Tuesday, July 28, 2015

Kisah Cikgu Jamailia Turunkan 13.5kg Dalam 100 Hari

Assalamualaikum,

Saya doakan Allah sentiasa mempermudahkan urusan kita semua dunia dan akhirat.

Kisah Kejayaan Peserta NECK

Saya nak kongsi dengan anda kisah bagaimana Cikgu Jamailia menurunkan berat badan.


Ini Cikgu Jamailia dari sebuah sekolah di Kajang.


Pn Jamailia dan rakan rakan yang lain.


Guru dan jamuan makan tak dapat dipisahkan. Ini turut menyumbangkan kegemukan kepada para guru.

Ini Kisah Yang Beliau Kongsikan Sendiri

Syukur Alhamdulillah. Allah bantu saya, Allah mudahkan urusan saya, Allah perkenankan doa saya untuk menurunkan berat badan saya dengan cara yang sihat.

Impian untuk turunkan berat badan sebenarnya sudah lama, cumanya saya tak pernah jumpa orang yang betul betul boleh tunjukkan saya macam mana nak kurus dan sihat.

Dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Saya memang gemuk. Tapi masih dalam keadaan terkawal pada waktu itu.

Ketika di sekolah menengah, saya pernah bergaduh dengan seorang budak lelaki sebab dia dengan lancangnya memanggil saya BABAT. Kami bergaduh sehingga di panggil oleh guru disiplin.

Betapa sedihnya saya waktu itu kerana saya gemuk hanya Allah yang tahu.

Namun... Walau dah jadi macam tu pun, saya masih tak pernah sedarkan diri. Saya kurus kejap, saya gemuk balik. Saya kurus kejap saya gemuk balik.


Gambar semasa saya kurus sekejap.

Belajar di universiti jugak menjadikan saya semakin bambam.


Ketika di universiti. Badan makin membesar.


Dan terus membesar.

Bila kahwin naik pelamin jugak dengan saiz yang bambam. Ia bukanlah satu pengalaman yang menyeronokkan.


Ketika di hari perkahwinan

Selepas melahirkn anak kembar pertama, doktor menasihatkan saya untuk amik suntikan perancang.

Kesannya, hormon saya jadi ting tong. Saya period sepanjang tahun. Bayangkan sengsaranya saya yang tanggung.

Dahlah period tak berhenti. Badan saya naik macam di pam-pam. Saya rasa tertekan sangat.


Anak kembar yang lelaki meninggal dunia semasa dilahirkan. Ini gambar saya selepas anak berusia 2 tahun.

4 tahun selepas itu saya dan suami bercadang untuk mendapatkan anak lagi.

Doktor menyarankan saya untuk turunkan berat badan.

Akhirnya saya berjaya turunkan beberapa kg.

Tak lama selepas itu, Alhamdulillah saya disahkan mengandung anak kembar lagi.

Ya Allah ajaibnyer. Saya mengandung kembar lagi.

Selepas bersalin, saya terus tak kurus-kurus. Dah habis berpantang pun orang still ingat saya mengandung. Perut saya sangat boncit waktu itu.


Selepas bersalin. Saya dah tak kenal erti kurus.

Kali ini saya nekad menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk mencuba produk kurus.

Tapi malangnya saya tak berjaya pun. Malahan saya jadi lebih gemuk dari sebelumnya.

Ya Allah, stressnya hanya Allah yang tahu.

Sehinggalah satu hari saya bertemu jodoh dengan Program NECK. Syukur, saya berjaya turunkan 13.5kg dalam tempoh 100 hari.

Perubahan pada fizikal selepas turun 13.5kg dalam tempoh 100 hari.

Alhamdulillah, berkat restu suami, bantuan coach dan rakan NECK, saya berjaya.

Sekarang saya meneruskan perjuangan saya di Batch 6 untuk turunkan lagi 10 kg.

