Monday, May 30, 2016

Kisah Kejayaan NECK Rohaiza : Turunkan 20kg Dalam Masa 2 Bulan

Assalamualaikum WBT..

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT hendaknya.

Turunkan Berat 20kg Dalam Masa 2 Bulan

Hari ni, saya nak kongsikan dengan anda semua satu sharing oleh peserta NECK Batch 14 yang telah berjaya mencapai targetnya sebanyak 20kg bersama NECK 60 hari.

Nama diberi Rohaiza Wahid, berusia 36tahun dan beliau merupakan seorang guru.

Jika anda seorang guru  ataupun pendidik, mesti anda faham besarnya cabaran seorang guru bila berbadan besar nie.

Jom! ikuti sedikit temubual online bersama Puan Rohaiza Wahid.

Bagaimana Puan boleh join NECK? dan kenapa?

"First, tujuan utama saya join NECK adalah kerana nak turunkan berat badan supaya saya sihat dan senang nak beribadat kepadaNya. Sebab, tahun ini InsyaAllah saya dapat menjadi tetamuNya.

Dari kursus haji yang saya hadiri.. ustaz bagitau perjalanan untuk kerja melontar perlu berjalan sejauh 7km pergi dan balik.

Saya duk terfikir macam mana saya nak bawak badan seberat ni untuk berjalan sejauh itu? Padahal jalan cari barang kat giant pun dah sakit kaki.. sakit tumit memanjang.


Saya mohon kepada Allah SWT moga permudahkan saya untuk kurus. Alhamdulillah 1 malam ada kawan saya perkenalkan dengan program NECK ini.

Tengok kepada perubahan diri beliau, sangat-sangat mengujakan saya. Saya terfikir inilah jalan yang Allah nak tunjukkan pada saya..

Tanpa berfikir panjang saya terus buat keputusan untuk join NECK.."

Dengan berat 100kg, adakah sebelum ni pernah cuba untuk kuruskan badan?

"Dulu saya pernah pakai baju premium beautiful dan tak makan nasi selama sebulan. Zaman muda-muda boleh lah. Sekarang buat, dah tak boleh. Lain yang jadinya. Kena gastrik pulak.

Diet Atkins pun pernah cuba. Tapi, perut melayu tak dapat nasi sengsara..."

Semua orang tahu, guru seorang yang sangat aktive naik turun tangga. Sebab di sekolah semestinya tiada lift. Tapi, kenapa ramai guru yang masih bam bam?

"Benar, guru selalu bercinta dengan tangga. Nak kemana mesti kena panjat tangga. Turun masih ok, lagi. Kalau dalam sehari kena naik ke kelas berbeza tempat dan bangunan memang penat lah.

Termengah-mengah mendaki satu anak tangga ke anak tangga.

Tapi, pelik kan masih jugak gemuk. Hehehe..

Sejak saya bersama NECK, baru saya faham kenapa badan kita boleh membesar bagaikan johan.

Pertama, adalah kerana tekanan kerja. Mengajar tak tertekan. Tetapi, kerja-kerja yang lain buatkan kita stress.

Dan terapi stress adalah makan dan makan.

Kedua, sebab tak sempat makan. Skip waktu makan. Dalam NECK, kita selalu disarankan supaya makan kerap dalam 5 kali sehari.

Alhamdulillah, ianya terbukti berkesan. Bila kita kerap makan badan kita lebih bertenaga dan sihat. Tak de dah lemau. Berbeza dengan kesan makan banyak."

Guru seorang yang sibuk. Bagaimana Rohaiza menguruskan diet dan aktiviti NECK setiap hari?

"Alhamdulillah kalau ada kemahuan dan tekad pasti ada jalan.

Mula-mula memang susah nak biasakan diri makan 5 kali sehari. Makan nasik masa lunch.

Tapi, saya rancang perjalanan diet NECK saya dengan sebaiknya mengikut panduan coach dan crew. Jika di dalam kelas, saya dah prepare makanan untuk jam 10pagi. Just simple snack yang mudah dan tak menyusahkan seperti kurma.


