Monday, February 22, 2016

Testimoni NECK Salbiah Sulaiman : Tidur Berdengkur Dan Darah Tinggi Pulih!!

Assalamualaikum.

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT serta berjaya di dunia dan di akhirat.

Di sini saya ingin berkongsi kepada anda testimoni dari seorang peserta Now Everyone Can Kurus dari Batch 10.

Kisah Salbiah Sulaiman

Saya mempunyai keluarga yang suka kepada makanan.

Seorang yang bertubuh besar sejak kecil cuma apabila meningkat dewasa saya mencuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan.

Saya pernah pergi ke pusat kecantikan yang mana telah berhabis beribu-ribu ringgit, pergi gym dan workout siang, malam serta tidak makan nasi selama enam bulan.

Alhamdulillah, dengan segala usaha selama 6 bulan tu, saya berjaya menurunkan berat kepada 69kg.

Tapi ianya hanya BERTAHAN 3 BULAN SAHAJA, selepas itu saya ada masalah, dan berat badan terus MENINGKAT KEMBALI!!





Selepas saya berkahwin dan melahirkan anak pertama, badan saya bertambah-tambah beratnya. Saya ada mencuba diet sendirian tapi tidak berjaya. Lebih parah lagi berat saya semakin bertambah selepas melahirkan anak kedua.


Anak pertama.


Anak kedua kami.


Saya join Neck ketika berat saya 95 kg.

Disebabkan saiz badan yang besar, saya disahkan mempunyai penyakit darah tinggi yang teruk, muka dan kaki membengkak. Tumit dan lutut selalu je sakit.


Haa..


Selalu kita dengar orang lelaki yang kuat berdengkur.. tapi, saya tidak terkecuali. Saya jugalah yang menjadi penghibur suami setiap malam, berdengkur ketika tidur. Kecian, dia..


Bagaimana saya boleh join NECK?



Saya tersedar daripada lamunan apabila melihat gambar ketika majlis kahwin adik ipar saya. Ya Allah saya rasa saya perlu berubah.

Saya mula mencari-cari kaedah yang sesuai. Saya ada terbaca blog NECK tapi sekadar membaca sebab tiada siapa yang saya kenal menyertai NECK. Saya mula berdiet tapi masih gagal.



Ketika majlis kahwin adik ipar saya. Ya Allah saya rasa saya perlu berubah.

Saya join NECK apabila melihat seorang kawan sekolah saya yang berjaya menurunkan beratnya 15kg. Saya pun menyertai NECK selepas dia terangkan caranya.

Saya pernah berdiet sendiri dan sangatla susah. Jadi saya ingin cuba diet secara berjemaah, dalam hati saya manalah tahu kalau saya berjaya. 


Perubahan saya selepas 2 minggu


Dua minggu pertama saya sudah ada perubahan yang banyak.

Ada baju yang tidak boleh zip dan boleh di zip. Paling mengembirakan saya, saya berjaya turunkan berat saya 5kg selepas 2 minggu.


Alhamdulillah momentum itu saya kekal sepanjang program NECK. Hari-hari bersemangat, hari-hari saya menjadi saya yang baru.


Rekod timbangan sepanjang NECK


Berat Asal :   95kg

Tinggi.        :  159cm

Minggu Ke-2 :  90kg (-5)

Minggu ke-4 :  88kg (-2)
Minggu ke-6 :  85kg (-3)
Minggu ke-8:   81.6kg (-3.4)
Minggu ke-10: 77.9kg (-3.7)
Minggu ke-12: 74.5kg (-3.4)
Minggu ke-14: 71.7kg (-2.8)

Jumlah Penurunan :   23.3kg

Target Penurunan 100 hari : 26kg




Walaupun belum mencapai target asal 26kg bersama NECK. Tetapi, ia sesuatu yang amat bermakna buat saya.


Rasa-rasanya, kalau tidak berjumpa NECK.. bukan 23kg, 5kg pun belum pasti lagi.




Kelebihan yang saya dapat sepanjang bersama NECK?

Saya dulu bekerja dan berhenti selepas kahwin, bonus apabila saya menyertai Neck, saya seperti ada rutin yang baru.  


Neck adalah masa untuk diri saya. NECK istimewa sebab banyak aura positif yang orang seperti saya perlukan. NECK istimewa sebab saya dibekalkan dengan ilmu pengetahuan. Neck istimewa sebab diet secara berjemaah. 

Alhamdulillah setelah tamat program NECK aura positif NECK masih menebal dalan diri saya. Semasa dalam NECK, saya sudah berubah banyak daripada segi mentality dan fizikal. Saya semakin sihat dan fit.

Penyakit darah tinggi saya sudah semakin berkurangan, sakit tumit saya sudah tiada dan suami boleh tidur lena sebab dengkuran saya sudah hilang.

Sebak pula rasanyaa.. NECK amat bermakna buat saya.. menjadikan saya daripada seorang yang tidak beryakinan kepada yang lebih beryakinan... menjadikan saya daripada seorang tidak kuat kepada seorang yang kuat... 

NECK mengajar saya..kalau tak mahu orang pandang rendah dan memperlekehkan kita yang gemuk ni... (hakikat hati seorang berbada besar) kita kena berusaha sendiri... nothing is impossible..



Always pegang USAHA, DOA dan TAWAKAL... bak kata coach FAST ACTION FAST RESULT..

Galakan dan nasihat saya kepada mereka di luar sana :

Pada mereka yang belum menyertai Neck, perlu ambil langkah segera. Kita berbadan besar, banyak risikonya. Sebelum kita hendak orang sayang pada kita, kita perlu sayang diri kita.

NECK bukan sekadar diet program tapi the way of life. Bagi saya neck memberikan jalan untuk jadi lebih sihat dan bonusnya kita kurus.

Terima kasih, NECK.



Sekian, semoga bermanfaat.


Kami harap kisah ini dapat beri motivasi dan inspirasi kepada anda untuk turut kurus dan sihat.

Wassalam.

Team NECK 
Now Everyone Can Kurus
"Jom Kurus Dari Rumah"

Jika Anda Rasa Posting Ini Bermanfaat, Mohon Anda Tekan Button SHARE Di Atas / Bawah Entri ini.

No comments:

Post a Comment