Saturday, August 15, 2015

Kegilaan Mahu Kurus Membawa Padah Sehingga Mengalami Pendarahan Usus

Assalamualaikum,

Sama sama kita ambil pengajaran dari kisah ini.

Penyanyi Hazami mendedahkan sikap obses mahu menurunkan berat badan menjadi punca terjadinya pendarahan usus besar terhadap dia.

Hazami atau nama sebenarnya Norkamal Hazami Ahmad, 40, berkata, sikap obsesnya itu bermula kira-kira 10 tahun yang lalu apabila dia merasakan imejnya kurang menarik ketika muncul dalam program televisyen.




Ini gambar Hazami satu ketika dahulu

"Saya mempunyai berat badan sebanyak 78 kilogram ketika awal pembabitan dalam dunia hiburan.

"Tetapi demi mahu melihat imej yang segak di televisyen, saya mengamalkan diet yang tidak sihat di mana saya hanya makan sekali sehari sahaja.

"Target saya tercapai. Saya berjaya menurunkan berat badan sehingga 50 kilogram pada tahun 2009. Dan saya mengamalkan diet tersebut sehinggalah sebelum dimasukkan ke hospital," katanya. yang ditemui di kediaman ibunya di Gombak, petang Jumaat.

Terdahulu Hazami telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana di sini pada 6 Ogos lalu akibat mengalami pendarahan usus.



Dalam pada itu, Hazami turut mendedahkan meminum terlalu banyak kopi pekat juga adalah sebahagian punca dia mengalami penyakit tersebut. Sejak pulang dari hospital beberapa hari lalu, dia mula belajar mengambil pemakanan yang lebih sihat.
"Ini satu pengajaran besar buat diri sendiri. Cuma susah juga nak biasakan diri makan banyak kali dalam sehari.
"Alhamdulillah, keluarga banyak menyokong dan membantu saya untuk makan secara teratur. Saya perlu berehat selama empat bulan sebelum kembali aktif dalam dunia seni," ujarnya.
Sementara itu, Hazami berkata, sejak terlantar di hospital, dia mula sedar bahawa rakan-rakan dan keluarga sentiasa di sisi, tidak seperti yang digambarkannya iaitu melawan penyakit seorang diri.
"Saya selalu menganggap tiada siapa yang akan berada di samping kita kecuali keluarga terdekat ketika kita dalam kesusahan.
"Tetapi saya silap. Rakan-rakan, keluarga dekat dan jauh termasuklah pelajar-pelajar saya bersilih ganti datang melawat dan memberi semangat kepada saya.
"Melalui pengalaman ini juga membuatkan saya mahu menjadi seorang manusia yang lebih positif selain mendekatkan diri kepada Allah," tuturnya.

Mohon Anda Tekan Button Share Di Bawah. Semoga Ia Tidak Berlaku Kepada Rakan Rakan Kita Yang Lain

Monday, August 10, 2015

Kisah Azlan Turunkan 18kg Dalam Tempoh 100 Hari

Assalamualaikum,

Terima kasih kerana setia menziarahi blog Now Everyone Can Kurus.

Saya doakan Allah permudahkan urusan kita semua dan diberi kebaikan hidup di dunia dan di akhirat.

Testimoni Peserta NECK Batch 3

Saya nak share dengan anda testimoni yang diberikan oleh salah seorang peserta program Now Everyone Can Kurus bagi Batch 3. 

Assalamualaikum,

Nama saya Azlan. Berusia 34 tahun dari Kuala Lumpur. 

Selepas saya berkahwin, berat badan saya naik dengan mendadak. May be sebab isteri saya pandai masak. Mahu tak mahu, saya terpaksa makan demi menjaga hati isteri.

Dari 65kg, berat saya meningkat sehingga 85kg dalam tempoh 10 tahun selepas berkahwin. Apabila berat badan mencecah 80kg ke atas, berat badan saya jadi seperti yoyo. Naik turun antara 80kg-85kg-80kg.

Punca utama kegemukan saya ini disebabkan saya tidak pernah bersenam selepas berkahwin. Selain itu, kerja saya yang selalu stress menyebabkan saya selalu makan bagi mengurangkan stress saya. Apa yang saya teringin nak makan, semua saya bedal.

Namun...... Segalanya berubah selepas saya menjalani pemeriksaan kesihatan dengan doktor.


Sikap saya yang tidak mengambil berat mengundang pelbagai masalah kesihatan kepada saya. Yang paling kritikal, pada usia muda saya ada masalah tekanan darah tinggi.

Selain itu, doktor juga memaklumkan kepada saya, saya mungkin ada masalah bengkak hati. Masya Allah. Takutnya saya pada waktu itu hanya Allah yang tahu.

