Monday, September 19, 2016

Kisah Kejayaan NECK Cik Nor Falina : Turunkan 10kg Dalam Masa 60 Hari


Assalammualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini dirahmati Allah SWT hendaknya. Anda apa khabar? Semoga sihat-sihat sahaja hendaknya.

Kali ini ini saya ingin menceritakan kisah kejayaan peserta NECK Batch 18 Cik Nor Falina, 23 Tahun berjaya mencapai target sebanyak 10 kg dalam tempoh 60 hari bersama Program NECK.
KISAH KEJAYAAN CIK NOR FALINA
===========================



Dulu masa zaman sekolah saya kurus kerana saya seorang atlet tapi atlet yang biasa-biasa jer (lontar peluru)...

Tapi kami kena juga buat aktiviti seperti atlet larian. Berat saya masa zaman sekolah 60kg la.

Selepas sekolah saya asyik makan je sebab memang suka makan sebab tu cepat gemuk. Pernah mencecah berat badan sebanyak 80 kg lebih.

Tapi saya tak sedar pun sehingga tp mama tegur "baru anak dara berat badan 80 kg. Mama dulu tak mcm tu". Selepas ditegur barulah saya ada sedikit kesedaran untuk menurunkan berat badan.

Saya cuba kurangkan makan dan saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 75 kg sebelum saya join neck.



SEBELUM INI PERNAH DIET
======================

Saya pernah cuba berdiet tapi tak dapat kawal nafsu makan. Sebab itu badan saya naik mencanak.

Sehinggalah bila saya nak membeli baju yang cantik-cantik seperti kebaya, semuanya tak ada saiz. memang saya akan jadi stress.




BAGAIMANA MENGETAHUI MENGENAI NECK
====================================

Saya mendengar mengenai Program NECK melalui bekas peserta, Iffah. Saya melihat perubahan pada diri beliau. Sejak dari itu saya cuba bertanya tentang Program NECK dengan beliau.

Tapi ketika itu hati saya masih belum terbuka lagi. Risau juga sebab bila start berdiet saya dah tak dapat nak makan makanan yang sedap-sedap.


Bekas Peserta Iffah

Tak lama dari itu, saya terjumpa dengan Cikgu Rohaiza. Saya melihat perubahan pada badan beliau. Beliau berjaya turunkan berat badan dari 100 kg ke 80 kg. Sejak dari itu saya jadi bersemangat nak menurunkan berat badan dan bertekad untuk menyertai Program NECK.



PERASAAN MENYERTAI PROGRAM NECK
================================

2 Minggu pertama menyertai Program, saya rasa susah nak biasakan diri.

Tambahan pulak saya kena kontrol pemakanan saya yang sebelum ini kepada yang lebih baik.

Walaubagaimanapun, saya tekad untuk berubah, berusaha dan istiqomah dalam menurunkan berat badan. Saya cuba kuatkan semangat dan saya berpegang dengan kata-kata coach, diet slow-slow dan tak perlu kejar 'angka KG' pada scale.

Yang penting kita istiqomah. Yang paling best dalam Program NECK, kita WAJIB makan 5 KALI sehari.

Macam tak percaya je kena makan kerap tapi Alhamdulillah sekarang saya dah faham kenapa kita kena makan kerap.

CADANGAN DAN NASIHAT KEPADA MEREKA YANG BELUM MENYERTAI NECK
======================================

Pada yg belum menyertai Program NECK nie dan sedang membaca cerita saya nie, jika anda inginkn turunkan berat badan, sertailah Program NECK.

Anda pasti temui apa yg anda cari, tapi anda kena letakkan sedikit effort dan istiqomah dalam menurunkan berat badan..

Dulu mggu ptama, saya down juga sbb stres dlm proses nak menurunkan berat badan.

Tapi akhirnya alhamdulilah saya bngga dgn diri saya. Untuk pengetahuan semua saya mempunyai masalah penyakit sawan.

Penyakit sawan tidak boleh tertekan dan letih tapi tolak ketepi masalah sakit saya demi ingin kurus dan sihat. Saya buat senaman yang coach bagi dan saya tak paksa diri utk buat.

Cuma sy buat ape yg termampu sahaja.

Alhamdulillah, dengan tekad dan sitiqomah saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 10 KG dalam tempoh 60 Hari.

Saya letakkan jauh-jauh penyakit saya, akhirnya saya berjaya.


Itu bukan satu halangan. Semuanya terletak pada diri kita sendiri samada kita NAK atau TAK NAK melakukannya demi diri kita sendiri. 

Jomlah kita berubah dan bertindak. Semoga cerita saya ini memberi manfaat pada semua.



In sha Allah.


Wassalam.

Team NECK
Now Everyone Can Kurus
"Jom Kurus Dari Rumah"

No comments:

Post a Comment