Jika anda mempunyai masalah seperti saya, saya sangat mencadangkan anda join Program Now Everyone Can Kurus. Ia mengajar anda untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.


Gambar saya yang terbaru.

Semoga impian Cikgu Jamailia untuk turunkan lagi 10kg dalam tempoh 100 hari kedua akan dipermudahkan Allah. Lepas ni, kalau anda jumpa Cikgu Jamailia, jangan jeles yer kalau dia dah jadi macam anak dara.

Semoga Allah permudahkan urusan kami untuk bantu beliau mencapai berat badan ideal yang beliau impikan.

Wassalam.

Team NECK
Program Now Everyone Can Kurus
"Jom Kurus Dari Rumah"

Sila Share Jika Anda Rasa Kisah Ini Memberi Manfaat Dan Motivasi Kepada Anda

Punca Mengapa Ramai Rakyat Malaysia Gemuk Yang Anda Perlu Tahu

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, Allah permudahkan segala urusan anda dunia dan akhirat.

Mengapa Ramai Rakyat Malaysia Mudah Jadi Gemuk

Inilah topik yang ingin saya bincangkan dengan anda hari ni.

Sebentar tadi, saya ada menghadiri satu majlis open house di satu tempat yang tak ingin saya nyatakan.

Cumanya, saya nak kongsi dengan anda semua jenis makanan yang dihidangkan dalam majlis ini.

Saya ambil gambar secara close up supaya anda nampak dengan jelas semua jenis makanan ini. Dan anda nilai, ini lah makanan kegemaran rakyat Malaysia dan inilah yang biasanya menyebabkan ramai orang mudah menjadi GEMUK.


Ayam masak merah berminyak, dan daging masak hitam serta nasi tomato.


Sate. Seorang diberikan 5 cucuk. Tapi biasanya orang akan ambil 10 cucuk seorang.


Mesti nak kena rasa bihun sup pulak.


Jangan dilupakan, lemang dan nasi impit berserta daging dan kuah kacang.


Mee goreng dan kuew teow goreng.


Tidak dilupakan, rojak.


Air disediakan air sirap dan oren


Serta Teh Tarik yang banyak gula


Cendol yang bersantan dan dicampur dengan gula hitam sebagai pemanis.


Jangan lupa untuk cuci mulut pulak. Ais krim.

Cuba anda perhatikan, setiap satu ini merupakan dari golongan makanan yang tidak sihat.

Hampir kesemuanya.

Ok, meh saya fahamkan anda balik.

Kalau kita sebagai orang yang ada ilmu, kita tahu makanan ini kebanyakkannya tidak sihat. Maka kita jangan makan kesemuanya sekaligus pada hari yang sama.

Tapi.... Mana boleh..

Inikan open house.

Makankan free....

Maka tadi saya menyaksikan sendiri hampir kesemua orang makan sate 10 cucuk untuk setiap orang. 

Ramai orang berulang alik dari meja makan ke gerai tempat hidangan disediakan.

Selepas habis satu, ambil yang lain pula. Dah habis, then ambil yang lain pula. Begitulah seterusnya sehinggalah perut tu dah sendat. Barulah nak berhenti.

Rasanya, kalau sekali hadap semua ni, nilai kalori boleh mencecah 1500kCal sekali harung.

Sedangkan, secara puratanya wanita hanya boleh makan 1600kcal sehari dan lelaki boleh makan 2000kcal setiap hari.

Kalau sekali makan 1500kcal, bagaimana dengan sarapan pagi tadi? Bagaimana pula dengan minuman petang dan makan malam? Berapa jumlah kalori yang diambil sehari?

Kesannya.... Maka ramailah rakyat Malaysia yang ada masalah kesihatan. 

Sakit jantung, kolestrol, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung dan macam macam sakit lagi.

Agak agak anda, mereka ini bersenam tak hari ini?

Cakap kat orang sebelah, "Memang tak lah kannnnnnn".

