Monday, November 16, 2015

Kisah Ibu Kepada 6 Orang Anak Berjaya Turun 18 kg Dalam Tempoh 10 Minggu

Assalamualaikum

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa di rahmati dan diberkati oleh Allah SWT serta berjaya di dunia dan di akhirat.

Di sini saya ingin berkongsi kepada anda testimoni yang di berikan oleh salah seorang peserta program Now Everyone Can Kurus bagi Batch 8.

Kisah Aisyah

Assalamualaikum,

Nama saya Aisyah, berumur 37 tahun dan merupakan seorang bakers. 

Berat saya sebelum saya join program NECK ialah 65 kg. Semasa saya mengandungkan anak ke 6, berat saya memang dah overweight. 

Selepas saya melahirkan anak ke 6, dan ketika tempoh seminggu semasa dalam pantang, nurse dari DEMC datang untuk membuat pemeriksaan kesihatan ibu berpantang. 

Pada waktu itu, saya disahkan menghidap penyakit darah tinggi. Waktu itu saya  rasa sangat down, terlalu sedih dan menangis sebab tak pernah dapat penyakit macam tu. Bacaan darah tinggi saya pada waktu itu ialah 180 dan paling tinggi ialah 210.

Saya disarankan berjumpa dengan pakar diet dan pakar darah tinggi. Memang setiap kali pemeriksaan, 3 hingga 4 ratus ringgit pasti habis melayang. Saya juga cuba untuk menjaga pemakanan sendiri dan cuba untuk turunkan berat badan sendiri tapi tak berjaya.

Pada tahun 2007, suami saya menyuruh saya menyertai satu program yang memerlukan kos beribu-ribu ringgit. Hasilnya memang saya turun sehingga 47 kg tapi pada tahun 2008, berat saya naik semula dari 51 kg sehingga 65 kg. 

Waktu itu memang saya stress.

Macam mana saya boleh join NECK?

Saya kenal NECK melalui kak Azita dan Kak Lela. Waktu tu saya tengok mereka dah slim. Bila saya risik, mereka kata mereka join program NECK .

Mereka cakap dalam NECK makan 5 kali sehari pun boleh kurus. 

Saya memang tak sabar nak join tapi masa tu saya kena tunggu untuk intake bulan 9. 

Sebelum berat saya mencecah 70 kg, lebih baik saya bertindak. 

Penekanan Dalam Program NECK?

Dalam program NECK, pihak penganjur sangat menekankan 4 konsep utama untuk kurus.

i. Pembersihan atau detoksifikasi
ii. Pembakaran lemak
iii. Pembinaan otot untuk meningkatkan metabolisme
iv. Nutrisi seimbang untuk sumber tenaga dan kekalkan kesihatan

Melalui konsep inilah, saya rasa berat saya berjaya turun dengan cepat. Alhamdulillah.

Bagaimana dengan cara pemakanan saya sepanjang bersama NECK?

Tempoh program NECK adalah selama 100 hari.

Sepanjang tempoh ini, saya bersyukur. Buat kali pertamanya saya diajar cara memilih makanan yang sihat.

Yang lebih best, saya mula belajar untuk kira kalori.

Dulu saya tak tahu, kalau nak turunkan berat. Kita mesti kuasai konsep kalori. Kita kena tahu berapa kalori yang boleh kita ambil sehari untuk turunkan berat badan seperti mana yang kita target.

Bila dah tahu, senanglah saya nak merancang pemakanan saya setiap hari.

Alhamdulillah sepanjang tempoh itu, saya tetap ambil makanan yang sihat. Sekali dengan suami dan anak-anak saya tarik. Mereka pun sekarang dah makan makanan yang sihat.

Apa yang best, dalam Program NECK, kami boleh makan nasi setiap hari. Alhamdulillah... It's amazing. Rupanya, nasi bukanlah punca kegemukan. 

In fact, kami boleh makan 5 kali sehari setiap hari. 

Kami akan makan jam 7 pagi, jam 10 pagi, jam 1 petang, jam 4 petang dan jam 7 petang.

Sejujurnya, saya sendiri tak percaya. Boleh makan nasi setiap hari. Boleh makan 5 kali sehari. Tapi berat badan makin  turun.

Inilah pengalaman menurunkan berat badan yang tidak menyeksakan saya. 

Syukur alhamdulillah anak-anak saya makan apa yang saya masak dan juga tak sukar bagi mereka. Benarlah apa yang mentor cakap, "Ajar anak anak kita untuk makan makanan yang sihat... Insya Allah mereka akan sihat".

Lagi satu, dalam NECK kami langsung tak diberikan menu makanan. Maksudnya, kami boleh makan apa yang kami nak makan.

CUMANYA..... Kami diajar untuk pilih makanan yang betul dan makan dalam kuantiti yang betul. Inilah bezanya NECK dengan program diet yang lain.

Saya rasa, dengan kaedah ini. Saya lebih mudah untuk memilih apa yang saya nak makan berbanding saya terpaksa sediakan menu yang orang lain dah tetapkan untuk saya setiap hari.

Takkan tak pernah cheat makan?

Sepanjang program ini, memang kena ada disiplin dan fokus. 

Kalau saya cheat, saya yang rugi sebab yang menanggungnya badan saya sendiri. Disiplin itu sangat penting dan saya fokuskan untuk sihat. Jika saya terpaksa makan di luar, saya akan pastikan makanan tu memang lulus seperti apa yang ditetapkan oleh NECK. 