Contoh bekal yang dibawa oleh Puan Rohaiza ke sekolah.
Saya banyak bawak bekal dari rumah. Lebih sihat dan jimat duit, jimat masa. Nak sediakan makanan NECK sekejap je. Orang tak  pandai pun boleh masak.

Sampai Mak Cik Kantin rindu dengan saya. Jarang turun makan di kantin.

Senaman?

Senaman pun macam susahnya bagi saya yang berbadan 100kg nie.

Kelebihan NECK sebab kita diet berjemaah. So, saya dapat kekuatan dan semangat dari rakan seperjuangan.

Rasanya, kalau buat sorang-sorang memang tak merasa nikmat sekarang nie."

Adakah penting senaman dalam proses turunkan berat nie?

"Saya bukan seorang yang aktive bersenam sebelum nie.

So pada saya, senaman memang sangat penting untuk pecahkan lemak-lemak di badan. Saya bersenam 5kali seminggu mengikut kesesuaian masa.

Kadang bangkit awal pagi untuk berjogging. Saya perlu sediakan masa tersebut.

Tapi jogging saya kat dalam rumah je. Saya tak pernah bersenam di luar rumah.

Berlari dari pintu dapur ke pintu hadapan rumah. Berulang-alik ikut cara yang coach guide.

Saya tak boleh naik treadmill. Jadi pening dan muntah-muntah.

Lagi pun, coach pernah cakap kesan jogging jarak dekat (apa yang saya amalkan sekarang) lebih berkesan berbanding treadmill.

Kadang sebelum tidur, buat senaman yang bersesuaian.

Tetapi..

Perkara paling penting adalah 70% jaga makan. Bersenam beria-ria, kalau makan tak jaga adalah satu kerja yang memenatkan diri. Senaman 30% je sebenarnya (yang menentukan kejayaan saya nie).

Adakah pengambilan suplemen membantu proses kurus Rohaiza?

"Ye, suplemen sangat membantu masalah dalaman saya, cover kekurangan nutrient yang saya perlukan. Contoh, lecithin membantu pecahkan lemak-lemak tepu.

Cinch shake beri bekalan protein dan bina otot.

Orang cakap, Cinch Tea Mix buatkan kita aktive dan sentiasa segar. betul, lah ia beri tenaga segera. Sebab tu jugak, rasanya mudah saya lost weight.

Tapi kalau makan suplemen semata, makan tak jaga, senaman tak buat. Berat tak turun pun. Membazir pulak. "

Apa kata saudara-mara dan rakan-rakan terhadap apa yang sedang Rohaiza amalkan ini?

"Hehehe...

Jiran semua pelik saya makan sayur macam gitu je. Tapi, saya telan je. Janji kenyang. Saya ni jenis yang tak heran sangat orang cakap.

Kalau sakit, kita yang tanggung. Bukan dorang kan."

Apa perubahan selepas bersama NECK?

"Saya tak pernah rasa enjoy dalam diet. Ni la satu-satunya program yang rasa enjoy, walaupun mula-mula payah jugak nak didik perut.

Tapi, akhirnya sekarang saya dah berjaya pakai baju saiz 2xl. Sebelum ni, 4xl tak pun 3xl tengok jenis kain.

NECK so miracle."





Amacam?

Anda terinspirasi dengan perkongsian Puan Rohaiza Wahid? Saya doakan semoga perjalanan ibadat haji Puan Rohaiza dipermudahkan dan berjalan lancar. Beliau dikurniakan haji mabrur oleh Allah SWT.

InsyaAllah.

Jom! LIKE & SHARE supaya lebih ramai peroleh manfaat dari kisah beliau.


Team NECK
Now Everyone Can Kurus
"Jom Kurus Dari Rumah"



Jika Anda Rasa Posting Ini Bermanfaat, Mohon Anda Tekan Button SHARE Di Atas / Bawah Entri ini.

