Monday, July 27, 2015

Kisah Cikgu Norfaida Berjaya Turunkan Berat Sebanyak 20kg

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog Now Everyone Can Kurus ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Kisah Kejayaan Peserta NECK Batch 2

Hari ini, saya nak kongsi kisah kejayaan salah seorang peserta Program Now Everyone Can Kurus dari Batch 2 iaitu Norfaida.

Untuk pengetahuan anda, Norfaida merupakan seorang guru di salah sebuah MRSM di Malaysia.


Beliau berusia 32 tahun, mempunyai berat asal sebanyak 76kg dan ketinggian 156cm. Untuk berat dan ketinggian ini, boleh dikatakan beliau agak 'rendang'.

Rendah tapi lebar.

Bagaimana Boleh Terjebak Dengan NECK?

Kisahnya bermula selepas beliau melihat salah seorang guru di MRSM yang sama berjaya turunkan berat badan sebanyak 6kg dalam tempoh 2 minggu. 

Perubahan ketara ini menyebabkan beliau rasa teruja untuk tahu lebih mendalam apa yang cikgu ini lakukan.

Kejayaan Cikgu Sue turunkan berat sebanyak 6kg dalam tempoh 2 minggu memberi motivasi kepada Cikgu Ida untuk turut kurus dan sihat.

Selepas ditanya, Cikgu Sue menerangkan kepada Cikgu Faida bahawa beliau menyertai Program Now Everyone Can Kurus yang dianjurkan oleh Empayar Maria Firdaus.

Sebuah program untuk menurunkan berat badan yang dijalankan secara online sepenuhnya.

Selepas itu, beliau mula menjengok blog mariafirdaus.com.my dan juga FB saya.

Beliau tersentak selepas melihat kata kata motivasi ini daripada saya.


Beliau mula tersedar yang beliau dah sekian lama bambam. Beliau mesti lakukan sesuatu sekarang untuk turunkan berat badan.

Pada fikiran beliau, sekarang beliau ada dua orang anak dan berat sudah mencecah 76kg. Kalau mengandung nanti, berat dah tentu akan naik lagi.

Mahu tidak mahu, beliau terpaksa usahakan untuk turunkan berat badan ke berat yang ideal iaitu sekitar 56kg.

Kali ini beliau tekad. Walau apa pun nak jadi, beliau mesti berikan yang terbaik untuk kurus dan sihat.

Kisah Penurunan Berat Badan Yang Lalu

Dulu semasa berat badan beliau sekitar 68kg, beliau pernah cuba untuk turunkan berat badan. Disebabkan kekurangan ilmu, beliau hanya buat apa yang beliau rasakan betul.

Contoh, beliau sangat kurang makan. Beliau tak tahu, rupa rupanya kurang makan merupakan kesilapan besar yang dilakukan oleh mereka yang nak turunkan berat badan.

Setiap hari, beliau berjogging atau bersenam selama 1 jam.

Apa yang beliau hairan, selepas 1 bulan berat badan hanya turun sebanyak 1kg sahaja.

Rasa macam dah nak pengsan buat senaman setiap hari, jaga makan bagai... Turun 1kg. 

Masya Allah. Disebabkan kecewa. Beliau berhenti diet dan bersenam dan kemudian berat badan makin meningkat. 

Sertai Program Now Everyone Can Kurus

Tanggal 1 Mac 2015, beliau join Program Now Everyone Can Kurus.


Pandangan Hadapan Di Hari Pertama Bersama NECK


Pandangan Sisi

Pada peringkat awal, beliau masih lagi tak berapa faham perjalanan program NECK. Ketika mana orang lain dah mula menunjukkan perubahan ketara pada 2 minggu pertama. Beliau hanya turun 0.5kg sahaja.

Sekali lagi beliau kecewa.

Tak puas hati dengan result ini, beliau mula PM Personal Trainer yang ada dalam Group itu. Beliau mula buat dengan cara yang betul.

Dan kesannya....

Beliau berjaya turunkan 6.5kg dalam tempoh 2 minggu berikutnya, menjadikan jumlah penurunan sebanyak 7kg dalam tempoh 28 hari.

Kejayaan ini benar benar mengejutkan beliau. Beliau rasa teruja dan terasa macam impian untuk turun berat ke berat badan ideal boleh dilakukan.


Penurunan berat badan Cikgu Faida dalam tempoh 100 hari mengikut minggu. In total, Cikgu Faida berjaya turunkan 13.1 kg dalam tempoh 100 hari. Alhamdulillah. 

Kelebihan Menyertai Program NECK

Beliau berkongsi dengan kami, salah satu perkara yang beliau sangat suka mengenai NECK adalah mengenai cara mengira kalori mengikut keperluan badan seseorang.

Selepas faham konsep kalori, konsep BMR dan DCR, beliau baru tersedar yang sebelum ini beliau buat silap.

Beliau ingat bila tak makan akan kurus dengan cepat. Rupa rupanya tak. Bila kita tak makan, ia boleh jadikan kita cepat gemuk.