Ingat yer, sangat penting untuk kita rakyat Malaysia untuk jaga kesihatan kita.

Jaga pemakanan. Bersenam dan amalkan gaya hidup yang sihat.

Saya doakan anda yang baca blog ini dapat sedikit pengajaran dari kisah ini.

Kalau nak makan pun, berhati hati. Jangan belasah semua nak makan. Kalau sampai semua nak makan, dah jadi lain cerita pulak.

Oklah... Itu saja nak story.

Take care.

Wassalam.

Team NECK
"Motivating and Inspiring Others"

Feel Free To SHARE Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat Untuk Rakan Rakan Anda Yang Lain

Monday, July 27, 2015

Kisah Cikgu Norfaida Berjaya Turunkan Berat Sebanyak 20kg

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog Now Everyone Can Kurus ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Kisah Kejayaan Peserta NECK Batch 2

Hari ini, saya nak kongsi kisah kejayaan salah seorang peserta Program Now Everyone Can Kurus dari Batch 2 iaitu Norfaida.

Untuk pengetahuan anda, Norfaida merupakan seorang guru di salah sebuah MRSM di Malaysia.


Beliau berusia 32 tahun, mempunyai berat asal sebanyak 76kg dan ketinggian 156cm. Untuk berat dan ketinggian ini, boleh dikatakan beliau agak 'rendang'.

Rendah tapi lebar.

Bagaimana Boleh Terjebak Dengan NECK?

Kisahnya bermula selepas beliau melihat salah seorang guru di MRSM yang sama berjaya turunkan berat badan sebanyak 6kg dalam tempoh 2 minggu. 

Perubahan ketara ini menyebabkan beliau rasa teruja untuk tahu lebih mendalam apa yang cikgu ini lakukan.

Kejayaan Cikgu Sue turunkan berat sebanyak 6kg dalam tempoh 2 minggu memberi motivasi kepada Cikgu Ida untuk turut kurus dan sihat.

Selepas ditanya, Cikgu Sue menerangkan kepada Cikgu Faida bahawa beliau menyertai Program Now Everyone Can Kurus yang dianjurkan oleh Empayar Maria Firdaus.

Sebuah program untuk menurunkan berat badan yang dijalankan secara online sepenuhnya.

Selepas itu, beliau mula menjengok blog mariafirdaus.com.my dan juga FB saya.

Beliau tersentak selepas melihat kata kata motivasi ini daripada saya.


Beliau mula tersedar yang beliau dah sekian lama bambam. Beliau mesti lakukan sesuatu sekarang untuk turunkan berat badan.

Pada fikiran beliau, sekarang beliau ada dua orang anak dan berat sudah mencecah 76kg. Kalau mengandung nanti, berat dah tentu akan naik lagi.

Mahu tidak mahu, beliau terpaksa usahakan untuk turunkan berat badan ke berat yang ideal iaitu sekitar 56kg.

Kali ini beliau tekad. Walau apa pun nak jadi, beliau mesti berikan yang terbaik untuk kurus dan sihat.

Kisah Penurunan Berat Badan Yang Lalu

Dulu semasa berat badan beliau sekitar 68kg, beliau pernah cuba untuk turunkan berat badan. Disebabkan kekurangan ilmu, beliau hanya buat apa yang beliau rasakan betul.

Contoh, beliau sangat kurang makan. Beliau tak tahu, rupa rupanya kurang makan merupakan kesilapan besar yang dilakukan oleh mereka yang nak turunkan berat badan.

Setiap hari, beliau berjogging atau bersenam selama 1 jam.

Apa yang beliau hairan, selepas 1 bulan berat badan hanya turun sebanyak 1kg sahaja.

Rasa macam dah nak pengsan buat senaman setiap hari, jaga makan bagai... Turun 1kg. 

Masya Allah. Disebabkan kecewa. Beliau berhenti diet dan bersenam dan kemudian berat badan makin meningkat. 