Mata putih saya tidak berwarna putih. Tetapi berwarna putih kekuningan.

Saya sangat takut pada waktu itu. Doktor menasihatkan saya untuk menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan.

Pada waktu itu, saya hanya terbayang anak isteri saya sahaja. 


Saya mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak yang masih kecil. Saya tiada pilihan melainkan menjaga kesihatan saya.

Langkah Mudah Untuk Kurus

Saya merupakan kawan di FB dengan Firdaus. Saya tengok beliau ada menganjurkan Program Now Everyone Can Kurus. 


Perubahan Firdaus ini memberi inspirasi kepada saya sebab saya rasa badan kami lebih kurang sama saiz.

Tanpa berfikir panjang, saya sertai Program Now Everyone Can Kurus Batch 3 yang bermula pada 1 April 2015 selama 100 hari.

Pada waktu itu, saya dah faham yang program ini akan dijalankan secara online sepenuhnya. Saya perlu mengikuti tips dan nasihat yang diberikan oleh coach melalui Telegram group itu.


Saya mula ubah gaya hidup saya. Saya mula bersenam. Yang best mengenai NECK ini, kami hanya bersenam dari rumah. Tak perlu pergi gym, tak perlu keluar rumah. Saya bersenam dari dalam rumah sahaja. Kami digalakkan oleh coach untuk pakai baju hujan dalam rumah ketika bersenam. Disamping itu, kami juga akan bawa beg yang diisi dengan pemberat. Semua ini untuk memberi kesan maksima dalam senaman yang kami lakukan.


Berpeluh tak terhingga walaupun saya hanya bersenam dari dalam rumah sahaja. Saya suka dengan senaman senaman yang coach berikan. Semuanya High Impact Training. Buat sikit tapi kesan sangat besar.


Selain itu, coach juga ada mengajar kami cara makan dengan betul. Kami mula memilih makanan yang sihat semasa dalam program ini. Cuba anda perhatikan, saya hanya makan telur putih. Telur kuning saya tak ambil kerana kalorinya sangat tinggi. Tak bagus untuk program menurunkan berat badan. 


Ini makanan kegemaran saya. Saya akan bawa bekal ke pejabat untuk makan pada pukul 10 pagi. Untuk makluman anda, dalam program NECK, kami diajar untuk makan 5 kali sehari mengikut kalori yang diperlukan oleh badan. So, kami boleh makan apa sahaja yang kami nak makan asalkan masih dalam kalori yang betul.


Tengah hari, kami wajib makan nasi. Bagi saya ini satu nikmat kerana saya tak boleh tak makan nasi. 


Coach ajar kami untuk guna pinggan yang lebih kecil ketika makan. Ini kerana ia akan bantu kami dari segi psikologi untuk ambil kurang makanan. 


Tengah hari, wajib nasi. Kami seimbangkan makanan dari segi karbo, protein dan lemak. Setiap kali makan, sayur wajib ambil sebab ia ada serat yang boleh bantu sistem pencernaan.


Antara breakfast yang saya ambil. ESP dan juga Cinch. Ia sumber protien yang tinggi dan sangat mengenyangkan.


Kami peserta NECK dimasukkan dalam satu Telegram Group. Di sini kami akan berkongsi segala makanan yang kami makan. Coach akan pantau bagi memastikan kami makan benda yang betul. Energy dalam group ini sangat tinggi. Kami semua saling memberi motivasi antara satu sama lain untuk sama sama kurus dan sihat. 

Ada kalanya, saya rasa tercabar dengan kawan kawan lain yang berjaya turun berat dengan banyak.


Bekalan di bawa ke pejabat.


Minum petang.

Perubahan Demi Perubahan Selepas Menyertai Program NECK

Alhamdulillah, melalui program NECK ini, saya mengalami perubahan yang sangat ketara.


Perubahan 2 minggu pertama


Setiap 2 minggu, kami wajib update timbangan kami di group. Coach akan pantau. Siapa yang turun sikit akan dibantu untuk 2 minggu seterusnya.


Perubahan dalam tempoh 28 hari. Kami akan timbang setiap 2 minggu.


Dalam 4 minggu, saya berjaya turunkan 6.5kg. Bagi saya ia satu pencapaian yang sangat memberangsangkan. Sebelum ini saya tak tahu cara nak turunkan berat badan dengan betul. Sebab itulah berat saya jadi macam yoyo.


Minggu ke 6, turun lagi 2kg menjadikan jumlah penurunan 8.5kg


Saya makin teruja dengan perubahan fizikal saya ini. 


Cukup 8 minggu, saya berjaya turun 10.1kg. Subhanallah. Amazing... 


Badan saya semakin mengecil selepas 8 minggu.


Selepas 10 minggu.


Selepas 12 minggu. 


