Sunday, February 21, 2016

Testimoni Peserta Batch 10 - Noorasma

Assalamualaikum WBT..

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa kurus dan sihat serta dirahmati Allah SWT hendaknya.

Di sini saya ingin berkongsi kepada anda testimoni yang di berikan oleh salah seorang peserta program Now Everyone Can Kurus bagi Batch 10.

Kisah Noorasma, ibu beranak 3 (32 Tahun) yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 13.3 kg dalam Program NECK.




INI KISAH NOORASMA




Selepas kelahiran anak ke-3 pada tahun 2013 berat badan naik secara mendadak. Menjadi ibu yang sepenuhnya menyusu badan, menyebabkan saya sentiasa lapar dan tidak boleh mengawal nafsu untuk makan. Tambahan pula tiada ilmu dan bimbingan yang betul menyebabkan berat badan asal dari 52kg boleh mencapai ke angka 70.3kg.





Cuba untuk menurunkan berat badan dan pelbagai cara dilakukan, hasilnya amat mengecewakan. Dengan mengamalkan diet yang tidak seimbang , sanggup tidak mengambil nasi dalam tempoh yang lama tetapi masih mengamalkan tabiat makan makanan “fast food”, berlemak dan bersantan. Tambahan pula menu orang Kelantan kalau tiada manis dalam masakan maka tiada nyawa dalam menikmati hidangan.

Sebagai penjawat awan dalam bidang beruniform yang banyak berdepan dengan pelanggan, menyebabkan saya mula rasa tidak selesa apabila uniform yang disarung terlalu ketat/sendat sampai ada yang tegur “da brapa bulan sekarang ?”, “da blh buat uniform baru” dan yang paling terkesan bila berkumpul dengan saudara mara ada yang tegur badan semangat sampai nampak tua dari usia.

MACAM MANA SAYA BOLEH JOIN NECK?



Terbuka pintu hati nak “search” kawan FB yang berkurun tidak “follow”, alhamdullah Allah SWT telah memberi ruang untuk bertanya kawan lama Shiemz. Dalam tempoh 8 tahun tidak berjumpa memang terkejut sangat-sangat melihat perubahan Shiemz yang amat ketara. Bayangkan Shiemz dulu seorang yg ku kenal seorang yang bam bam dan kini tidak lagi. Bila melihat perubahan pada Shiemz timbul rasa cemburu dan berazam untuk menjadi seperti Shiemz. Bermula la episode merisik khabar, setelah diberi penerangan tetang program NECK tanpa berfikir panjang terus daftar NECK. Thanks Shiem kerana memberi semangat dan nasihat yang terbaik, hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan yang dihulurkan.



PERASAAN 2 MINGGU MENYERTAI PROGRAM NECK


Pada 07.11.2015 hari ahad pertama kali mengikuti program ini secara online, dalam tempoh 2 minggu pertama perubahan agak drastic dari segi pemakanan dan tugasan harian. Terpaksa mencari masa/ruang untuk menyesuaikan diri dengan alam baru. Alhmdllah dengan bimbingan / tunjuk ajar dari Coach, creaw-creaw dan rakan-rakan peserta yang mengamalkan diet secara berjemaah saya Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 6.2kg . Saya dapat merasakan perubahan dari hari kehari dan menyuntik semangat untuk melakukan dengan lebih baik.


Perubahan yang amat ketara dari segi pemakanan kerana kami diajar untuk kira jumlah kalori yang perlu diambil sesuai dengan berat yang kami target untuk turunkan. Pemakanan betul menjadikan kami lebih sihat dan bertenaga untuk melakukan senaman dengan sempurna. Mesti bijak mengurus dan menggunakan masa yang ada. 

APA ISTIMEWANYA PROGRAM NECK



Semasa dalam program NECK kami di bimbing untuk lebih bijak memilih pemakan yang diamabil, cara senaman yang betul bersesuai dengan berat yang kami miliki. Senaman yang diberikan secara brperingkat dan diet secara berjemaah disamping penerangan tentang supliment tambah yang perlu diambil dengan betul. Tidak perlu berlapar dan hasil sangat teruja, tidak pernah Berjaya menurunkan sebanyak ini sebelum ini.


Rasa sangat-sangat bersyukur di permudahkan perjalanan untuk memiliki berat badan yang sedia asal. Saya Berjaya menurunkan berat sebanyak 15.4kg dalam Program NECK. Alhamadulillah kesihatan saya bertambah baik dan ilmu yang diperolehi semasa program NECK masih diamalkan.


NASIHAT KEPADA MEREKA YANG BELUM JOIN NECK?





Cuba mencari MENTOR yang dapat membantu dan memberi tunjuk ajar dengan cara yang betul dan sihat. Jangan sentiasa syok sendiri dan berfikir akan , akan dan akan menurunkan berat badan tetapi masih mengamalkan gaya hidup yang sama dan pemakanan yang tidak sihat.


Niat untuk kurus dan sihat kerana Allah SWT agar diberi kesihatan untuk menjalani ibadah dengan sempurna.
Wallahualam.

Team NECK
Kurus Hanya Dari Rumah

Jika Anda Rasa Posting Ini Bermanfaat, Mohon Anda Tekan Button SHARE Di Atas / Bawah Entri ini.


No comments:

Post a Comment