Sertai Program Now Everyone Can Kurus

Tanggal 1 Mac 2015, beliau join Program Now Everyone Can Kurus.


Pandangan Hadapan Di Hari Pertama Bersama NECK


Pandangan Sisi

Pada peringkat awal, beliau masih lagi tak berapa faham perjalanan program NECK. Ketika mana orang lain dah mula menunjukkan perubahan ketara pada 2 minggu pertama. Beliau hanya turun 0.5kg sahaja.

Sekali lagi beliau kecewa.

Tak puas hati dengan result ini, beliau mula PM Personal Trainer yang ada dalam Group itu. Beliau mula buat dengan cara yang betul.

Dan kesannya....

Beliau berjaya turunkan 6.5kg dalam tempoh 2 minggu berikutnya, menjadikan jumlah penurunan sebanyak 7kg dalam tempoh 28 hari.

Kejayaan ini benar benar mengejutkan beliau. Beliau rasa teruja dan terasa macam impian untuk turun berat ke berat badan ideal boleh dilakukan.


Penurunan berat badan Cikgu Faida dalam tempoh 100 hari mengikut minggu. In total, Cikgu Faida berjaya turunkan 13.1 kg dalam tempoh 100 hari. Alhamdulillah. 

Kelebihan Menyertai Program NECK

Beliau berkongsi dengan kami, salah satu perkara yang beliau sangat suka mengenai NECK adalah mengenai cara mengira kalori mengikut keperluan badan seseorang.

Selepas faham konsep kalori, konsep BMR dan DCR, beliau baru tersedar yang sebelum ini beliau buat silap.

Beliau ingat bila tak makan akan kurus dengan cepat. Rupa rupanya tak. Bila kita tak makan, ia boleh jadikan kita cepat gemuk.

Pelik? Hmmm.. Memang pelik.

Selepas menyertai Program NECK, beliau mula merasakan yang sebenarnya kalau nak kurus kita boleh makan apa yang kita nak makan asalkan kita kira kalori yang kita ambil.

Disebabkan ini, beliau ada banyak pilihan makanan. 

Tak macam beliau berdiet dulu. Dulu takut nak makan nasi dan asyik makan makanan yang sama saja.

Beliau semakin faham mengapa hari itu beliau sukar nak turukan 1 kg walau pun bersenam 1 jam setiap hari. Rupa rupanya, beliau tak buat senaman yang High Impact.

Berjogging atau briswalk bukanlah senaman yang cepat untuk turunkan berat badan.

Dalam NECK, beliau mula belajar untuk buat HIIT Training (High Intensive Interval Training).

Senaman yang buat sedikit tapi bakar kalori dengan sangat banyak.

Inilah antara benda yang beliau buat yang mempercepatkan proses penurunan berat badan beliau.

Kesan NECK Dalam Kehidupan

NECK benar benar membantu mengubah hidup Cikgu Faida. 

Di maktab, makin ramai pelajar dan rakan rakan guru yang lain mula menegur perubahan fizikal Cikgu Faida.

Mereka kagum kerana Cikgu Faida berjaya turunkan berat badan dalam masa yang sangat singkat. Bayangkan, dalam bulan pertama saja dah turun 7kg. Bulan kedua turun hampir 10kg dan pada hari ke 100 turun 13.5kg.

Ia satu perubahan besar dari segi fizikal buat Cikgu Faida.

Bila dah slim melim ni, maka ramai kawan kawan yang teruja dan bertanya rahsia kejayaan Cikgu Faida turunkan berat badan.

Jawapan ringkas Cikgu Faida kepada kenkawan yang lain. "Korang join NECK, segala rahsia nak kurus ada disitu".

Apa Yang Cikgu Faida Suka Pasal NECK

Antara perkara yang beliau suka mengenai NECK adalah apabila ada Coach yang pantau pemakanan dan senaman beliau selama 100 hari.

