jer masalah korang. Masalah berkenaan dengan diet n workout la. 

Jangan plak duk pi tanya macam-macam masalah. Dia tak de masa nak layan.. haha. 

Nnti sentap plak bila dibahasakan… Kita kena la consider dia punya time. Sebab dia pun keje. Sama macam kite. 

Itu sajalah perkongsian saya. Apa yg saya amalkan sepanjang tempoh saya bersama neck. Saya doakan KITA SEMUA SIHAT DAN KURUS

Ieda, 
Peserta NECK Batch 3
Now Everyone Can Kurus

Feel Free To Share Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat.

2 comments:

  1. Betul2 menarik panduan ni. Boleh digunakan untuk diri sendiri juga. tq coach.

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih...perkongsian yg menarik. Bersemangat nk kurus ni

    ReplyDelete