Ini tips MAHAL. Jika saya terdesak  nak makan makanan yang sedap. Saya akan ambil kurma dulu atau buah untuk bagi cepat rasa kenyang. So saya tak rasa nak makan sangat di luar. Saya juga sekadar merasa sahaja untuk lapik perut. 

Alhamdulillah.. Tips ini sangat membantu terutama bila saya 'terjumpa' makanan yang sedap sedap.

Bagaimana Dengan Workout?

Antara perkara yang dilakukan di dalam program NECK ialah workout. 

Workout ni  best.... Coach yang memantau saya dalam program ini macam memahami saya. 

Pada peringkat awal, saya diberikan senaman yang ringan ringan sahaja. Dan ia semakin bertambah pada setiap minggu.

Masa mula-mula workout tu saya rasa sangat sukar dan saya rasa agak down sebab ada certain task yang saya tak boleh nak buat. 

Namun.. Saya redah saja. Saya buat, buat dan terus buat....

Tapi bila badan dah ringan, saya rasa makin senang untuk workout. Semua workout yang coach bagi saya buat. 

Apa yang paling best...... Coach ajar kami bersenam hanya dari rumah sahaja. 100%. Saya suka sangat. Sebabnya, saya tak perlu keluar untuk bersenam. Lagi mudah untuk saya bersenam di rumah memandangkan saya mempunyai 6 orang anak.

Pada permulaaan join NECK, memang saya rasa tak de masa, tapi saya cuba atur masa dan cari ruang yang free untuk workout. Saya buat 30 minit je dulu. 

Sambil baking dalam oven, sambil jemur baju, sementara tunggu anak makan pun saya bersenam jugak. 

Memang la nampak macam lawak.... Tapi, disebabkan kekurangan masa. Saya perlu guna masa yang ada sebaik mungkin. Semua senaman yang coach bagi memang boleh dibuat di rumah saja. So dah tak boleh bagi alasan lagi. 

Berapa target sewaktu join NECK?

Target asal saya ialah 47 kg. Sekarang saya cuba untuk dapatkan balik berat saya sebelum kahwin iaitu 45 kg. 

Halangan dan cabaran?

Memang saya tak nafikan banyak halangan yang saya perlu hadapi. 

Antaranya halangan dari orang sekeliling dan tak de orang yang support. Tetapi alhamdulillah sokongan yang diberikan oleh setiap ahli dalam group ni dan juga coach crew yang support membuatkan saya lebih kuat untuk mencapai misi saya. 

Apa pencapaian dalam NECK?

Nawaitu asal saya join NECK ni ialah satu je iaitu fokus nak turunkan berat badan untuk hilangkan darah tinggi. 

Once berat dah turun, doktor kata darah saya dah jadi normal sebab saya jaga pemakanan saya. Doktor pun tahu saya amalkan suplemen, dan dia pun bagi green light. 

Alhamdulillah saya dah stop jumpa doktor start pertengahan bulan 9 sebab bacaan bawah BP saya dah turun 70, normal. 

Saya tak perlu jumpa doktor dan tak perlu ambil ubat. Dan saya juga tak perlu jumpa pakar diet lagi. Suami lega sebab tak perlu keluar duit dan saya pun lega sebab tak perlu stress dengan penyakit tu. 

Untuk minggu pertama, berat saya 57 kg. Kemudian turun 52.7 kg, seterusnya 51 kg dan turun lagi 49.5 kg. 

Pada 30 Oktober hari tu berat saya turun 47.6 kg. Saya dah dapat ukuran pinggang yang saya inginkan iaitu 26 inci dan berat ideal saya 47 kg. 

Member ramai yang tegur dan terkejut sebab saya kurus dari kebiasaannya. 

Family pun macam tak percaya saya kurus dengan sihat. Ada juga mereka cakap jangan sampai tak makan pulak nanti pengsan. Bila saya tunjuk program NECK, mereka macam tak percaya. 

Akhirnya sekarang baru mereka percaya kakak mereka fit. Dulu saya pakai baju saiz L, sekarang dah boleh pakai saiz XS. 

Terima kasih kepada Master Firdaus, coach dan crew semua yang sentiasa memberikan dorongan tunjuk ajar dalam proses penurunan berat badan dan gaya hidup yang sihat. Jika saya buat sorang macam dulu memang akan ke laut akhirnya. 

Nak ilmu slim, semua orang ada, nak ilmu senam semua orang ada tapi tanpa disiplin dan berjemaah tidak akan menjadi. Mesti paksakan diri untuk bertindak. 



Perbezaan penurunan daripada 65kg ke 47.6kg mengambil masa 10 minggu sahaja. Terkini, saiz pinggang dah turun ke 25 inci.

Jika saya boleh....

Anda pun boleh....

Aisyah
Peserta NECK Batch 8

* Nota Kaki : 

Saya seorang wanita yang berniqab. Saya rasa cukuplah dua gambar ini untuk perkongsian dengan anda. Semoga ia memberi motivasi dan inspirasi kepada anda untuk kurus dan sihat.

Jika anda tercari cari cara untuk turunkan berat badan dengan mudah, sertailah Program Now Everyone Can Kurus. Insya Allah, ia berkesan untuk saya. Ia mungkin berkesan untuk anda.

No comments:

Post a Comment