Coach ada banyak berkongsi video senaman senaman yang boleh dibuat yang bakar kalori dengan banyak. Senaman senaman ini lah kunci kepada penurunan berat yang banyak pada masa yang singkat.

Selain itu, beliau merasakan NECK satu program yang special. Ini kerana para peserta diajar cara makan dengan betul.

Semua peserta boleh makan nasi. Dan wajib makan 5 kali setiap hari.

Beliau sangat suka ambil suplemen yang kita cadangkan iaitu Cinch. Ini kerana beliau akan cepat terasa kenyang bila ambil suplemen ini. Kandungan protien yang tinggi dan kalori yang rendah sangat sangat membantu dalam penghasilan otot otot baru dan pembakaran lemak yang sedia ada.

Selain itu, beliau turut ambil suplemen Lecithin dan Omega yang berfungsi untuk membakar lemak dan Alfafa serta Herblax untuk tujuan detoksifikasi.

Kesan Selepas Program NECK

Program NECK sebenarnya berlangsung selama 100 hari sahaja. Selepas 100 hari, Cikgu Faida berjaya turunkan 13.5kg.

Namun.. Perjuangan beliau belum selesai.

Dalam Group Telegram, beliau terus dibimbing untuk turun ke berat badan yang ideal.

Pada hari ke 150, Alhamdulillah. Cikgu Faida berjaya turunkan berat hampir 20kg.


Sebelum dan selepas program NECK. Baju yang sama. Turun 20kg. Alhamdulillah. 

Bagi saya ia pencapaian yang memberangsangkan. 

Dari 76kg sehingga 56kg dalam tempoh 5 bulan. Not bad what...

Tak perlu pergi ke gym. Boleh makan nasi setiap hari. Nak macam mana lagi kan....

Selain itu, disebabkan penurunan berat badan sebanyak 20kg, banyak baju beliau yang terpaksa dikecilkan. Kalau tak, semua baju ini akan kelihatan besar dan dah jadi macam baju pinjam.

Syukur... Kini beliau hanya mahu maintain berat badan pada 56kg. 

Nasihat Kepada Mereka Yang Belum Menyertai Program NECK

Nasihat beliau kepada anda yang belum menyertai program ini :

"Saya nasihatkan anda bertindak segera. Lebih mudah anda turunkan berat badan sekarang berbanding anda nak turunkan berat badan selepas badan semakin berat. Kalau anda gemuk, NECK sangat sangat membantu. Kita nak mencapai berat badan ideal, hidup dengan sihat dan nampak lebih slim dan berkeyakinan. Anda join program NECK, insya Allah anda tak akan menyesal."

Cikgu Faida,
Guru MRSM
32 Tahun
"Jika Saya Boleh, Berikan 1001 Sebab Mengapa Anda Tak Boleh."

Feel Free To Hit The SHARE Button Sekiranya Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat Untuk Rakan Rakan Anda Yang Lain.

Wednesday, July 22, 2015

Pengalaman Akak Berusia 50 Tahun Menurunkan Berat Badan - Jom Baca

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog Now Everyone Can Kurus ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Kisah Cikgu Rohana

Baru baru ini, saya sempat untuk berhubung dengan Cikgu Rohana. Beliau merupakan salah seorang peserta Program Now Everyone Can Kurus Batch 2.


Cikgu Ana. Macam comel ajer... 

Cikgu Rohana berasal dari Kedah. Lebih spesifik, Taman Teratai, Pendang. Beliau berusia 50 tahun, tinggi 155cm dan berat asal 89kg.



Disini tempat Cikgu Ana berkhidmat sebagai Guru Kimia. 

Masalah Kesihatan

Sebelum ini, Cikgu Ana ni sebenarnya ada masalah kesihatan, walaupun belum mencapai tahap serius tapi beliau terpaksa mengambil 5 jenis ubat daripada doktor.

Antaranya beliau ambil ubat untung jantung, ubat untuk cairkan darah dan ubat untuk kolestrol.