Rekod penurunan berat badan saya mengikut minggu.


Dan ini gambar saya pada hari ke 100 bersama program Now Everyone Can Kurus. Alhamdulillah, saya berjaya turunkan berat sebanyak 18kg dalam 100 hari.

Apa yang membanggakan saya, isteri saya yang menjadi peneman saya turut berjaya turunkan berat badan menggunakan ilmu yang saya pelajari dari dalam NECK.

Sharing Dengan Peserta Lain


Saya berkongsi dengan peserta lain, dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat yang diajar dalam program NECK, saya berjaya kembalikan tekanan darah tinggi saya ke tahap normal. Rupa rupanya, penyelesaian masalah kesihatan saya bukanlah dalam bentul pil. Tetapi dengan NECK. Saya ubah gaya hidup saya dan Alhamdulillah tahap kesihatan saya juga turut berubah.


Saya kongsikan apa yang memberikan motivasi kepada saya untuk kurus dan sihat. Anak anak. Mereka adalah amanah yang Allah berikan kepada saya. Saya hampir kena strok. Syukur saya bertemu dengan NECK tepat pada masanya. Saya nasihatkan, jangan tunggu sampai sakit macam saya baru nak berubah. Tapi jagalah kesihatan dari sekarang.

Semoga apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak akan memberi motivasi kepada anda untuk kurus dan sihat.

Percayalah, nak turunkan berat badan sebenarnya sangat mudah jika kita tahu caranya. Selain itu, kita juga perlu bersedia dari segi minda. Jika minda tak bersedia. Kita tak akan berjaya.

Ingatlah, tujuan join NECK adalah untuk jaga kesihatan. Kita nak sihat. Kurus adalah bonus.

Anda mungkin tak faham apa yang saya rasakan selama ini. Saya terpaksa makan ubat darah tinggi untuk kurangkan kadar degupan jantung.

Bila makan ubat ini, saya selalu rasa pening kepala. Saya rasa oksigen macam kurang sampai ke otak. Bayangkan, saya ada masalah ketika pegang barang. Saya selalu terlepas bila pegang. Jangan tunggu sampai jadi macam saya baru anda nak berubah.

Kepada isteri saya, saya ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang sayang berikan. Semoga dengan kesihatan yang Allah kurniakan ini, hubungan kita akan terus berkekalan sehingga ke syurga. Insya Allah.

Wassalam.

Azlan
Peserta NECK Batch 3
"Jom Kurus Dan Sihat Dari Rumah"

Sila Tekan Button Share Di Bawah Jika Kisah Ini Memberi Motivasi Kepada Anda

Saturday, August 8, 2015

Makan Maggi Masa Lapar Boleh Kurus?

Assalamualaikum,

Terima kasih kerana menziarahi blog Now Everyone Can Kurus. Sebuah blog yang berkongsi tips, motivasi dan kisah kejayaan bagaimana untuk kurus dengan mudah dan  terbukti berkesan.

Makan Maggi Boleh Kurus?

Hari ni terjumpa satu gambar ni di FB. Seorang isteri kata dia berikan suaminya makan Maggi dan kata suaminya akan 'kurus' sebab makan Maggi.


Betul ke makan Maggi akan kurus?

Saya tak pasti nak percaya ker tak.

Tapikan.. Kalaulah suami tu kurus sekalipun disebabkan makan Maggi. Percayalah, ia bukan kurus yang sihat.

Sebabnya... Di sebalik kesedapan dan kelazatan mee meggi. Perencahnya mengandungi bahan kimia dan kadar garam yang amat tinggi?
Ditambah pula dengan kandungan wax yang menyelaputi mee segera tu. Yang mana ia mengambil masa selama 4-5 hari utk dicernakan.

Ia sesuatu yang sangat tidak menyihatkan.

Sesekali nak makan maggi tu ok lah lagi. Tapi kalau kerap, ia bukan satu amalan yang bagus.

So.... kalau sayangkan suami.. 
Please, sediakan makanan yg sihat dan berkhasiat untuk si dia. Air tangan isteri kan bagus.
Bukan sahaja menambah perencah dlm rumahtangga malah menambah kasih sayang suami pada kita.
Wallahulam.
Saya doakan anda kurus dan sihat.
Team NECK.
Now Everyone Can Kurus.
"Jom! Kurus Dari Rumah"

Sila Share Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat


Tuesday, August 4, 2015

Pengidap Sakit PCOS Perlu Jaga Berat Badan

Assalamualaikum,

Saya doakan, "Anda Kurus dan Sihat."

Tahukah anda, ada sesetengah wanita mengalami masalah PCOS. Apabila ada masalah ini, hormon mereka akan terganggu.

