Thursday, January 21, 2016

Cara Buat Makan Sayur Jadi Sedap


Assalalamualaikum,

Saya doakan anda  yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, "Anda kaya dan berjaya. Dunia dan akhirat".

Sharing Dari Peserta NECK Di Batch 12 

Malam tadi, ada sharing dari peserta NECK Batch 1. Kak Haninah. Beliah berjaya turun 17kg sepanjang bersama NECK.

Alhamdulillah.
Umur 40 tahun. Seorang lecturer. Memang ada gaya lecturer pun. 


Ini selepas NECK. Dah nampak macam student pulak kan.. Betul tak?

 Dalam sharing beliau, tetiba ada sorang peserta tanya soalan di Group.

Sayur Tak Sedap
==========

Dalam sharing dari Hani di Batch 12, ada yang bertanya soalan.

"Saya tak suka makan sayur, sebab sayur tak sedap. Macam mana nak buat?"

Jawapan saya:

Saya nak tanya anda balik, sedap tu sebenarnya di mana?

Sedap tu di mulut atau di otak?

Sebenarnya, 'sedap' tak sedap sesuatu makanan tu terletak pada otak kita.

Kalau dari dulu kita cakap 'tak sedap', sampai ke tualah benda tu akan jadi tak sedap.

Kalau kita cakap benda tu sedap, sampai ke tualah dia akan jadi sedap.

So, sedap bukan di mulut. Tapi di minda kita.

Mengapa sayur tak sedap?

Sebab, dari kecil lagi kita tak dilatih untuk makan sayur secara harian.

Kesannya, otak hantar signal kepada tubuh badan kita untuk 'reject' sayur.

Bila masuk aja sayur ke mulut, akan terus 'rasa' ketidak sedapan sayur tu dan membuatkan kita rasa tak lalu.

So, macam mana nak atasi masalah ni?

Jawapannya, kita kena makan sayur secara konsisten selama 1 bulan.

Cuba bayangkan, kalau dah hidup 30 tahun tak makan sayur. Macam mana nak 'simply' ubah that habits.

Ia perlukan 'perubahan yang konsisten'.

Bila kita konsisten makan sayur. 

Lama kelamaan, tubuh badan kita boleh terima sayur sebagai makanan utama kita secara harian.

Dan selepas itu, anda akan rasa pelik kalau makan tak ada sayur.

Sebenarnya, everything starts from  your mind.

Kalau your mind kata boleh. Semua jadi boleh.

Kalau your mind kata tak boleh. Semua jadi boleh.

So, saya tak minta anda percaya apa saya cakap.

Tapi, saya nak anda buat apa yang saya cakap.

Kalau anda yang kenal saya, dulu pun saya 'haram' tak makan sayur.

Memang tak suka. Dari kecil sampai ke besar.

Until saya bertemu NECK, baru saya leh 'konsisten' makan sayur.

So, kepada anad semua. Just consistent makan sayur ok.

NECK - Now Everyone Can Kurus

NECK is a programme to educate you all utk ubah gaya hidup.

Bila kita ubah gaya hidup dari segi pemakanan, senaman dan nutrisi yang lengkap, barulah kita akan dapat pakej kurus dan sihat sepanjang hayat.

Amcam?

Best ke best bila join NECK?

Cakap kat orang sebelah, "Rugi ko tak join NECK"

Satu program menurunkan berat badan secara online terbaik di Malaysia.

NECK - Now Everyone Can Kurus

Team
Program Now Everyone Can Kurus

Wednesday, January 6, 2016

Testimoni NECK - Sakinah Mat Said


SUCCESS STORY NECK
==================

Assalamualaikum..

Salam perkenalan.

Nama : Sakinah Mat Said (SMS)
Umur : Tahun ni, 28. Tapi, lambat lagi.
Status : Single not available
Asal    : Terengganu
Menetap di Kuantan, Pahang.

Alhamdulillah  dipertemukan dengan NECK sebelum wujud batch 1 (Trial NECK). Dah tengok macam-macam rentak dan ragam. Saya pernah lalui apa yang sedang kakak-kakak, abang-abang lalui sekarang.

Kenapa saya nak kurus?

Saya penat, jadi malas bergerak. Badan semakin membesar.. Dah cuba diet berkali, tapi gagal..


Pendek dan tembam. 


Muda pada usia, tidak pada wajah

Saya pesakit gastrik yang teruk..so, ia lagi menyukarkan diet saya untuk tahan makan. Pastu, kalau silap makan.. saya akan sakit. Terpaksa ambil injection. Sehingga lah saya jadi give up!

