Wednesday, March 16, 2016

Kisah Kejayaan : Tun Azah NECK Batch 1

Assalamualaikum WBT..

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT hendaknya.

Di sini, saya ingin kongsikan kepada anda kisah kejayaan dari seorang peserta Now Everyone Can Kurus batch 1.

Kisah Kejayaan Peserta NECK Batch 1, Tun Azah

"Saya Tun Azah, 40 tahun. Bekerja sebagai Eksekutif Reinsurans. 



Saya mempunyai 8 orang cahaya mata. Saya sedar saya dah bam bam sejak lahirkan anak ke-5. Masa tu berat saya around 63kg.



Berat sebelum kahwin 45kg. So… memang terperanjat la. Baju kerja pun dah banyak tak muat. Stress. Kena pulak sembelit. Stress lagi.

Melebar dan membesar selepas melahirkan anak.
Then, saya ambil inisiatif sendiri untuk menurunkan berat badan.

Selama 2 minggu memang saya all out workout di gym yang mana disediakan oleh  pihak company. Alhamdulillah, saya berjaya turunkan berat kepada 56kg.

Then, mengandung lagi dalam tempoh hanya setahun.

Selepas bersalin anak ke 6 dan 7 saya focus breastfeeding.

So, memang tak heran la nak jaga badan sangat sebab takut production drop.

Hari demi hari…. tahun demi tahun…. saiz pakaian saya dari saiz M dah jadi XL. Peha selalu melecit. Tapi tak tahu nak cari apa solution.

Pernah Diet Sebelum ini, Tetapi Gagal

Pernah cuba diet berjemaah dengan kengkawan. Kira kalori. Bila tak ada ILMU dan tak ada MENTOR…. pepandai la buat formula sendiri….Fail!

Then pernah terjebak dengan XXXXXXX. Makanan yang dibolehkan daging burger, ikan, ayam but no nasi…..Fail juga!

Perubahan Selepas Bersama NECK

Saya start berjinak dengan nutrisisejak selepas bersalin anak ke-8 untuk tujuan breasfeeding.


Tapi, dapat bonus penurunan berat badan sekali sebab saya gunakan nutrisi yang sama macam yang disarankan NECK.

Then masa berat badan dah turun around 11kg baru la NECK wujud.

Saya ambil peluang untuk join Batch 1 sebab nak turunkan lagi berat badan.

Dalam tempoh sebulan join NECK, berjaya turunkan 5kg lagi. Ia secara tidak langsung menjadikan saya mendapat berat badan yang ideal.

So, total penurunan 16kg sejak consistent dengan nutrisi dan jaga pemakanan dan senaman mengikut saranan NECK.


Kesan selepas bersama NECK.
Workout?

Saya buat dimana-mana yang available.

Sebab, senaman NECK mudah dan tak perlu ke gym.

NECK mengajar saya educate nafsu, pilih makanan yang betul mengikut kiraan kalori yang diperlukan oleh badan sendiri.

Menggunakan teknik senaman yang betul dan NECK tidak kedekut ilmu.

8 Nasihat Tun Azah kepada anda di luar sana

1) Kenali makanan sihat dan tahu keperluan kalori sendiri


2) Amalkan teknik – teknik senaman yang betul dari Mentor yang telah terbukti berjaya membantu ramai orang turunkan berat badan.


3) Rajin bertanya dan share perkembangan bersama rakan-rakan yang satu misi dengan anda.


4) Berlapang dada untuk menerima teguran dan mahu berubah.


5) Buang perasaan malu atau rasa rendah diri.


6) Share perkembangan diet anda kepada rakan-rakan dan saudara-mara.


7) Beritahu orang lain yang anda sedang berdiet.


8) Masak sendiri. Usaha elakkan makan makanan yang dimasak dikedai.


All the best to all."


Amacam?

Kalau Kak Tun yang umur 40 tahun, anak 8 orang dan tak ada maid pun boleh BERJAYA turunkan berat badan sehingga mendapat berat ideal.

Apa lagi alasan yang anda nak bagi untuk mula BERUBAH. Hidup tidak akan berubah dengan memberi alasan.


Ok.

Dapatkan info lanjut pendaftaran sebagai peserta Program Now Everyone Can Kurus (NECK) dengan menghubungi agen NECK yang anda kenali sekarang!

Sekian, semoga ia bermanfaat.

Wassalam.

Team NECK

Now Everyone Can Kurus
"Jom Kurus Dari Rumah"


Jika Anda Rasa Posting Ini Bermanfaat, Mohon Anda Tekan Button SHARE Di Atas / Bawah Entri ini.

No comments:

Post a Comment