Wednesday, March 2, 2016

Testimoni NECK Rizal : Kolestrol Tinggi, Sleep Apnea dan Narkolepsi

Assalamualaikum WBT.

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT hendaknya.

Di sini, saya ingin kongsikan kepada anda testimoni dari seorang peserta Now Everyone Can Kurus batch 7. 

Patah Bahu Sebab Tertidur Semasa Memandu

Ini kisah En. Ahmad Rizal Rizal yang hampir maut kerana tertidur semasa memandu tetapi usianya masih dipanjangkan Allah.


En. Rizal semasa di NECK.
Alhamdulillah.

Beliau merupakan bekas peserta NECK batch 7 dengan berat permulaannya adalah 113kg.

Kisah En. Rizal sebelum NECK

Kisahnya bermula begini.. Tahun lepas(2015), genap umur saya 40 tahun.

Saya mendapat 3 message :

Message 1: 'Life began at 40', daripada pemerhatian saya, jika saya tidak buat apa dari sekarang, 'my life will end before turn 41'.

Message 2: 'You're 20 years old with 20 years experience' . Saya terfikir, boleh ker saya merasai seperti 20 tahun semula?

Message 3: 'Jagalah Solat dan kesihatan anda'. Yang ni datang dari ayah saya dan buat saya terfikir sejenak, teruk sangat ker keadaan saya sekarang?

Kemalangan jalan raya

Pada tahun 2003 iaitu pada hari lahir saya yang ke-28, dalam perjalanan pulang.. ditakdirkan Allah saya tertidur dan 'kemalangan'.

Dan kesannya, tulang bahu saya patah. Tapi syukur saya masih hidup, walaupun hati saya sedih sebab terpaksa sambut 'birthday' di hospital.

Jelas dari peristiwa itu dah 2 tahun berlalu, tetapi saya masih tidak berubah. Masih saya yang dulu, Obesiti.

Saya berjumpa doktor untuk dapat kepastian tahap kesihatan sendiri.

Daripada pemeriksaan tersebut, saya mempunyai tekanan darah yang sangat tinggi. Mesin analisis pun tak mampu nak bagi bacaan yang tepat sebab kolestrol yang tidak terkawal.

Tapi, apa yang memeranjatkan lagi.. doktor memberitahu yang saya ada 'masalah tidur' (sleep apnea dan narkolepsi). Keadaan dimana, saya boleh tertidur pada bila-bila masa dan tidak kira apa jua keadaan.

Bila saya tidur malam, bekalan oksigen tidak mencukupi ke otak disebabkan aliran darah yang terganggu (lemak banyak), jadi otak akan  bagi signal, supaya pump lebih darah lagi ke otak.

Dan ini berlaku setiap 15 saat, sepanjang malam sampai saya terbangun. Jadi sebenarnyer, saya tidak tidur lena sepanjang malam dan membuat saya sentiasa mengantuk.

Bila tidur.. saya berdengkur. 

Usaha untuk kuruskan badan

Saya pernah diet sebelum nie, 6 bulan sebelum saya kahwin.

Saya ambik keputusan untuk kuruskan badan sebelum hari perkahwinan saya. Saya ambil ubat. Ubat nie buat saya hilang selera makan, heart rate jadi laju.

Hasilnyer pada hari perkahwinan, saya dapat turun berat badan sehingga ke 80kg.

Malangnyer, selepas 2 minggu saya dapat balik berat badan lama dan menjadi gemuk semula.

Ini 13 tahun dulu sehinggalah saya mendapat whatsApp dari seorang ejen NECK, Hafizah pada hari raya tahun lepas.

Hafizah share satu ebook dengan saya. Selepas membacanya, saya terus berminat nak cuba sebab semua nya secara online.

Ebook Formula Mudah MESTI Kurus.
Dan pada masa tu saya memang sangat busy di ofis. 

Kesan sepanjang bersama NECK

Selepas 2 minggu berat saya dari 113kg turun ke 108 kg. 5 kg turun, saya yakin apa yang saya dah belajar dan amal di NECK ini ternyata berkesan.

Ini rekod timbangan saya selama 10 minggu di NECK.
Saya makan 5 kali sehari, amalkan supplemen dan bersenam. relax-relax je. Tak stress.
Pesan Ibu ku ingati tapi jarang sekaliku amalkan

Masa saya kecik, ibu saya seorang suri umah sepenuh saya, bagi makan 5 kali sehari , saya main waktu petang, dan kena marah bila tidur lewat.

Siapa sangka dalam NECK.. saya buat perkara yang sama, kena makan , minum , tidur dan senaman. Saya diperkenalkan dengan dua benda yang saya tak pernah buat, makan sayur dan supplemen.

Dulu saya makan nasi campur, bermakna pinggan penuh dengan nasi, selepas tu campur dengan lauk. Sekarang saya makan sayur campur. Setiap kali makan, saya akan penuhkan sayur, nasi suku (separuh bila beli makanan di kedai) dan lauk.

Sepanjang NECK, saya dapat turun 22kg.

Walaupun sudah grad.. tapi, saya masih amalkan pengambilan makanan berzat dan berkhasiat penuh dengan nutrisi tambahan dalam diet harian.

Saya mula berani melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti luar yang lasak dan aktif seperti Hiking, Circuit Training dan sebagainya serta ilmu-ilmu senaman di NECK.
Saya sekarang bukan saya yang dulu.
Dua senaman yang sentiasa saya amalkan adalah ABS Training dan HIIT.

Sebab tidak kira di ofis , taman , gym , dimana sahaja, saya boleh buat dan memang burn calories sebanyak-banyak nya.

Nasihat saya,

Kepada yang nak kuruskan badan, bila bersama NECK.. anda akan dapat belajar cara untuk kurus dan sihat, dengan mudah.

Belajar berdikari dan sentiasa disokong oleh rakan-rakan dan crew dalam group. Itu yang penting dan hingga kini saya masih bersama NECK Batch 7.

Inilah program yang akan mengubah anda kepada lifestyle yang sihat. Terima kasih.

Saya doakan En. Rizal terus istiqomah dengan apa yang dilakukan dalam mengamalkan gaya hidup sihat sampai bila-bila.

Pembaca semua peroleh sesuatu dari sharing beliau?

Jom! berubah dan bertindak sekarang. 

Tidak perlu bertanya kepada orang lain, tak perlu menunggu orang lain. Kerana sakit, ajal maut tak pernah menunggu kita.

Sekurang-kurangnya, kalau kita mati.. mati dalam keadaan kurus dan sihat.

InsyaAllah.

Sekian, semoga ia bermanfaat.

Wassalam.

Team NECK

Now Everyone Can Kurus
"Jom Kurus Dari Rumah"


Jika Anda Rasa Posting Ini Bermanfaat, Mohon Anda Tekan Button SHARE Di Atas / Bawah Entri ini.

No comments:

Post a Comment