Sampai satu tahap pada tahun 2012, doktor terpaksa buat ujian dengan memasukkan cecair ke dalam saluran darah untuk cek sama ada jantung tersumbat atau tidak.

Syukur... Keadaan masih terkawal. Namun, Cikgu Ana terpaksa ambil 5 jenis ubat yang doktor berikan.

Antara masalah yang sering dialami oleh Cikgu Ana sebelum ini adalah beliau kerap ambil MC.

Hospital Sultanah Bahiyah dah jadi tempat 'lawatan' setiap bulan akibat masalah kesihatan yang beliau alami.


Tempat lawatan setiap bulan yang wajib dikunjungi

Dengan ketinggian 155cm dan berat 89kg, pada usia awal 50 an, Cikgu Ana mula terasa sakit dibahagian lutut.

Macam mana tak sakit lutut, setiap hari Cikgu Ana terpaksa naik tangga 4 tingkat untuk pergi ke kelas mengajar.


Menaiki tangga menjadi satu cabaran untuk wanita berusia 40 an jika berbadan besar.

Bila badan besar, ligamen dibahagian lutut akan cepat haus kerana terpaksa menampung berat badan yang tinggi. Kesannya, tulang di bahagian atas lutut mula bergesel dengan tulang di bahagian bawah.

Kesannya.... Ouchhh..... Sangat sakit.

Cikgu Ana ada cerita dekat saya, dahulu kalau dah duduk dalam 30 minit, bila nak bangun satu kaki akan terus rasa kebas. 

Pergi Ke Farmasi Untuk Beli Ubat

Disebabkan sakit yang macam macam, adakalanya tak boleh tahan juga.

Satu hari, Cikgu Ana pergi ke farmasi di Alor Setar dan terjumpa dengan Kak Sopiah.

Kak Sopiah bertanya, "Kak... Kak ada masalah kesihatan ker?" 

Cikgu Ana mula bercerita panjang lebar.

Kak Sopiah dengar penjelasan dari Cikgu Ana dan merasakan masalah kesihatan Cikgu Ana ini berpunca dari masalah berat badan. 

Kalau berat badan diturunkan, Insya Allah sakit sakit lain akan mula hilang.

Kak Sopiah berikan buku ini kepada Cikgu Ana. Buku tips macam mana nak turunkan berat badan menggunakan Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus.

Sebelum balik, Kak Sopiah menceritakan mengenai Program Now Everyone Can Kurus yang dianjurkan oleh Empayar Maria Firdaus.

Kak Sopiah kongsikan dengan Cikgu Ana beberap tips untuk kurus dan sihat. Kak Sopiah minta  Cikgu Ana test dulu untuk tempoh 2 minggu.

Selepas 2 minggu, Cikgu Ana teruja kerana berat badan beliau dah turun 3kg. Beliau terus menyertai program Now Everyone Can Kurus pada 1 Mac 2015.

Pengalaman Menyertai Program Now Everyone Can Kurus

Dengan keazaman untuk memperbaiki tahap kesihatan dan menurunkan berat badan, Cikgu Ana join program NECK.

Matlamat utama, nak jaga kesihatan. Sebab sekarang umur dah 50 tahun. Anak anak pun ada yang masih bersekolah lagi. So, mahu tak mahu kena jaga kesihatan dari sekarang sebelum keadaan bertambah parah.


Ini gambar hari kedua Cikgu Ana bersama NECK. Berat pada waktu itu adalah 86kg, sebab dah turun 3kg pada 2 minggu sebelumnya. 


Cikgu Ana merasakan, adakalanya sedikit tindakan kecil yang dilakukan mampu mengubah hidup ke arah yang jauh lebih baik. Menyertai Program NECK adalah salah satu daripada usahanya. 


Dalam Program NECK, para peserta memang diwajibkan makan nasi. So, ini salah satu daripada kesukaan Cikgu Ana. Syukur beliau dapat berdiet walaupun makan nasi.