Pelik? Hmmm.. Memang pelik.

Selepas menyertai Program NECK, beliau mula merasakan yang sebenarnya kalau nak kurus kita boleh makan apa yang kita nak makan asalkan kita kira kalori yang kita ambil.

Disebabkan ini, beliau ada banyak pilihan makanan. 

Tak macam beliau berdiet dulu. Dulu takut nak makan nasi dan asyik makan makanan yang sama saja.

Beliau semakin faham mengapa hari itu beliau sukar nak turukan 1 kg walau pun bersenam 1 jam setiap hari. Rupa rupanya, beliau tak buat senaman yang High Impact.

Berjogging atau briswalk bukanlah senaman yang cepat untuk turunkan berat badan.

Dalam NECK, beliau mula belajar untuk buat HIIT Training (High Intensive Interval Training).

Senaman yang buat sedikit tapi bakar kalori dengan sangat banyak.

Inilah antara benda yang beliau buat yang mempercepatkan proses penurunan berat badan beliau.

Kesan NECK Dalam Kehidupan

NECK benar benar membantu mengubah hidup Cikgu Faida. 

Di maktab, makin ramai pelajar dan rakan rakan guru yang lain mula menegur perubahan fizikal Cikgu Faida.

Mereka kagum kerana Cikgu Faida berjaya turunkan berat badan dalam masa yang sangat singkat. Bayangkan, dalam bulan pertama saja dah turun 7kg. Bulan kedua turun hampir 10kg dan pada hari ke 100 turun 13.5kg.

Ia satu perubahan besar dari segi fizikal buat Cikgu Faida.

Bila dah slim melim ni, maka ramai kawan kawan yang teruja dan bertanya rahsia kejayaan Cikgu Faida turunkan berat badan.

Jawapan ringkas Cikgu Faida kepada kenkawan yang lain. "Korang join NECK, segala rahsia nak kurus ada disitu".

Apa Yang Cikgu Faida Suka Pasal NECK

Antara perkara yang beliau suka mengenai NECK adalah apabila ada Coach yang pantau pemakanan dan senaman beliau selama 100 hari.

Coach ada banyak berkongsi video senaman senaman yang boleh dibuat yang bakar kalori dengan banyak. Senaman senaman ini lah kunci kepada penurunan berat yang banyak pada masa yang singkat.

Selain itu, beliau merasakan NECK satu program yang special. Ini kerana para peserta diajar cara makan dengan betul.

Semua peserta boleh makan nasi. Dan wajib makan 5 kali setiap hari.

Beliau sangat suka ambil suplemen yang kita cadangkan iaitu Cinch. Ini kerana beliau akan cepat terasa kenyang bila ambil suplemen ini. Kandungan protien yang tinggi dan kalori yang rendah sangat sangat membantu dalam penghasilan otot otot baru dan pembakaran lemak yang sedia ada.

Selain itu, beliau turut ambil suplemen Lecithin dan Omega yang berfungsi untuk membakar lemak dan Alfafa serta Herblax untuk tujuan detoksifikasi.

Kesan Selepas Program NECK

Program NECK sebenarnya berlangsung selama 100 hari sahaja. Selepas 100 hari, Cikgu Faida berjaya turunkan 13.5kg.

Namun.. Perjuangan beliau belum selesai.

Dalam Group Telegram, beliau terus dibimbing untuk turun ke berat badan yang ideal.

Pada hari ke 150, Alhamdulillah. Cikgu Faida berjaya turunkan berat hampir 20kg.


Sebelum dan selepas program NECK. Baju yang sama. Turun 20kg. Alhamdulillah. 

Bagi saya ia pencapaian yang memberangsangkan. 

Dari 76kg sehingga 56kg dalam tempoh 5 bulan. Not bad what...

Tak perlu pergi ke gym. Boleh makan nasi setiap hari. Nak macam mana lagi kan....

Selain itu, disebabkan penurunan berat badan sebanyak 20kg, banyak baju beliau yang terpaksa dikecilkan. Kalau tak, semua baju ini akan kelihatan besar dan dah jadi macam baju pinjam.

Syukur... Kini beliau hanya mahu maintain berat badan pada 56kg. 

Nasihat Kepada Mereka Yang Belum Menyertai Program NECK

Nasihat beliau kepada anda yang belum menyertai program ini :

"Saya nasihatkan anda bertindak segera. Lebih mudah anda turunkan berat badan sekarang berbanding anda nak turunkan berat badan selepas badan semakin berat. Kalau anda gemuk, NECK sangat sangat membantu. Kita nak mencapai berat badan ideal, hidup dengan sihat dan nampak lebih slim dan berkeyakinan. Anda join program NECK, insya Allah anda tak akan menyesal."

Cikgu Faida,
Guru MRSM
32 Tahun
"Jika Saya Boleh, Berikan 1001 Sebab Mengapa Anda Tak Boleh."

Feel Free To Hit The SHARE Button Sekiranya Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat Untuk Rakan Rakan Anda Yang Lain.

1 comment: