Saturday, April 9, 2016

Kisah Kejayaan NECK Azizah : Dari 107kg kepada 90kg

Assalamualaikum WBT..

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT hendaknya.

Di sini, saya ingin kongsikan kepada anda kisah kejayaan dari seorang peserta Now Everyone Can Kurus batch 8.

Kisah Kejayaan NECK Azizah : Dari 107kg kepada 90kg

"Saya Norazizah Awang dari Muar, Johor. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 4 tahun.

Bagaimana saya bermula dengan NECK?

Saya mendengar tentang NECK secara tidak sengaja, semasa menghadiri program IMKK Dr. Azizan Osman (DOC) pada awal bulan Mei 2015 di Kuala Lumpur. Tapi, saya tak de contact no. dorang.

So, selepas pulang dari IMKK.. saya terus search di internet untuk mencari maklumat dan akhirnya berjumpalah dengan agen NECK Sakinah.



Selepas beliau menerangkan tentang dietNECK, saya pun mengambil keputusan untuk mencuba.

Memandangkan saya memang berniat untuk turunkan berat badan selepas anak ketiga meninggal dunia atas nasihat doktor.

Dan Alhamdulillah hari ini banyak perubahan yang dah berlaku kepada kehidupan saya.

Kehidupan saya sebelum NECK

Sebelum NECK, saya memang seorang yang sangat suka makan.

Saya suka makan nasik, kek, makanan-makanan manis dan selalu makan lewat malam.

Senang citer, saya ni memang suka makan. Tapi, tak suka bersenam.

Tiada kesedaran untuk menjaga kesihatan sehinggalah kehilangan anak yang ketiga.

Semasa anak kedua meninggal.. i'm still, ok. Mungkin, sebab tak sempat melahirkan. Saya gugur semasa kandungan usia 3 minggu.

Cuma berbeza bila Allah ambil anak ketiga nie. Terasa seperti satu tamparan.



Saya sempat menjaga dia selama 42hari, walaupun kelahiran pramatang. 21 hari sepanjang di wad banyak menginsafkan saya yang masa itu ada penyakit darah tinggi.

Selalu ambil cuti dan ulang-alik ke hospital.

Sebenarnya darah tinggi saya ni dah ada sejak anak pertama. Bila anak ketiga tekanannya tak dapat dikawal. Selalu sakit kepala walau kerap berbekam setiap bulan. Berat badan pun semakin menjadi-jadi.

Ubat dari satu dos.. ke satu dos doktor tambah..

Hujung minggu nurse kena datang umah. Ambik tekanan darah.

Masa kandungn 32 minggu (anak ketiga) doktor kata kena operation sebab tekanan darah tak stabil. Bimbang effect baby dan ibu.

Allahuakhbar...

Sebelum ini pernah diet?

Ok.. lepas kahwin saya tak pernah try diet.

Tapi,

Sebelum kahwin.. saya cuba macam-macam cara. Saya ambil XXXX.

Berat memang turun sebanyak 5kg.

Tapi berat naik balik. Sebab tak diberikan ilmu.

Shaklee pun pernah ambik. Sama jugak. Tak diberi ilmu dan bimbingan.

Akhirnya, kelaut semua bila stop diet.

Perbezaan selepas bersama NECK

Masa first join NECK cam takut nak letak target 10kg utk 100 hari.. rasa macam tak percaya je. 

Saya sangat terkejut bila first timbangan mampu turun hampir 2kg.

Amazing rasa..

Rekod Berat NECK Batch 12
=========================

# Batch 8
Berat Asal : 107kg
Jum penurunan batch 8: 13.5kg

#Batch 12
Berat Asal : 93.5kg
Tinggi : 168.5cm

Minggu ke 2: 92.4kg
Minggu ke 4 : 91.1kg
Minggu ke 6 : 90.5 kg
Minggu ke 8 : 90 kg

Jum. penurunan sehingga hari ni: 17 kg

Alhmdulillah.. selepas bersama NECK, Gaya hidup saya dah mula berubah. Badan rasa makin sihat. Kepala dah tak sakit. Dah tak sengal-sengal..


Lutut dah tak sakit. Kalau panjat tingkat 4 dah tak rasa cam nak putus nyawa cam dulu-dulu..

Banyak makanan-makanan NECK saya ketagih. Antaranya overnight oat.


Sarapan mesti makan oat. Dulu... jangan harap la.. sampai expired benda tu.

Dalam NECK .. perkara yang paling besar yang saya dapat ialah ilmu dan kesedaran.

Bagaimana boleh timbul kesedaran?

Hurmm..

Sebenarnya, semasa mengandung anak ke 3.. saya di refer kepada kaunselor bahagian pemakanan..

Memang dah tau makanan manis, masin, bersantan... minyak, semua tu kena kurangkan. Tapi, kesedaran tak ada. Ini tak boleh, itu tak boleh..

Cadangan pemakanan oleh pakar, memang 100% sama macam NECK.. tapi masa tu saya tak dapat follow sebab ilmu tu tak betul-betul sampai dan meresap ke jiwa..

Akhirnya, saya tak faham...

Entah macam mana.. Miraclenya, Bila join NECK ni.. baru lah faham dengan betul kenapa kena kurangkan makanan tersebut.

Kesedaran mula hadir dalam diri dengan approach yang NECK berikan.

Mybe atas faktor berjemaah dan selalu ada motivation dari Mentor serta crew dan jemaah sebagai pendorong saya.


Kalau tidak, maybe saya dah tak merasa peluang untuk pakai baju akad nikah nie.


Cadangan dan nasihat saya,

Kepada kawan-kawan yang kat luar sana.. yang berhasrat untuk turunkan berat badan, cubalah beri peluang untuk diri sendiri berada dalam NECK.

Neck satu sistem yang dibina untuk membantu insan-insan yang mencari KEKUATAN untuk "DIET" tanpa berlapar.

All the best, kepada semua."

Amacam?

Bukan mudah untuk seorang yang mempunyai berat 2 kali ganda dari berat Ideal ingin turunkan berat badan.

Kerana mereka dipengaruhi oleh beberapa faktor dalaman dan suara anak-anak kecil.

Tapi, ia bukan satu halangan.

Apa lagi alasan yang anda nak bagi untuk mula BERUBAH. Hidup tidak akan berubah dengan memberi dan mencari alasan.

Ok.

Jom! berubah dan bertindak sekarang. 

Tidak perlu bertanya kepada orang lain, tak perlu menunggu orang lain. Kerana sakit, ajal maut tak pernah menunggu kita.

Sekian, semoga ia bermanfaat.

Wassalam.

Team NECK

Now Everyone Can Kurus
"Jom Kurus Dari Rumah"




Jika Anda Rasa Posting Ini Bermanfaat, Mohon Anda Tekan Button SHARE Di Atas / Bawah Entri ini.

No comments:

Post a Comment