Sunday, March 20, 2016

MAKAN PIL PERANCANG BADAN BAGAI DI PAM-PAM

Assalamualaikum WBT..

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa kurus dan sihat serta dirahmati Allah SWT hendaknya.

Di sini saya ingin berkongsi kepada anda testimoni yang di berikan oleh salah seorang peserta program Now Everyone Can Kurus bagi Batch 8.




Saya Esyaraturadziah (34 tahun) ibu kepada 3 cahaya mata dan seorang guru MRSM Pengkalan Hulu. Pada tahun 2012, selepas saya melahirkan anak ke3, saya telah mengambil pil perancang keluarga. Faham-faham sajelah bila dah start makan pil perancang keluarga nie, berat badan mencanak naik bagai di pam-pam dari 59 kg (tahun 2010) menjadi 70kg tanpa saya sedari.

Banyak baju dah tak boleh pakai. Kalau disarungkan, dah macam balut buah nangka. Malunya!! Terutamanya bahagian punggung dan perut. Nak pegi mengajar pun terasa malu.. Bayangkan Jubah paling besar saya pnh beli size 44...blaus pun sma..size 44... Alahai!


Baju lama dah berbakul-bakul tak muat. Sedihnya!


Jadi saya ambil keputusan untuk berhenti untuk mengambil pil perancang keluarga. Walaubagaimanapun, berat badan masih jugak sama. Tak turun-turun pun. Malah period pula jadi tak normal.

Doktor pun cakap sbb berat berlebihan.. So, nak tak nak, terpaksa la berdiet.

MACAM MANA SAYA BOLEH JOIN NECK?


Saya mengetahui tentang NECK melalui schoolmate saya Shiemz. Shiemz kawan sekolah menengah saya dulu... Masa zaman sekolah belaiu memang seorang yang bam2.. Now dia dah selim melim...tue follow dia rapat2... Alhamdulillah..




Thanks pada Shiem sebab memberi keyakinan kepada saya untuk join Program NECK nie. Bersyukur sangat. Rasa berbaloi.

Dulu terpikir, boleh ke aku ISTIQOMAH. Macam tak yakin tapi sebenarnya kalau kita belum cuba belum tahu.

PERASAAN 2 MINGGU MENYERTAI PROGRAM NECK

Alhamdulillah selepas 2 minggu bersama NECK, saya sangat terkejut laa sebab berjaya turun 3kg.. wahhh2.. Macam mimpi tau! Selepas je dpt berat 69kg time tue, terus bersemangat waja.. Saya jaga makan dan saya rajin bersenam. 

Jangan tak tahu saya hanya bersenam di rumah. Tak pernah ke Gym pun.




PERUBAHAN SELEPAS MENYERTAI NECK

Perubahan yang ketara ialah saya TERPAKSA MEMASAK untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Makan masakan sendiri di rumah adalah lebih sihat berbanding kita makan di luar.

Kalori seharian terkawal. Setiap hari saya akan masak walaupun saya ke luar kawasan. Manakala untuk suami dan anak-anak, saya sediakan bekal. Secara tidak sengaja, berat badan suami saya jugak terturun sekali. Haha



Inilah istimewanya NECK. LIFESTYLE CHANGING. Jaga pemakanan dan melakukan senaman hanya dari rumah. Syukur sangat...

Selepas tamat program, saya macam tidak caya mampu turun kan berat sebanyak 11.8kg. Sekarang berat terkini saya 57kg dari 72kg.


Amacam best ke best? Sudah tentulah best. Semua baju lama, dah muat kembali. Hehe


NASIHAT ANDA

Nasihat saya kepada orang lain diluar sana, marilah kita sama-sama mengubah gaya hidup kita kepada yang lebih sihat. Bukan saja berjaya turunkan berat badan malah kesihatan jugak semakin baik. 

No comments:

Post a Comment