Friday, May 6, 2016

Testimoni Hafsah - Guru Tahfiz Pun Boleh Turun Berat Badan

Assalamualaikum Warahmatullah ....


Saya Hafsah Ahmad nak berkongsi sedikit pengalaman 60 Hari bersama NECK...

Sejujurnya banyak perubahan yang berlaku pada diri saya selepas menyertai NECK..

Kalau dulu terasa bangga kalau dapat tahan satu hari tak makan nasi sebab nak kurus cepatlah kononnya,..pagi pun tak ambil breakfast and tunggu masa lunch baru makan sebab takut berat bertambah,tapi semuanya sia sia belaka bila berat badan bukannya turun malah makin naik...

Dan saya juga ada mengalami masalah angin yang banyak dalam badan, kerap sakit kepala dan sakit bahagian tumit kaki kanan,masalah ini menyebabkan saya tidak dapat menjalankan tugas saya dengan baik  sebagai seorang guru tahfiz sepenuh masa dan juga tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada 3 orang anak...

Tetapi saya tidak putus berharap dan berdo'a agar Allah bukakan jalan dan permudahkan untuk saya menurunkan berat badan dan mohon sembuhkan penyakit yang saya alami sekian lama...

Kini...bagaikan mimpi, masalah angin dan sakit kepala tidak saya rasai selama 60 hari bersama NECK, sakit tumit juga hilang dengan izin Allah...

Sebelum menyertai NECK Berat badan saya mencecah 84.5kg,berkat Amalkan gaya hidup NECK,Alhamdulillah Berat saya dalam 60 hari telah turun kepada 74.1kg...

Kalau dulu baju saya sizeXL tapi kini dah muat size L..Saya sangat happy dgn perubahan ini..

Dan saya Sangat sangat berterima kasih kepada M Firdaus dan coach M Latif yang banyak memberi ilmu kpd saya dan tak lupa juga kpd crew-crew yang banyak memberi tunjuk ajar dan kata semangat...

Insha Allah saya akan terus Istiqomah meng'amalkan gaya hidup NECK sehinggalah saya mendapat berat badan yg sihat..

Dan saya Doakan Moga Allah terima Usaha kalian Untuk terus bantu mereka-mereka di luar sana dengan ilmu NECK yang memang terbaik dulu kini dan selamanya..Insha Allah....

Sekian dari saya ,

Hafsah Ahmad...


Wassalam ...

Wednesday, May 4, 2016

PCOS | Berjaya Turunkan Berat Badan & Mengandung

Assalamualaikum WBT


Terima kasih kerana anda sentiasa meluangkan masa untuk menziarahi blog Now Everyone Can Kurus. 

Saya mengharapkan segala perkongsian ini dapat memberikan inspirasi kepada anda dalam menjalani kehidupan yang sihat. 

Kali ini saya ingin berkongsi kisah bagaimana wanita ini berusaha menurunkan berat badannya walaupun beliau disahkan menghidapi simptom PCOS dan CYST.


Kisah Kejayaan Elyani Sakib
======================= 
Saya Elyani dari Nilai, Negeri Sembilan. Berumur 34 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.

Saya berjumpa dengan NECK melalui sahabat online saya kenal dah lama dari tahun 2005 lagi iaitu Shiemz. Dia dah ajak lama dah join NECK nih dari bulan April 2015 tak silap... tapi saya cakap ngan dia nanti dulu sebab mmg tak leh fokus nak diet lagi sebab sibuk menjahit. Masa tuh tempahan raya dah banyak jadi stay up satu malam, tidow tak teratur, late night snacking dan PCOS antara punca berat makin naik. Orang bulan puasa turun 5kg..saya makin naik 5kg plak.. sabor je lah. At the same time, saya dah penat sebenarnye nak diet2 nih. So saya nak usha dulu Shiemz nih.. hahahaha...

Sekali ape nak kater... jeles sungguh tengok biler dia dari bam bam 80kg++ boleh turun ke 60Kg je... owhhh tidak!! Terus angau sat. Tak pikir panjang dah, tekad terus sign up NECK Batch 7. Dengan berat permulaan 86kg.