Kita sering ingatkan para peserta NECK, kalau nak kurus. Pastikan minum air dengan cukup. Ia syarat utama kalau nak hidup lebih sihat. Minum air kosong.

Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus

Dalam program NECK, kita menggunakan satu formula khas untuk para peserta menurunkan berat badan. Setiap peserta WAJIB kira kalori yang mereka perlukan. 




Kita akan semak berapa BMR, berapa DCR peserta sebelum kita rancang jumlah penurunan berat badan dalam tempoh 100 hari.


Then kita akan atur kalori yang perlu di ambil setiap hari dan berapa banyak senaman yang perlu di buat.

Bila ada formula macam ni, barulah kita dapat tengok penurunan berat badan yang lebih terancang. Bukan main turun ajer secara meng'khinzir' buta.

Apa Yang Best Pasal Program NECK

Bagi Cikgu Ana. Salah satu yang membuatkan beliau jatuh cinta dengan NECK adalah boleh makan nasi.

Setiap hari Cikgu Ana diwajibkan makan nasi.

Dan apa yang kita buat, untuk tempoh 2 minggu pertama para peserta diwajibkan untuk makan 5 kali sehari dan up kan gambar makanan mereka ke Telegram group.

Dari sini, mereka yang berada dalam kumpulan ini akan belajar sesama sendiri apa yang bagus dimakan dan apa yang tidak bagus dimakan. 


Contoh makanan peserta NECK


Siapa kata nak kurus tak boleh makan nasi?


Nasi tak bersalah ok... Yang bersalah tu orang yang makan nasi sampai tak ingat dunia.


Setiap hari, jam 10 pagi dan 4 petang wajib makan snack atau buah.


Bila bersenam, semua peserta akan ambil gambar dan share di group. Ini untuk memberi motivasi sesama mereka untuk terus bersenam. 


Gambar Cikgu Ana ketika di Pendang Lake. Berjogging pusing tasik. 

Senaman Yang Cepat Turun Berat

Dalam program NECK, kita bukan buat senaman biasa biasa. Kita buat senaman yang luar biasa.

Senaman yang kita buat adalah HIIT Training. 

Anda boleh baca di bawah. Kelebihan buat senaman HIIT.


Buat sekejap tapi kesannya sangat bagus untuk badan.


Cara melakukan senaman HIIT. Apa yang saya kongsikan  ini adalah ringkasan sahaja. Dalam NECK, kita dah atur secara terperinci senaman yang boleh dilakukan oleh para peserta NECK. Apa yang best. Kebanyakannya, kita hanya buat 100% dari rumah.


Cikgu Ana bersenam di rumah. Eh eh... Kenapa pakai baju hujan pulak dalam rumah? Haaa... Biarlah rahsia...


Sesekali Cikgu Ana akan berjogging di luar rumah. 


Antara senaman yang dibuat di rumah.


Result Penurunan Berat Badan Peserta NECK Sentiasa Dikongsikan

Dalam program NECK, kita sering berkongsi gambar gambar terkini para peserta lain yang dah turun berat.

Tujuannya, kita nak bagi motivasi dan kita nak para peserta percaya yang mereka boleh turun berat badan.


Zara, peserta NECK Batch 1 menunjukkan baju beliau semakin membesar selepas join NECK.


Abang Zaimey, turun 6kg dalam 2 minggu. Habiss.... Terbakar yang lain. 


Azlan turun 4kg dalam 2 minggu.


2 minggu dah jadi macam ni.


Cikgu Ana selepas 6 minggu.


Pandangan hadapan. Masih dalam proses untuk kecilkan lagi.

Selepas 100 Hari


Selepas 114 hari, Alhamdulillah Cikgu Ana berjaya turunkan sebanyak 13.8kg.

Apa yang lebih best, tahap kesihatan Cikgu Ana semakin baik sekarang ini.


Bacaan tekanan darah tinggi semakin turun sekarang. Dulu tinggi sekarang dah normal.

