Sunday, February 21, 2016

Testimoni Peserta Batch 10 - Tn Hj Zulkifli

Assalamualaikum WBT..

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa kurus dan sihat serta dirahmati Allah SWT hendaknya.

Di sini saya ingin berkongsi kepada anda testimoni yang di berikan oleh salah seorang peserta program Now Everyone Can Kurus bagi Batch 10.


Kisah Tuan Hj. Zulkifli (42 tahun) yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 13.3 kg dalam tempoh 100 hari.




INILAH KISAH TUAN HJ ZULKIFLI

Kehidupan saya sebelum ini agak sibuk sebab saya selalu berkerja di luar kawasan dan saya juga adalah perokok tegar.

Jadi disebabkan itu jadual pemakanan saya memang tidak terjaga. Berat badan saya ketika itu tidaklah gemuk mana sekitar 68 kg- 73 kg sahaja. Tetapi pada tahun 2007, saya tekadkan dalam diri untuk berhenti menghisap rokok demi menjaga kesejahteraan hidup. Selepas 3 tahun berhenti merokok, berat badan naik mendadak sehingga mencecah 90kg. Ketika itu saya masih tak rasa gemuk pun sebab memikirkan saya banyak bergerak aktif ke sana sini.

Tapi lama kelamaan, saya rasa tidak selesa dengan berat badan saya. Saya cuba pelbagai jenis diet tapi bukan sekali dah banyak kali. Banyak product yg saya beli dan semua hanya sementara tak sampai 1 bulan pun. Walaubagaimanapun berat badan tak jugak turun sehingga kali terakhir saya mengambil produk X. Yang mana saya tidak boleh mengambil nasi dan hanya consume produk X sahaja. Selama 6 bulan mengamalkan produk X, berat badan hanya turun 3kg. Saya frust dan saya berhenti produk X. Bayangkan saya melaburkan banyak duit utk beli produk X tapi hasilnya hanya sedikit malah bila berhenti berat saya yg pada mulanya 79 kg bertambah naik kepada 87 kg. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu, betapa frustnya saya ketika itu.

MACAM MANA SAYA BOLEH JOIN NECK?

Saya join NECK secara tidak sengaja yang mana ketika itu saya tgk FB anak saya. Saya baca testimoni seorang bekas Peserta NECK iaitu Azlan yg mempunyai sakit darah tinggi kronik sehingga hampir terkena strok. Niat saya nak join NECK untuk kuruskan badan dan ingin sihat. Selama 2 bulan juga saya mengambil masa untuk follow perkembangan di dalam program ini. Alhamdulillah tidak lama kemudian, hati saya terdetik untuk mengikuti program ini.




Selepas seminggu saya menjalani Program ini, saya rasa macam tak boleh follow tapi saya kena kuatkan hati dan bertekad untuk teruskan juga demi untuk kurus dan sihat. Saya ikut apa yang disarankan oleh program ini. Elakkan makanan bergoreng, berlemak, berminyak, bergaram dan bergula serta mengubah gaya hidup sihat dengan melakukan senaman hanya dari rumah.

Alhamdulillah, sampai masa timbangan pertama. Saya tak rasa apa-apa pun dan tawakal saja. Sebaik sahaja saya mencecah kaki ke atas timbangan, Ya Allah terkejutnya saya. Saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 3.4kg dalam masa 2 minggu. Syukur alhamdulillah! Apabila saya melihat ramai kawan-kawan seperjuangan update timbangan di dalam group, ada yg mencecah 5kg dan ada jugak yg mencecah 10 kg. Ya Allah.. bertambah tercabarnya saya dan saya berazam saya akan mula serious untuk minggu seterusnya.

Unfortunately, minggu ke 6 saya diserang sakit gout kronik. Kaki saya bengkak dan tidak boleh berjalan sehingga saya warded di Hospital Pusrawi selama 3 hari. Sepanjang warded, hati tidak keruan sebab tidak dapat melakukan senaman. Selepas discharge, saya kuatkan semangat dan terus amalkan apa yg disarankan serta terus melakukan senaman seperti yg diberikan oleh Coach di dalam Program ini.

PERUBAHAN HIDUP KETIKA DALAM PROGRAM NECK?

Alhamdulillah saya bersyukur ditemukan dengan program NECK. Makan cara sihat, hidup cara sihat dan coach selalu tekankan "nak sihat terpaksa kurus".
NECK terlalu istimewa sebab dengan NECK saya berjaya menurunkan berat badan secara natural atas usaha dan tekad dalam diri. Suppliment sekadar booster untuk kekal sihat memandangkan usia saya sudah mencecah 4 series.



APA ISTIMEWA PROGRAM NECK?

  1. Diet/senaman secara berjemaah - sentiasa dipantau oleh Coach dan Krew.
  2. Persaingan yang sihat di dalam Group terutamanya ketika bersenam. Bila ada peserta yg update group ketika bersenam, saya rasa tercabar dan terus melakukan senaman juga.
  3. NECK tidak sekat apa yg kita makan. Tetapi NECK mengubah gaya hidup kepada lebih sihat.
  4. Setiap peserta diberi motivasi untuk terus positif kekalkan momentum untuk terus ubah gaya hidup dengan menjaga pemakanan dan melakukan senaman tanpa paksaan. Walaupun Coach nampak garang tetapi sebenarnya ilmu yg disampaikan boleh masuk ke hati setiap peserta.
  5. Selepas tamat Program NECK, saya masih meneruskan gaya hidup sihat ini dengan mengamalkan ilmu yg diberi semasa program.





SARANAN ANDA

Saranan saya untuk anda diluar sana, Program NECK bukan hanya untuk orang GEMUK SAHAJA tetapi untuk mereka yang ingin ubah gaya hidup yang lebih sihat.

Niat kerana Allah SWT.
Niat kerana ingin sihat dan boleh hidup sihat tanpa ubat

In sha Allah niat yang baik, hasilnya juga akan jadi baik semua atas kehendak Allah SWT.

Wallahualam.

Team NECK
Kurus Hanya Dari Rumah

Jika Anda Rasa Posting Ini Bermanfaat, Mohon Anda Tekan Button SHARE Di Atas / Bawah Entri ini.



No comments:

Post a Comment