Orang cakap minum susu, saya minum. Tapi, sekejap je sebab tak boleh masuk. Nak muntah. Orang cakap makan oat. Saya makan. Tapi, tetap tak tahan lama.

Itu bab makan. Alhamdulillah.. tak sangka selepas bersama NECK. Cinch & ESP sangat-sangat membantu masalah gastrik saya nie. Kiranya bonus (All in 1 lah). 

Sebelum NECK, saya tak suka makan nasik. Saya ingat makan nasi leh jadi gemuk.

Favourite saya meehon sup daging kaw kaw.

Tiba teringat sup meletop famous kat sg. Besi, KL. Hahaha..

Bila ada Mentor ni, baru tahu rupanya meehon bad karbo.. Dan yang sadis lagi, kena say goodbye kat meehon. Kuah supnya tinggi kalori & kolestrol.

Kesan lain, bila orang pendek gemuk..

Peha berlaga.. lengan membesar. perut cam pregnant. pi mana-mana orang selalu salah faham ingatkan dah 36 tahun.

Tua 10 tahun jadinya pada fizikal bila Obes.

Allahuakhbar..

Banyaknya lah ketidakselesaan perasaan & badan saya di usia muda. Rasa nak menangis sebab tengok kwn-kwn makan beria-ia.. tapi, badan tak jugak gemuk-gemuk. (metabolisma dorang tinggi).

Saya makan sekali sehari je. Tapi, semakin gemuk..

Saya sangat-sangat stress..

Tahun 2014 : 

Titik perubahan hidup saya di usia 26 tahun. Saya dibuang kerja. Dengar cam normal.. sebab saya masih muda. Panjang lagi, perjalanan hidup. Saya sangat tertekan. Dalam masa yang sama, saya hilang arwah ayah buat selama2nya di awal 1 Ramadhan (hari saya dibuang kerja).

2,3 bulan saya lemah semangat. Hidup saya, bangun, makan, tidur.. sehingga berat semakin bertambah2. sebab, tak aktive.

Hurmm..

Ayah meninggal sebab kencing manis (Dapat tahu bila kaki ayah luka tak sembuh-sembuh).Kencing manis Jenis Gangrene..

Ayah sihat.. ayah jaga makan. Ayah amalkan supplemen jugak(tp, bukan shaklee lah).. ayah tak suka makan fastfood. memang jaga betul bab makan. Makan ulam-ulam. Kalau saya belanja makan fastfood (sebelum kenal NECK).. ayah memang tak pandang pun. kuat betul iman dia.

Tapi, satu silap arwah ayah. Ayah perokok tegar dari zaman muda. itu punca jadi kencing manis gangrene.

Kami pun tak sangka ia berlaku dalam masa yang singkat.

Seolah-olah ia satu teguran kepada diri saya.

Saudara-mara terdekat, ramai meninggal sebab kencing manis, darah tinggi dan strok. Dalam tahun 2013-2015.

Siang tadi, dapat tahu seorang pak cik kat area sini kena strok walaupun dia tak gemuk. Dia guru silat.

Mesej dari Allah, sakit tak kenal fizikal jika kita tak berusaha jaga kesihatan dan pengambilan jenis makanan harian kita.

Seaktif bagaimana pun, kalau makanan tak dijaga, merokok tak boleh tinggal. Ia tetap berisiko untuk jatuh sakit.

Pola pemakanan family saya yang makin ketara kurang sihat.. menguatkn diri saya untuk terus berubah dan memperjuangkan apa yang saya lalui untuk pedoman semua orang.

Saya takkan berhenti NECK kan family, sebab saya sayangkan mereka termasuk lah sahabat alam maya & peserta NECK yang mengenali diri saya.

InsyaAllah, jika keep consistent jaga pemakanan, senaman & bermotivasi (aktivekan diri di group telegram).. kita semua boleh capai target & peroleh hidup yang lebih berkualiti???????


Sedikit Tips Sihat & Kurus dari saya :-

Dengarlah cakap Mentor & Coach. Mereka lebih dulu makan garam/garam dari kita.

Elakkan menjadi Silent Readers. Saya dulu, sama-sama Batch 1. Selalu rasa terbakar bila dorang update workout.

So, memang tempias akn kena sama dengan kita bila join discussion. Bukan sepanjang masa mengadap NECK. Tapi, kena bijak lah.

Cari masa.. Bkn curi masa uruskan masa untuk kita lebih sihat.

Ok.

Nak cakap banyak-banyak, rasa dah berjela nie. Hehehe...

Sakinah Mat Said
Peserta NECK Batch 1