Bila hormon terganggu, masalah period tak teratur akan jadi perkara biasa. Selain itu, mereka ini juga sering mengalami masalah berat badan yoyo. Nak turun berat susah tapi nak naik berat badan senang.
Ketahui serba sedikit mengenai PCOS

So.. Apa yang perlu dilakukan?

Jom baca perkongsian daripada Akak Natasha ini.

Kenapa Pengidap PCOS Perlu Menjaga Berat Badan
==========================================
Saya ingin berkongsi dengan semua, kenapa pengidap PCOS perlu menjaga berat badan. 

Saya merupakan salah seorang pengidap PCOS. Kawan-kawan selalu tanya, kenapa saya perlu menurunkan berat badan walaupun saya bukan lah kategori yang "bam bam"?

Bagi pengidap PCOS wajib menjaga berat badan untuk mengatasi masalah haid yang tidak teratur dan salah satu sebab punca masalah kesuburan. Saya dinasihatkan oleh doktor sakit puan agar menurunkan berat badan yang ideal untuk mengatasi masalah ini.

Kenapa saya perlu join NECK sedangkan saya boleh mengamalkan diet yang sihat yang saya amalkan selama ini?

Berat badan saya seperti yoyo, bila jaga pemakanan boleh turun dengan cepat, tapi bila tidak jaga pemakanan, berat badan naik semula. Bila berat badan naik, kitaran haid mula tidak teratur.

Saya perlukan formula untuk menurunkan berat badan secara sihat dan tidak perlu catu makan. Hati saya terbuka untuk join NECK bila tengok adik ipar boleh turunkan berat badan lebih dari 20 kg, tak kan saya nak turun 7 kg saya tak boleh.

Alhamdulillah....syukur kepada Allah Taala, temui formula yang telah lama saya cari. Niat untuk kurus adalah untuk sihat, memudahkan menjalani ibadah dan mengatasi masalah PCOS. Jika nak tau formula...Kena join NECK.

Untuk kurus pun perlukan ilmu. Sejak join NECK, rupanya banyak yang saya tidak tahu. Alhamdulillah....kitaran haid sekarang teratur dan badan rasa lebih sihat dan cergas.

Syukur, Alhamdulillah. NECK telah banyak membantu dan menambah nilai hidup mereka.

Perubahan yang dialami oleh Kak Natasha dalam tempoh 48 Hari

Now Everyone Can Kurus(NECK)
Kurus, Sihat & Cantik Secara Semulajadi
"Online Coaching And Mentoring For Weight Loss"
"Jom Kurus Dari Rumah"

Monday, August 3, 2015

Jangan Skip Minum Petang Kalau Nak Kurus

Assalamualaikum,

Anda nak kurus dan sihat? Nasihat saya simple. Jangan skip minum petang. Tolong jangan skip ok.


Contoh yang anda boleh makan. Ini adalah gambar yang peserta NECK kongsikan dengan kami petang ini.

Anda yang nak kurus dan sihat. Jangan tak makan petang yer.

Apa anda makan petang ni?

Karipap 2 ketul + Cucur Badak 1 ketul ?


Karipap sangat tinggi kalori


Jangan meleleh air liur yer. Sebatang ni 80kCal ok.

Anda makan keropok lekor 5 keping?

Jahanammmm.... Jahanamm.....

Karipap dan cucur badak satu 140kCal. Makan tiga ketul dah 420kCal.

Keropok lekor satu 80kCal. 5 keping dah 400kCal.

Habis... Hancur diet. Nak makan dan minum mesti tahu caranya.. Barulah boleh kurus dan sihat.

Tahniah kepada para peserta NECK Batch 7. Anda dah mula berubah.

Jom amalkan gaya hidup yang sihat.

Now Everyone Can Kurus 
"Online Coaching And Mentoring For Weight Loss"
"Jom Kurus Dari Rumah"

Sunday, August 2, 2015

Contoh Makanan Peserta NECK

Contoh Makanan Peserta NECK Dari Pagi Tadi
==================================

Dalam program NECK, kita makan 5 kali sehari.

Breakfast jam 7 pagi.

Snek jam 10 pagi.

Tengah hari jam 1 petang.

Snek lagi jam 4 petang.

Makan malam jam 7 petang.


Contoh makanan peserta Program NECK yang mereka kongsikan dalam Telegram Group

Anda yang tak join Program NECK boleh ikut sama sama ok.

Yang penting, anda kurus dan sihat. Nak lagi tak saya share tips tips dalam NECK kat sini?

Jika tak keberatan, mohon anda tekan button SHARE di bawah ini.

Semoga kita dapat beri manfaat kepada lebih ramai orang lain selepas ini.

Wassalam.

Team NECK
Now Everyone Can Kurus
"Jom Kurus Dari Rumah Tanpa Perlu Pergi Gym"