Ubat dah dikurangkan oleh doktor. Kalau dulu kena ambil 5 jenis ubat, sekarang hanya ambil 1 jenis ubat sahaja. 

Antara yang suka dengan perkembangan Cikgu Ana adalah suami beliau. Dulu suami selalu kena temankan Cikgu Ana untuk ke hospital di Alor Setar.

Tapi sekarang dah tak perlu lagi.

Kalau dulu kena pergi setiap bulan. 

Sekarang doktor bagi appointment setiap 3 bulan.

Masalah lutut semakin baik dan kurang rasa sakit. 


Walaupun masih belum berpuas hati dengan berat sekarang, Cikgu Ana masih berusaha lagi sekarang untuk turunkan berat ke tahap yang lebih baik.

Perubahan Selepas Menyertai Program NECK

Bila saya tanya Cikgu Ana, apa perubahan yang beliau rasakan selepas menyertai program NECK ini.

Antara jawapan beliau :

1. Dah berhati hati dengan pengambilan makanan. Dah tak lalu nak makan makanan berminyak. Bila tengok minyak dekat makanan bergoreng, rasa geli geleman nak makan memikirkan lemak yang akan masuk ke dalam badan.

2. Banyak minum air kosong dan dah sangat kurang minum air manis.

3. Banyak baju lama dah tak boleh pakai. Sekarang terpaksa alter untuk dikecilkan saiz. Terpaksa korek almari balik untuk cari baju baju zaman 90-an dulu yang masa tu masih kecil. Banyak baju besar dah disedekahkan kat orang lain.

4. Dapat bersolat dengan lebih selesa. Terawikh baru baru ini dapat buat 23 rakaat tanpa rasa sakit atau lenguh. 

5. Bila duduk lama, nak bangun dah kurang rasa kebas. 

Suplemen Yang Diambil

Untuk pengetahuan anda, untuk mencapai tahap kesihatan yang lebih baik dan turun berat badan, Cikgu Ana ada ambil beberapa suplemen.

Antaranya :

i. Omegaguard dan Lecithin - Berfungsi untuk membakar lemak, membuang kolestrol dan mencairkan darah serta mengelak lemak berkumpul dalam badan.

ii. Herblax dan Alfafa - Berfungsi untuk detoksifikasi. Nak buang toksin dari dalam badan. Bila toksin dah hilang, barulah penyerapan nutrien dalam badan menjadi lebih baik.

iii. AJHT - Untuk memperbaiki masalah lutut. 

Ucapan Cikgu Ana Kepada NECK

Sebelum mengakhiri perbualan dengan Cikgu Ana semalam, beliau ada mengucapkan terima kasih kepada saya.

"Firdaus, terima kasih lah sangat sangat sebab buat program NECK. Kalau tak, sampai sekarang la kak dok usung berat badan 89kg tu. Sampai sekarang la kak dok kena telan 5 jenis ubat tu...."

Alhamdulillah, Syukur rasanya dapat membantu menambah nilai hidup orang lain.

Semoga kisah Cikgu Ana ini sedikit sebanyak dapat memberi motivasi dan inspirasi kepada anda untuk turut kurus dan sihat.

Buatlah macam mana pun, yang penting anda jaga kesihatan anda kerana ia adalah satu nikmat yang perlu disyukurkan oleh kita semua.

Doa Buat Cikgu Ana

Kami dari team NECK mendoakan agar Cikgu Ana akan terus kurus dan sihat. Semoga impian untuk nak turunkan lagi 15kg akan menjadi kenyataan. 

Sekarang Cikgu Ana menyertai NECK Batch 5 untuk terus mendapat pemantauan daripada kami.

Wassalam.

Team NECK
Now Everyone Can Kurus

Feel Free To Share Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat. Mungkin 1 Klik Share Dari Anda Dapat Bantu Menyelesaikan Masalah Kesihatan Rakan Anda Yang Lain.