Perjalanan NECK saya rasanye tak macam orang lain. Sebab saya jenis kene stay up malam untuk saya dapat settle kerja menjahit. So dalam 2 bulan pertama, habis tempahan baju customer saya peram. Semata mata nak tidow cukup 8 jam waktu malam. Huhuhu mujur lah semua pelanggan saya memahami. Dua minggu pertama saya, berat tak turun banyak, 1.5kg je. Susah sgt rasa, dengan rasa tak cukup gula, hormon saya tgh bercelaru nak stabil balik, saya pernah kene insulin spike yang menggigil berpeluh rasa nak telan 3 mangkuk MILO je masa tuh. Rupanya saya kene lebih berhati hati dalam pemilihan makanan saya terutama sekali karbohidrat.

So Dalam NECK saya belajar mula aware jenis2 karbohidrat baik dan jahat, apa yang akan buat saya craving nak makan dan makan lagi, apa makanan yang bantu saya lebih cergas dan tidak mengantuk.

Dengan bantuan workout task yang Coach bagi setiap minggu yang saya berjaya habiskan hampir setiap hari, siap PM coach minta hadiah extra kalau balik kg.. lom campor hadiah hutang bayar ngan bunga..jangan memain haaa... ngan coach kalau hutang kene bayor double siap interest..

Dengan bantuan beberapa jenis supplemen dan penjagaan pemakanan yang lebih PCOS friendly, Alhamdulillah saya berjaya turunkan sebanyak 11kg dalam masa 100hari dengan total inchloss sebanyak 17 inch. Saya rasa lebih sihat, lebih aktif, lebih kuat, dan lebih ceria. Self confidence pon makin tinggi dan suami pon makin sayang. Takde lagi dah orang nak datang raba perut tanya pregnant ke? Sebaliknya yang datang bisik tanyer nak tahu RAHSIA.. hehehe... Alhamdulillah kitaran haid saya dah kembali normal dan on time tetiap bulan dan hampir semua simptom PCOS saya dah berjaya kurangkan.

Perjalanan saya dalam NECK masih jauh. Saya tekad nak turunkan sehingga 60kg menjelang raya tahun ini.  Doakan saya istiqomah dan berjaya mencapai impian saya itu dan semoga kita semua sama2 sihat dan kurus.

Progress neck elyani

Berat asal : 86kg (1/8/2015)
Ketinggian : 160cm
Minggu ke- 2 : 84.5kg (-1.5kg)
Minggu ke- 4 : 81.1kg (-3.4kg)
Minggu ke - 6: 80.8kg (-0.3kg)
Minggu ke - 8: 80.0kg (-0.7kg)
Minggu ke - 10: 78.6kg (-1.4kg)
Minggu ke - 12: 76.9kg (-1.7kg)
Minggu ke - 14: 76.0kg (-0.9kg)
Minggu ke - 16: 75.7kg (-0.3kg)
Minggu ke - 18: 74.9kg (-0.8kg)
Minggu ke - 20: 75.8kg (+0.9kg)
Minggu ke - 22: 75.5kg (-0.3kg)
Minggu ke - 24: 74.5kg (-1.0kg)

Jumlah penurunan: 11.5kg
Target penurunan dalam 200 hari : 20kg

Ukuran (inch)
Dada: 40 »> 36 ( -4 )
Pinggang: 37 »> 30 ( -7 )
Punggung: 46 »> 40 ( -6 )
Lengan: 15 »> 13 ( -2 )
Total inchloss : 19 inch

Latest update:
Saiz baju blouse dari 48 sekarang 40
Saiz kasut dari 8 turun ke 6
Saiz seluar dari 40 turun ke 32


Update: saya disahkan mengandung untuk kali ke 4 pada awal April 2016. Sekarang dah 10 minggu.  Doakan yang terbaik untuk saya.

Sekian, semoga ia bermanfaat.

Wassalam.


Team NECK

Now Everyone Can Kurus
"Jom Kurus Dari Rumah"